Diam-diam rupanya telah berlalu sebulan percutian saya dan isteri bersama anak-anak. Beberapa jam dari sekarang kami akan kembali semula ke jordan untuk menyelesaikan tesis master saya. Percutian kali ini tidak banyak kesempatan untuk memberi kuliah di mesjid-mesjid kerana memberikan perhatian kepada tesis. Walaupun saya telah menyiapkan sebahagian besarnya, tetapi komen musyrif supaya diperbetulkan itu dan ini, tambah rujukan, tukar kepada rujukan qadim (turas) dan sebagainya, sesungguhnya bukanlah mudah.
Saya akan meninggalkan anak-anak kira sebulan hingga akhir semerter ini. Meninggalkan anak ketika anak-anak sedang membesar dan remaja, yang merisaukan ialah tentang solat mereka maksud saya menunaikan solat di awal waktunya. Anak-anakku! harap-haraplah kalian dapat menjaga tanggungjawab kalian dengan Allah, pelajaran dan sebagainya. Kalau kalian dapat menjaga solat InsyaAllah tanggungjawab yang lain pasti kalian dapat melaksanakannya. Kerana solat di awal waktu dapat mendisiplinkan diri pada perkara-perkara lain.
Allah berfirman:
إن الصلاة كانت على المؤمنين كتابا موقوتا
"Sesumngguhnya sembahyang itu kewajiban ke atas orang-orang beriman pada waktu yang telah ditentukan"
FirmanNya lagi:
أقم الصلاة إن الصلاة تنهى عن الفحشاء والمنكر.
"Dirikanlah sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu mencegah diri dari perbuatan keji dan mungkar".
Doakan agar ayah dapat menyiapkan tesis ayah dengan cemerlang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan