Ada tiga empat coment yang saya tidak publishkan kerana takut
makin keliru, saya jawab seperti berikut:
1. AG tidak haram, BNM hanya memasukkan
dalam list peringatan buat pelaburan.
Jual beli diteruskan. Tiada halangan
dari BNM.
2. Sebenarnya AG boleh buat
tak tahu saje macamana syarikat lain buat, tapi kita jumpa BNM kerana kita rasa
kita patut dikeluarkan dari senarai.
3. Kita buat ar Rahn tidak
mengikat keputusan BNM yang akan mesyuarat seminggu lagi. Sebenarnya kalau tak
keluar senarai pun. Bisnes kita terus. BNM tak ada pula kata tak boleh
berniaga.
4. Kita buat ar Rahn sebagai
penambah baikan dan kita memang nak berkembang. Sedari awal kita nak buat rahn tetapi ada kekangan.
Sekarang inilah masanya kami meredah kekangan tersebut.
5. Kita memikirkan ar Rahn nak tolong umat Islam. AG asalnya menggalakkan pelanggannya beli bawa balik. Pelanggan yang mohon kalau ada cara tak perlu bawa balik, kerana kebanyakan mereka takut simpan emas.
6. Kesimpulannya AG masih
boleh berniaga sekalipun dalam senarai. Senarai ni pun bukan blacklist seperti
yang sesetengah orang tulis. Ini dah kira berlebih-lebih.
7. Masalah lain: tak dapat kad
dealer - Mana-mana pelanggan kami dah cukup kelayakan jadi dealer berurusan
terus dengan HQ atau cawangan yang berhampiran. Perkara ni boleh selesai dalam
masa beberapa minit sahaja. Kalau berurusan dengan dealer, mungkin ada masalah
kerana dealer tu yang bermasalah.
apa pun halangan allah pernudahkan insyaallah ustaz..saya bersama ustaz dalam memperjuangkan matawang syariah ini..amiin
BalasPadamok boleh teruskan seperti biasa...bole beli lg semasa harga rendah ni...
BalasPadamsemoga AG terus berkembang dan maju jaya
BalasPadamini biasa la kerajaan bila nampak orang melayu maju sikit macam2 dia cari hal,cakap je nak tolonng majukan bangsa
BalasPadam