| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 11 April 2013

Apa Nak Dibuat Ketika Harga Emas Sedang Turun

Sekarang harga emas sedang turun dengan banyaknya. Ketika harga emas turun selalu kami dihujani soalan kenapa harga emas turun sedangkan AG selalu menyebut harga emas selalunya naik.

Jawabannya:

1- Allah jadikan masa harga turun peluang bagi mereka yang mempunyai budjet kecil untuk membeli emas. Contoh 1 gram bar AG ketika dilancarkan berharga RM 212, ketika ini  hanya RM189.

2- Ini juga menunjukkan bukan hartawan sahaja yang boleh memiliki emas. Orang sederhana yang memiliki kesedaran emas boleh membeli emas ketika ini.

3- Penurunan harga emas ini tidak menunjukkan kerugian kepada pemilik emas. Tetapi peluang untuk menambah simpanan emas.

4- Emas adalah sebagai simpanan dan pelaburan. Ketika ini beli emas banyak-banyak untuk simpan. Proses menyimpan menunggu harga emas naik inilah dinamakan pelaburan.

5- Emas merupakan matawang sebenar dan aset yang bernilai. Ia menjadi lebih berharga ketika menghadapi keadaan ekonomi yang tidak stabil.

6- Emas walau apapun keadaan ekonomi samada keadaan ekonomi sedang meleset atau sedang berkembang ia tetap bernilai, berlainan dengan bon, saham dan matawang asing yang boleh kehilangan banyak nilainya ketika ekonomi jatuh.

7- Adakah masa sekarang sesuai membeli emas? Memulakan membeli emas tidak kira bila. Lebih awal membeli emas adalah lebih baik.

8- Keadaan sekarang sangat sesuai membeli. Kalau buat Rahn berlapis lagilah banyak untungnya, sebab lagi murah harga lagilah banyak dapat dibeli dan disimpan untuk tunggu harga emas naik. Rahnu ni pun ada tekniknya buat untung. InsyaAllah dalam post akan dating kita perincikan atau datang kelas emas kami setiap sabtu.

9- Perlu juga kami memberitahu, ketika ini tidak sesuai menjual semula. Kalu sesak jual setakat keperluan, jangan jual semua. Kalau nak jual juga semua tentunya rugi.

10- Kita beri cadangan kepada pelanggan-pelanggan lama AG bersabar sehingga harga kembali naik semula.. Bila? Bergantung harga ketika kita membeli. Bila ada untung sikit baru jual. Ini pun terpulang.

11- Ada yang kata macamana kalau kami perlu duit. Kalau jual habislah aset kita. Maka dirahanukan dimana-mana Rahnu. Kalau Rahnu kukuh tak cukup modal, boleh pergi kemana-mana Rahnu seperti yang boleh jumlah besar ialah X change, Kosegar- Shah Alam (mereka terima dinar AG), Koperima semua produk AG mereka terima, Damai sutera , Seksyen 9, Shah Alam. Yang lain-lain kena tanya sendiri. Mungkin ada yang boleh terima produk AG, kerana AG dah tak ade dalam senarai BNM.  Rahnu dengan bank, AG tak galakkan kerana memberi kesan kepada scris nanti. nanti susah nak buat pinjaman bank.

12- Kalau rahnu tak banyak dapat pinjam kerana harga emas rendah. Kita jawab kalau pinjam rendah bayar nanti kan rendah juga. Itu kebaikan.

13- Ada yang macam putus asa nak tunggu harga emas naik. Meyakini hadis nabi maksudnya "di akhir zaman nanti tidak ada yang berharga melainkan dinar (emas)". Oleh kerana itu kita tak boleh putus asa. AG yakin harga emas akan naik semula. Tapi kami tak hendaklah meramal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9