| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 20 Mei 2012

Apabila Harga Kembali Naik Mendaki

Apabila Harga Kembali Naik Mendaki
Sering berlaku pelanggan kami lock ketika harga rendah, lambat membuat pembayaran melebihi 3 hari. Bila harga naik barulah nak buat pembayaran dan pembayaran dibuat melebihi 3 hari.  Mari kita rujuk parameter pelaburan emas JAKIM yang berkaitan:
Syarat Kedua: Secara Lani
15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.
16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran.
17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing.
Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing.
Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut:
Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.
iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli. Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli.”

Berdasarkan perkara diatas:
1)      Tidak boleh penangguhan samada penyerahan harga atau penyerahan emas
2)      Tidak boleh hutang dan bayaran ansuran.
3)      Kelewatan penyerahan emas melebihi 3 hari selepas akad jual beli dimeterai tidak dibenarkan sama sekali, begitu juga penyerahan emas melebihi 3 hari bukanlah suatu uruf , maka muzakarah lebih cenderung memakai pendapat tidak membenarkannya.
4)      Secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Aturan seperti berikut:
a)      Pembeli membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya.
b)      Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian:
i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku.
ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual.
iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu.

Kalau pembeli tidak membayar atau lambat membayar atau mahu membatalkan lock hendaklah perhatikan  perkara iv diatas (rujuk parameter) yang bermaksud:

- Kalau pembeli membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendak memulangkan wang kepada pembeli. jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, kerugian tersebut perlu ditanggung oleh pembeli. 
- Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. 
- Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. 
- Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000.
- Begitu juga sebaliknya pembeli buat pesanan 100gram dengan harga 18,000. Penjual menyimpan emas tersebut dan tidak menjual kepada pihak lain
- Selepas tiga hari  harga emas telah melonjak kepada 19,000 sedangkan pembeli tidak membuat pembayaran. Ini akan merugikan penjual sebanyak 1,000.  Dalam keadaan seperti ini penjual berhak membatalkan harga 3 hari lalu dan mengikut harga semasa iaitu 19,000.

- Sekiranya pembeli hendak membatalkan pembeliannya, perbezaan 1,000 itu hendaklah ditanggung oleh pembeli. Pembeli berhak menuntut kerugian tersebut.
- Kalau pembeli enggan juga, wajarlah diblack liskan.

Kesimpulannya:
1)      Parameter JAKIM ini sesuai dengan syariah untuk melindungi kepentingan pembeli dan penjual secara saksam.
2)      Penangguhan samada dari pihak penjual atau dari pihak pembeli adalah riba.

3)   Marilah kita kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli bersama-sama menjaga kesucian jual beli kita menepati kehendak syara. 
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9