| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 11 Disember 2011

MENJUNJUNG KASIH TUANKU


MENJUNJUNG KASIH TUANKU
Kami warga Amsyiq mengucapkan tahniah kepada Admin Amsyiq Gold.com Sheikh Maqari Us Hj. Othman b Hamzah atas pengurniaan darjah kebesaran SETIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH (S.I.S). Darjah Kebesaran ini dikurniakan Sempena menyambut ulang tahun hari keputeraan yang ke 66, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor , yang berlangsung pada hari Ahad 11 Disember 2011 bersamaan 15 Muharram 1433, jam 8.30 pagi di Balairung Seri, Istana Alam Shah, Klang.
Dalam titah tuanku selepas sahaja istiadat pengurniaan disempurnakan sultan mengingatkan  mudah-mudahan dengan kurniaan tersebut menambahkan lagi semangat dalam perkhidmatan terhadap agama, bangsa dan negara.
Selaku bekas Imam Besar perkhidmatan dahulu banyak tertumpu kepada pembangunan agama dan manusia. Sepanjang perkhidmatan lalu beliau mendapat penghargaan “Sheikh Maqari” tahun 1992  dan darjah kebesaran  AHLI MAHKOTA SELANGOR  (A.M.S)  tahun 2003. Ada pun perkhidmatan sekarang banyak tertumpu kepada pembangunan ekonomi ummah melalui rahsia emas Amsyiq. 
Sheikh Maqari Hj. Othman Hamzah dan warga AMSYIQ menjunjung kasih atas kurniaan tersebut dan mendoakan moga Allah lanjutkan Usia Tuanku  DULI YANG MULIA SULTAN SELANGOR dengan memperolehi keberkatan.
Daulat Tuanku..

Senarai Penerima Pingat di The Star

4 ulasan:

  1. tahniah ustaz...semoga usaha ustaz utk menaikan ekonomi org islam berjaya dan dirahmati Allah..jom kita sebagai org islam pakat2 sokong amsyiqgold..jgn berlengah lagi belilah produk muslim.beli ckit2 emas lama jadi bukit emas.

    BalasPadam



TV9