| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 10 April 2012

AG Offer Testimoni Bagi Pengguna GKA Untuk Dimuatkan Dalam Media. Sepuluh Terbaik Akan Mendapat 1 gram AG

Sepanjang dua tahun umur Amsyiq, sudah tentulah pelanggan-pelanggan AG dapat menilai servis yang AG berikan. Buat masa ini kami sedang mengumpulkan respon dari pelanggan-pelanggan kami tentang perkhidmatan GKA kami.
Anda boleh kemukakam testimoni anda kepada email kami: syeikhulmaqari@yahoo.com.my . Anda boleh memberi testimoni samada positif atau negatif. Contoh positif “menguntungkan sangat”. Contoh negatif “saya rugi”. Kalau untung sertakan bagaimana?. Kalau rugi pun nyatakan sebab-sebabnya. Tetapi kami harapkan gunakan saluran email. 10 terbaik yang positif tentunya kami nak keluarkan dalam web/blog kami dan media.

Yang negatif disertai dengan hujjah-hujjah yang rasional pun, kami hargai untuk kami rekodkan buat memperbaiki kelemahan sistem kami. Tentunya kami tak keluarkan di media. Tapi mungkin kami beri juga hadiah berdasarkan rasional dan membina, bukan kritikan emosi yang meruntuhkan.
Terus terang kami nyatakan harap gunakan saluran email sahaja. Jangan gunakan cbox, comment dan sebagainya. Isu-isu yang telah kami jawab seperti isu paparan harga kami, tak payahlah di high lightkan lagi. Kalau boleh baca artikel-artikel kami yang terdahulu sebelum membuat sebarang komen. Offer ini kami buka sehingga seminggu dari sekarang.

Setiap testimoni hendaklah sertakan nama , no i/c, no AG, dan sekeping gambar (untuk dikeluarkan dalam media).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9