| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 26 November 2012

Simpan Emas Gaya AG

Menobatkan  emas atau dinar sebagai penyelesian simpanan yang sangat tepat bagi sesiapa sahaja. Lelaki atau perempuan, tua atau muda, kaya atau miskin atau sesiapa pun. Jika mereka memikirkan dinar dan emas, mereka akan kaya dan akan jadi sangat kaya pada masa depan.

Dengan membandingkan Dinar dengan system kewangan hari ini, ternyata sistem kewangan hari ini sangat rapuh dan mengandungi risiko yang besar. Telah banyak masa dan potensi kewangan kita buang kerana kita tidak berfikir tentang dinar dan emas.

Dinar dan emas mempunyai kelebihan yang tidak dimiliki oleh potfolio yang lain. Sebab itulah ekonomi Islam yang  dilaksanakan Rasulullah berasaskan dinar dan perak. Orang yang memilih dinar dan emas akan selamat dari kegoncangan inflasi dan simpanan, kerana dinar dan emas tidak akan turun nilainya dan menyimpan nilai

BAB SATU

“Satu dinar zaman nabi boleh beli seekor kambing. Hari ini satu dinar juga boleh membeli seekor kambing”.
Ini menunjukkan dinar dan emas menyimpan nilai. Sedangkanb duit kertas mengalami Inflasi.
Timbul persoalan, kenapa peranan dan keistimewaan Dinar dan Dirham menjadi tenggelam ?
Dinar dapat memainkan peranannya membawa fungsi mata wang seperti berikut:
1)      Alat bayaran
2)      Menyimpan nilai
3)      Penakar (nilai) harga
Kami berusaha mengajak umat Islam kepada kesadaran dinar dan emas secara teori dan praktikal.
Secara teori kami jelajahi seluruh Malaysia untuk memberi penerangan kepada orang ramai tentang
1)      Emas rahsia kekuatan ekonomi umat Islam (rujuk rakaman live Apa Kabar Selangor, emas rahsia kekuatan ekonomi umat Islam)
2)      Program tajaan Amsyiq gold di TV 9 (rujuk you tube tv 9 atau dalam blog kami )
3)      Dalam program Radio IKIM
4)      Melalui surat-surat Khabar sinar harian, metro dan kosmo.
5)   Insya Allah kami akan ulasnya dalam TV al Hijrah (program egen halal- pelaburan emas 10 mlm hari khamis.

Secara praktikal kami telah menerbitkan dinar mata wang sunnah.
Kelantan telah menjadi pengasas Dinar sebagai mata wang Syariah. Namun pada penelitian kami. Kelantang gagal melaksanakan tugasnya untuk  menyebar luaskan Dinar ini, kerana faktor :
1)      Penyebarannya hanya menumpu kepada dinar Kelantan.
2)      Penerbitan dinar Kelantan di Dubai menyebabkan KGT tidak mampu membekalkan dinar keseluruh negeri-negeri di Malaysia
3)      Sistem pemasarannya begitu terbatas.
4)      Bercambahnya syarikat-syarikat pelbagai menerbitkan dinar akan menyebabkan harga dinar akan berbeza-beza antara satu negeri dengan negeri yang lain.
Berdasarkan faktor tersebut, Amsyiq gold melakukan peranan  secara drastic:
1)      Menerbitkan dinar 916 sebahagian besar negeri-negeri  di Malaysia seperti berikut:
a)      Dinar Darul Ehsan
b)      Dinar Darul Makmur
c)       Dinar Darul Khusus
Ketetapan WIM dalam purity dinar mempengaruhi penerbitan dinar 916 ini.
2)      Menerbitkan dinar 999 negeri-negeri  di Malaysia seperti berikut:
a)      2 Dinar Pulau Mutiara. (1 dinar Pulau Mutiara telah ada syarikat lain yang menerbitkannya)
b)      Dinar Darul Iman
c)       Dinar Darul Aman
d)      Dinar Darur Redhuwan
e)      Dinar Melaka badaraya Bersejarah
f)       Dinar Darul Ta’dzim
Dinar 999 kami terbitkan berdasarkan pandangan kedua tentang dinar iaitu:
Pandangan pertama: Dinar mistilah 916 atau 917
Pandangan kedua: Dinar mistilah 999, kerana zaman nabi tidak ada  teknologi untuk untuk menjadikan emas tulin kepada emas 916.
3)      Kami juga menerbitkan golbar dan goldcoin seperti berikut:
a)     Goldbar 1 gram  
b)   Goldbar 10 gram
b)      Goldcoin 25 gram
c)       Goldcoin 100 gram
4)      Kemudian menerbitkan bentuk pendent berikut:
a)      Pendent  coin 5 gram
b)      Pendent  coin 10 gram
c)       Pendent  bar 10 gram
d)      Pendent bar 20 gram
e)      Pendent bar 25 gram
5)      Berikutnya kami menerbitan  dirham :
a)      1 dirham
b)      5 dirham
c)       10 dirham
d)      30 dirham

Kami falxible tentang dinar atau emas. Asalkan kedua-duanya adalah emas. Kerana Rasulullah ketika menjadikan dinar  dan dirham sebagai mata wang, baginda mengutamakan 'emas' nya sekalipun pada ketika itu masih ada ciri "Rom" dan "Parsi"nya

dari buku "simpan emas gaya AG" .


1 ulasan:



TV9