| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 6 April 2012

Temuduga Terbuka "Aktivis Amsyiq" Telah Bermula

Temuduga Terbuka Aktivis AG
Aktivis bermaksud sukarela untuk bersama AG bukan full time.
AG sedang mencari aktivis AG yang butirannya seperti berikut:

Kelayakan:
1) Minat yang tinggi untuk membantu AG
2) Telah menjadi pelanggan AG
3) Telah membuat penjualan produk AG
4) Boleh patuh kepada peraturan AG
5) Bersemangat untuk membangunkan muamalah Islam dan membangunkan “kaya ummah”
6) Mereka yang sangat berminat walaupun belum mampu membeli produk AG boleh memohon dengan meyakinkan kami akan kesungguhan dan kejujurannya apabila dilantik nanti

Benefit:
1) Diberi elaun bulanan bermula RM 250. Sesudah mendapatkan buyer automatik up kepada RM 300 sebulan.
2) Dapat komisyen 1% daripada setiap jualan
3) Dapat komisyen 0.5% sebagai Introducer setiap kali belian pelanggan
4) Mendapat diskaun 2.5% untuk pembelian peribadi
5) Mendapat kemudahan seperti menginap di penginapan AG dan mengikuti semua program AG
6) Berpeluang mendapat tiket umrah apabila sale mencapai RM 500,000.

Peranan:
1) Mempromosikan AG kepada umum
2) Mengumpulkan orang ramai untuk menghadiri program-program AG kepada umum seperti Seminar Emas AG, Kelas Emas, Bertemu Pelanggan, Jelajah AG, Talk AG dan lain-lain
3) Mendapatkan Buyer dan bawa kepada pejabat atau cawangan AG yang berhampiran
4) Menghidupkan pejabat-pejabat AG di cawangan-cawangan negeri. Pejabat AG adalah pejabat anda
5) Memahami produk dan perkhidmatan syarikat
6) Memahami misi dan visi AG dan mempertahankannya dan menjaga wibawa dan rahsia Syarikat
7) lain-lain perkara yang diarahkan oleh pengurus dan HQ.

Di gugurkan apabila:
1) Dalam masa dua bulan pertama anda mesti dapat membawa buyer kepada AG. Sekiranya gagal anda automatik digugurkan sebagai aktivis
2) tidak lagi memiliki kelayakan di atas
3) tidak dapat menjalankan peranan-peranannya.
4) melakukan atau membuat kenyataan yang boleh menjatuhkan maruah owner dan syarikat
5) Menyalah gunakan kemudahan AG atau dokumen AG seperti resit dan lain-lain
6) Menjadi agen kepada syarikat lain

Cara:
1) Memohon kepada cawangan yang berdekatan dengan menghantar resume atau hubungi mereka
2) Datang untuk ditemuduga oleh pengurus cawangan
3) Terbuka kepada semua termasuk di Sabah dan Sarawak

Latihan:
1) Latihan akan diberi di Ibu Pejabat Shah Alam.

Kekosongan: 5 kekosongan untuk setiap cawangan
“Kami mementingkan kuality dan individu yang berkeyakinan tinggi. Oleh kerana itu siapa cepat dia dapat. Temuduga terbuka bermula hari ini 6 April 2012 disemua cawangan”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9