| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 19 Ogos 2013

Rantai dan gelang pun boleh buat U-DARA



Jawaban kepada soalan komen dalam blog
Ada 2 soalan nak tanya
1) Dulu AG ada jual emas perhiasan. sekarang mcmn?
2) Kalau kami ada gelang atau rantai bolehtak buat U-DARA. kena lebur jadi produk AG dulu ke?.
Jawaban kpd soalan pertama
AG memang ada jual emas perhiasan berbentuk rantai dan gelang 999 dan 916. Tetapi kami mengingatkan emas perhiasan AG harga Buy spreadnya adalah  12%. Ini sekiranya dalam tempoh setahun. Selepas setahun emas perhiasan tersebut dianggap sebagai emas terpakai. Spread emas terpakai menjadi besar iaitu antara 16% hingga 20%. Ingat emas perhiasan dibentuk untuk dipakai. Oleh kerana itu walaupun tidak dipakai ia dianggap emas terpakai. Oleh kerana itu selepas setahun susut nilainya 16% kalau masih baik. Kalau dah putus dan lusuh susut nilainya sehingga 20%. Ini harga AG. Kalau kedai emas susut nilainya antara 25 sehingga 30% dan awal-awal lagi kita sudah rugi upah tukang antara RM150 hingga RM600. Yang berlaku apabila ada pelanggan kita tidak menerima susut nilai yang besar ini bila mereka buy back kepada kita. Kerana itu sekarang kita hanya menggalakkan emas pelaburan dinar, loket bar, loket coin dan sebagainya.
Jawaban kpd soalan kedua
Ya, kalau anda memiliki gelang atau rantai nak buat U-DARA boleh dengan dilebur menjadi produk AG terlebih dahulu. Ini samada emas 999 atau emas 916
Ustaz,setahu saya produk PG bukan semuanya 999..jadi klu saya ade produk PG 916..boleh jugak ke tukar kepada produk AG walaupon AG xkeluarkn pon spec n karat yg sama???
Jawaban
Jawabannya seperti di atas. Kalau emas 916 samada dinar atau gelang/rantai boleh ditukar jadi dinar 916 atau 10 gram loket anggerik 22 karat atau 5g loket anggerik 22 karat. contoh kalau ada rantai 916 seberat 50 gm boleh dilebur menjadi 5 pcs loket bar  10gm 22 karat atau 10 pcs loket coin 5 gm  22 karat. Atau rantai yang berat 45gm boleh ditukar menjadi 1 dinar 916 AG sebanyak 10 pcs.
Ingat untuk tempuh sehingga hujung bulan ogos ni kos lebur ditanggung oleh syarikat untuk keuntungan yang lebih.
“Keuntungan anda kegembiraan kami”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9