| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 22 Disember 2012

Seminar Emas AG Memberi Ilmu Yang Baru Kepada Peserta

Alhamdulillah seperti yang dijangkakan seminar emas amsyiq mendapat sambutan. Dua tajuk yang dibentangkan memberi sesuatu ilmu yang baru dikalangan peserta. Selepas seminar sebahagian besar peserta berjinak dengan GKA versi baru kita.

Tinjauan rambang yang dibuat keatas peserta, semua peserta menyatakan mendapat manfaat dari seminar emas ini. Ada yang menyatakan kenapa tidak dibuat dalam e-book. insyaAllah………buat masa ini biarlah rahsia….yang kita bongkarkan dalam seminar emas kita.

Kalau nak tahu “rahsia itu” datanglah seminar emas AG setiap hari sabtu bermula 9 pagi. Untuk minggu depan kita kenakan bayaran RM 40 dan boleh daftar dulu dengan tel : 03-55231066.Tempat adalah terhad. Bayaran ini selain  untuk minum dan kertas kerja, sebagai pendapatan kepada Koperasi Kukuh Selangor Sdn Bhd, yang aktivitinya selain rahn ialah latihan dan seminar.

Menurut Syeikhulmaqari:  " Pengalaman yang lepas, ada pelanggan yang sering mengeluh tak tahu macam mana nak untung harga emas turun aje. Sebenarnya mereka ni tak cukup ilmu emas. Apa benda pun mereka kena cari ilmu. Kalau kedekut untuk ilmu memang itulah jadinya. Saya sarankan mereka hadir seminar emas versi baru kita ini, InsyaAllah mereka takkan mengeluh lagi..".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9