| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 13 Oktober 2012

Bulan Jatuh Ke Riba

Pungguk rindukan bulan

Orang yang baru sedar tentang rahsia emas, tetapi harga emas sedang tinggi. Tunggu-tunggu masih tinggi. Tetapi harga minggu ini ditutup rendah. Kalau orang tanya bila masa sesuai membeli emas. Tentulah jawabannya bila-bila masa.

Yang penting kalau beli masa harga tinggi, kalau nak jual semula pastikan harganya mesti lebih tinggi. Berlainan hari ini harga kembali rendah, inilah masanya untuk membeli. Bagai pungguk yang sudah lama menunggu bulan inilah masanya.

Menurut perhatian admin, purata harga raw emas 2010 adalah RM144, untuk tahun 2011 adalah RM 166 dan untuk tahun 2012 menurut perhatian  admin unjurannya RM 177. Jadi kalau harga turun lebih dari itu, admin mengganggapnya dah sangat murah.

Jadi kalau anda tanya bila masa yang ditunggu-tunggu. Harga raw emas hari ini ialah RM 172 seperti dalam spot chart, maka inilah masanya : “Bagai pungguk rindukan bulan”. Apatah lagi kalau membeli 1 gram, AG belum menarik tawaran diskaun 1% yang bila-bila masa boleh ditutup.

3 ulasan:

  1. salam ustaz,
    adakah ar rahnu AG yang akan ditubuhkan kelak akan menerima gold bar @ produk AG shj.
    adakah ar rahnu akan dibuat disemua caw.AG kelak
    TQ.

    BalasPadam
  2. kita akan mulakan dengan produk Ag sahaja. Kita mulakan dengan HQ dulu. Cawangan dapatkan bantuan pengurus disana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. alhamdulilah, satu berita yang mengembirakan,semoga AG akan terus berkembang maju....amin

      Padam



TV9