| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 14 Ogos 2011

JAWABAN KAMI DALAM CBOX KPD MINAT DINAR

minat dinar: sbb apa amsyiq dah tak terima lock, sedangkan public gold dan dinar kelantan masih lagi terima kaedah lock. patutnya kalau nak bersaing kenalah berani, lagipun tengok amsyiq ni baru lagi di pasaran, xkan dah nak serender.

Administrator: minat dinar- kalau kaedah lock membawa kpd perjudian, maka ia tidak lagi memudahkan. kita terima lock bila ia memudahkan. waktu ini ia jadi memudharatkan. baca posting saya terdahulu. ini pun bersifat sementara. hang pun kena terbuka. buka minda. jgn sibuk pertahan lock saja tanpa melihat rasionalnya. kita tidak ikut buta. asal jual beli ialah cash dan serah dalam majlis. lock sistem baru. kita terima bila tidak ada unsur yg bercanggah dgn kaedah umum islam.

Antara kaedah umum Islam ialah tidak ada mudharat dan tidak boleh memudharatkan. yang boleh lock ni bila barang ada. kalau barang tak ada namanya tempah. ini bukan bab berani atau tak berani. ini bab syari'ie atau tak syarie. kalau hang beli direct kepada kami. ada barang, kami terima lock. kalau barang tak ada tak boleh lock.

Untuk menyelaraskan ini kami hanya terima lock dari wakalah sahaja. Kalau ada kami terima lock. Wakalah kenalah berhubung dengan kami . itu aje. lock kami hentikan antara pelanggan dengan wakala, sebab kadang-kadang lock itu tak sampai kepada kami.

Dlm keadaan sekarang satu hari harga emas boleh melonjak tinggi. ini mendedahkan kepada harga lock jauh lebih rendah dari harga kilang. ini namanya memperjudikan diri. Kita tak akan ikut cakap anta sampai syarikat kita lingkup. Ini bukan melibatkan seratus dua ratus. Ia melibatkan angka juta, Dalam berniaga kita kena suci dari unsur perjudian.

Dalam keadaan biasa lock memudahkan, kerana itu kita terima. Dalam seminggu dua ni. kaedah lock dah jadi perjudian, sebab itu kita hentikan. hukum berubah mengikut 'uruf" (situasi). ini kaedah usul feqh. harap paham. Adakah pelanggan mengutamakan jual beli atau mengutamakan lock awal dapat untung. Perlu dimaklumi apabila anda lock saje, tidak semestinya sah lock tersebut selagi penjual tak kata ok. Sekarang anta nak lock kami kata tak boleh. Anta kena terimalah. Mana boleh paksa-paksa.

1 ulasan:

  1. saya harap amsyiq x jd mcm masalah dalam forum ini.

    http://jutawanemas.com/v1/forum/dinar-emas-kelantan-dinar-emas-public-igd/maklumat-tekini-dinar-kelantan/

    BalasPadam



TV9