Pada 23 april lalu, bertempat di Surau Al Furqan, pasa dua, Puncak Alam, saya diminta mengupas tajuk berikut.
Adab berbeza pendapat. .
Definasi Perselisihan.
Menurut bahasa: tiada persetujuan dalam sesuatu perkara.
Menurut Istilah: Seseorang ulamak mengemukakan suatu hukum atau pendapat yang bercanggah dengan ulamak-ulamak lain. Lawannya ialah persepakatan.
Permasaalahan yang menimbulkan perselisihan.
Nas-nas syarak tediri dari 2 jenis:
1. Nas Qat’ie
2. Nas Dzanni.
q Nas Qat’ie ialah semua nas yang pasti dan nyata yang tidak boleh dipertikaikan.
q Nas Dzanni ialah nas yang kurang pasti maksud sebenarnya seperti hadis-hadis ahad.
Contoh dalil Qat’ie
Al Baqarah ayat 196:
فمن تمتع بالعمرة الى الحج فما استيسر من الهدي فمن لم يجد فصيام ثلاثة ايام في الحج وسبعة اذا رجعتم تلك عشرةكاملة
“Maka sesiapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji (dalam bulan haji), (wajiblah dia menyembelih) korban yang mudah didapati, tetapi jika dia tidak menemui (bintang korban atau tidakmampu), maka dia wajiblah berpuasa tiga hari dalammasa haji dan tujuh hari (lagi) apabila kamu telahpulang. Itulah sepuluh hari yang sempurna.
Dalil ini menjelaskan:
Tentang kewajiban puasa selama sepuluh hari bagi sesiapa yang ingin mengerjakan umrah sebelum haji dalam bulan haji kerana tidak dapat menyembelih korban adalah satu nas yang Qat’ie. Kepastiannya itu telah dinyatakan dalam ayat: “itulah sepuluh hari yang sempurna”.
Dalil yang Dzanni.
Al Baqarah 237.
وان طلقتتموهن من قبل ان تمسوهن وقد فرضتم لهن فريضة فنصف ما فرضتم الا ان يعفون او يعفو الذي بيده عقدة النكاح
“ Jika kamu menceraikan isteri-isterimu sebelum kamu bercampur dengan mereka padahal sesungguhnya kamu sudah menentukan maharnya, maka bayarlah seperdua dari mahar yang telah kamu tentukan, kecuali jika isteri-isteri itu memaafkan atau dimaafkan oleh orang yang memegang ikatan nikah”
Huraian:
Orang yang memegang ikatan nikah mungkin suami sendiri atau qadhi. Oleh itu dalil ini adalah dalilDzanni bukan Qat’ie.
Dalil Qat’ie bukan lapangan untuk berijtihad.
Manakala dalil Dzanni adalah lapangan untuk dijtihadkan.
Jenis dan sebab perselisihan
Perselisihan dalam fiqh ada 3 jenis:
1. Perselisihan positif.
2. Perselisihan negatif.
3. Perselisihan logikal.
Perselisihan positif
Iaitu satu jenis perselisihan yang berlaku pada banyak perkara yang disyariatkan tetapi para ulamak telah berselisih pendapat dalam menentukan mana satu yang paling tepat dan paling hampir dengan maksud sebenar.
Contoh:
1. jenis-jenis haji manakah yang lebih afdhal.
2. mengenai meninggikan atau memperlahankan suara ketika membaca basmalah.
3. mengenai membaca qunut dalam solat subuh.
Perselisihan negatif dan sebab-sebabnya.
Tiga faktor utama menyebabkan perselisihan negatif ini boleh berlaku iaitu:
1. Kejahilan.
2. Kezaliman dan permusuhan.
3. Menurut hawa nafsu dan sangkaan.
4.Melanggar ajaran nabi dalam menentukan hukum syarak dan beramal dengannya.
Perselisihan munasabah yang dibenarkan
Mereupakan perselisihan yang terjadi dikalangan ahli-ahli fiqh,mufti dan para ulamak Islam dalam permasalahan ijtihad yang tiada sebarang nas qat’ie.
Perselisihan boleh berlaku dengan beberapa syarat iaitu:
1. Perselisihan hanyalah boleh berlaku di kalangan ulamak fiqh dan golongan ilmuan dalam Islam.
2. Ijtihad dan perselisihan mereka mistilah dalam permasalahan-permasalahan furuk sahaja yang tidak ada sebarang dalil qat’ie tentang hukumnya.
3. Niat dan tujuan hendaklah semata-mata untukmencapai kebenaran dan kebaikan.
4. Seseorang ahli fiqh mestilah berusaha dengan sedaya upayanya dalam mencapai kebenaran.Jika dia mengurangkan daya usahanya maka tercelalah ia kerana pengurangannya itu dan lebih-lebih lagi pengurangan sesuatu dalil iatu al Quran dan As Sunnah.
Sebab-sebab perselisihan munasabah yang dibolehkan.
Perbezaan minda dan peaakulan.
Perbezaan ilmu pengetahuan.
Perbezaan dalam menguasai ilmu bahasa arab.
Perbezaan dealam pembentangan hujah yang terbaik.
Perbezaan dalam kaedah Usuliyah.
Adab berbeza pendapat:1. Ikhlas kerana Allah dan bebas dari hawa nafsu.
Seringkali perselisihan itu terjadi kerana faktor peribadi dan populariti sekalipun dibaluti dengan kepentingan Islam atau jamaah dan sebagainya.
Tarbiah quraniah memperingatkan dan mengecam manusia yang menjadikan dunia sebagai puncak cita-cita, beramal demi mencapai kemaslahatan peribadi dan golongan samada secara terang-terangan atau secara tersebunyi.
2. Meninggalkan fanatik terhadap individu, mazhab dan golongan.A. Fanatik peribadi
Seseorang hendaklah melepaskan diri dari fanatik terhadap pendapatnya sendiri. Orang yang fanatik akan sentiasa mempertahankan pendapatnya sendiri sekalipun tahu pendapatnya lemah.
Imam Syafie r.h berkata: “Demi Allah, aku tidak peduli apakah kebenaran itu nampak melalui lidahku atau melalui lidah orang lain.
b. Fanatik terhadap mazhab.
Fanatik mazhab sehingga hampir memaksumkan mazhab dan para imam adalah tercela.
Tindakan ini seperti menempatkan para imam mazhab sebagai pembuat syariat yang tidak boleh dibantah.
Imam Syafie melarang bertaqlid kepada dirinya dan kepada selainnya.
c. Fanatik menentang mazhab dan para imam.
Sikap menolak mazhab dan para imamnya secara mutlak muncul pada dekad ini.
Imam ibn Taimiyah (yang menjadi rujukan mereka) juga berkata: “kaum muslimin,setelah memberi wala’ kepada Allah dan Rasulnya,wajib memberi wala’ kepada orang-orang mukmin sebagaimana ditegaskan dalam Al Quran, terutama para ulamak yang menjadi pewaris para nabi dan dijadikan oleh Allah sebagai “bintang-bintang” penunjuk jalan serta telah disepakati oleh kaum muslimin akan keutamaan dan kejujuran mereka.
d. Fanatik kepada kelompok.
Sikap fanatik menjadikan seseorang selalu membela kelompoknya tanpa memperdulikan benar atau tidak.
Diantara gejala fanatik ialah tidak pernah menyebutkan kecuali kebaikan-kebaikan dan keutamaan golongannya sahaja dan golongan lain semuanya jelek.
Islam mewajibkan setiap muslim agar bersikap adil terhadap orang yang dicintai juga terhadap orang tidak disukai.
3. Bersangka baik kepada orang lain.
Akhlak dan pandangan seorang mukmin tidak boleh didasarkan pada perinsip memuji diri sendiri dan menyalahkan orang lain.
Firman Allah an Najm 32:
فلا تزكوا انفسكم هو اعلم بمن اتقي
“Maka janganlah kamu mengatakan diri kamu suci. Dia (Allah) yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa”
Diantara cabang iman yang terbesar ialah; berperasangka baik kepada Allah dan manusia. Pada dasarnya kita mesti menganggap seorang muslim sebagai seorang yang solih dan tidak berperasangka kepadanya kecuali dengan kebaikan.
4. Tidak menyakiti dan mencela
Dalam masalah ijtihadiah tidak ada kepastian tentang kebenaran salah satu dari kedua pendapat yang diperselisihkan.
Orang yang berijtihad tetap diberi pahala sekalipun satu pahala, bagaimana kita nak mencelanya.
5.Menjauhi jidal (perdebatan) dan permusuhan yang sengit.
Islam sekalipun memerintahkan perdebatan dengan cara yang lebih baik mengecam perbantahan yang bertujuan mengalahkan lawan dengan apa cara tanpa berpegang teguh kepada logik yang sihat dan pertimbangan yang bijaksana.
Tabiat manusia suka berbantah. Surah alKahfi 54 bermaksud: “Dan adalah manusia suka berbantah”
Di medan dakwah kita dapati ….
Mereka yang hanya menginginkan agar orang lain mengikut pendapatnya.Mereka merasa selalu benar sedangkan orang lain sentiasa salah.
Diantara mereka ada yang mengecam fanatik mazhab tetapi mereka sendiri membuat mazhab baru dan menyerang orang lain yang tidak sefaham dan tidak mahu mengikut mereka.
Diantara mereka ada yang mengharamkan taqlid tetapi mereka sendiri menuntut orang lain mengikut mereka. Atau melarang taqlid kepada ulamak terdahulu,sementara mereka sendiri bertaqlid kepada ulamak sekarang.
Diantara mereka ada yang membesar-besarkan masalah furuk, sedangkan para salaf berselisih pendapat tidaklah sampai kepada keruhnya hubungan sesama saudaranya.
6. Berdialog dengan cara yang lebih baik.
Firman Allah surah an Nahl 125:
ادع الى سبيل ربك بالحكمة والموعظة الحسنة وجادلهم بالتي هي احسن
“Serulah manusia kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan nasihat yang baik dan bantahkah mereka dengan cara yang lebih baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk”
Ayat menerangkan dalam melakukan mau’izah memada dengan cara yang baik (hasanah), tetapi dalam melakukan jidal tidak dibenarkan kecuali dengancara yang lebih baik.
Mau’izah biasanya ditujukan kepada orang-orang yang menerima dan sudah menerima perinsip dan fikrah, sedangkan jidal biasanya ditujukan kepada orang-orang yang menentang, yang sering membuat orang berselisih pendapat dengan mereka
Mengelakkan perselisihan dan perdebatan
1. Mengkaji dengan teliti dan tidak tergesa-gesa dalam mengeluarkan fatwa.
2. Banyakkan berbincang dengan ahli ilmu.
3. Kesilapan dalam mengeluarkan hukuman.
4. Larangan melampau dalam agama.
5. Menjauhkan diri dari permasaalahan yang diabaikan oleh syarak.
Bentuk-bentuk pertanyaan
1.Pertanyaan untuk mempersenda.
2. Pertanyaan berbentuk kutukan dan cabaran.
3. Pertanyaan yang detel menjurus kepada keterlaluan.
4. Pertanyaan tentang perkara ghaib.
5. Pertanyaan yang diwas-waskan oleh syaitan.
6. Pertanyaan tentang perkara yang tidak ditaklifkan.
7. Pertanyaan yang digalakkan.
othman bin Hamzah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan