| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 10 Oktober 2012

Kami Bantu Sahabat Kami Daripada Emasnya Dilelong Bank

Hari ini kami rasa seronok benar dapat membantu sahabat kami daripada emasnya dilelong bank. Sahabat saya ini membeli emas perhiasan 999 lapan bulan yang lalu melalui syarikat xxx sebanyak 350 g dengan harga RM 194 per gram dengan kaedah 35:65.

Dengan modal RM 20,000 beliau dapat beli 350 gram emas. Beliau berhutang dengan bank sebanyak RM 44,135. Upah simpan beliau 448.945 x 6 bulan = 2693.67. Beliau dah bayar upah simpan 6 bulan pertama dan sambung dua bulan lagi. Hari ini beliau mengaku tak mampu lagi membayar upah simpan. Beliau mohon kepada saya untuk membantu, kalau tidak bank akan lelong.

Hari ini kita dahulukan duit untuk mengeluarkan emas beliau. Kemudian kami akan beli emas tersebut dengan harga yang tinggi atau  berpatutan. Menurutnya daripada dilelong baik jual dengan AG. Lagi pun dah tak sanggup nak bayar upah simpan. Beliau juga boleh simpan sebahagian atau semua emas tersebut sehingga harga emas  mencapai harga modal beliau.

Kalau anda ada masalah seperti sahabat saya ini, anda boleh hubungi kami. Kami ada cara tersendiri membantu anda

2 ulasan:

  1. Bagus cadangan AG. saya rasa ramai yg terkena dgn skim belian tersebut. Akhirnya mereka x sanggup nak bayar semula.

    BalasPadam
  2. Alhamdullilah,semoga dipermudahkan lagi urusan untuk kedua-dua pihak

    BalasPadam



TV9