| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 30 Julai 2009

Pengaruh Jin, Syaitan Dan Qorin Kepada Manusia

Ceramah saya dalam program bicara Ad Din pada hari Sabtu 25.07.2009 di Masjid Negeri Selangor bertajuk:

"PENGARUH JIN, SYAITAN DAN QORIN KEPADA MANUSIA"

Alam Jin Kuasa Jin dan kuasa Manusia
Jin mempunyai kuasa keatas sesuatu seperti manusia, bezanya mereka boleh bergerak dengan cepat dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat.
Firman Allah:
(An Naml 39-40)
39- Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.
40- Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata! Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah dia: Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.


Firman Allah Taala:
(alJin8)
8- Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.
Kerana mereka mencuri perkhabaran langit untuk mengetahui sesuatu berita sebelum berlaku, tetapi semua ini telah dihalang sesudah diutuskan Muhammad s.a.w.
Jin dan hakikat keujudannya
Jin adalah kata pecah daripada ijtinan, kerana mereka terlindung daripada pandangan manusia.
Jin adalah alam yang lain daripada alam manusia dan alam malaikat.Firman Allah:

(An Najm 32).
32-. Dia lebih mengetahui akan keadaan kamu semenjak Dia mencipta kamu (berasal) dari tanah dan semasa kamu berupa anak yang sedang melalui berbagai peringkat kejadian dalam perut ibu kamu;
Iaitu dikatakan janin kerana ia terlindung dalam perut ibunya.
Taala Allah menceritakan kepada kita tentang penciptaan Jin dalam Al Quran, begitu juga sebahagian jenis dan tingkah lakunya.

(al Hijr 27)
27- Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma.

(ar Rahman 15)
15- Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.

Sabda Rasulullah s.a.w:
” خلقت الملائكة من نور وخلق الجان من نار وخلق آدم عليه السلام مما وصف لكم“ (رواه أحمد ومسلم)
"Diciptakan malaikat daripada cahaya, Jin daripada api dan Adam a.s daripada apa yang disifatkan buat kamu" (Ahmad dan Muslim)
Ayat-ayat yang menunjukkan keujudan Jin dalam Al Quran.
Lafaz (الجن)al Jin dalam al Quran ada 22 kali.
Lafaz (الجان) al Jaan dalam Al Quran ada 7 kali.
Lafaz (الجنة) al Jinnah dalam al Quran ada 10 kali.

(al An’am 130(
(al A’raf 38)
(al A’raf 179)

Pertama: ayat yang menunjukkan lafaz Jin antaranya:
(al An’am 100)
(al An,am 112)
(al An’am 127)
(al Kahf 50)
(an Naml 39)

Lafaz (الجان) al Jaan dalam al Quran, antaranya:
(al Hijr 27)
(an Naml 10)
(al Qasas 31)
(ar Rahman 15)
(ar Rahman 39)
(ar Rahman 56)
(ar Rahman 74

Ayat lafaz (الجنة) al Jinnah dalam Al Quran:
(An Nas 1-6)
Surah al Jin.

Al Jin dalam as Sunnah
1- عن ابن مسعود -رضى الله عنه- أن رسول الله قال ”ما منكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن “
Dari Ibn Masud r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang pun dikalangan kamu melainkan bersamanya Qarin dari Jin"
Mereka berkata: Engkau juga wahai Rasululah s.a.w. Sabda baginda: "Ya begitu juga aku, melainkan Allah membantu aku ke atasnya lalu ia telah Islam, maka ia tidak menyuruh aku melainkan dengan kebaikan.
2-عن أبي سعيد الخدري –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله ”إنى أراك تحت الغنم والبادية . فإذا كنت في غنمك وباديتك فأذنت بالصلاة فارفع صوتك بالنداء. فإنه لا يسمع مدى صوت المؤذن جن ولا إنس ولا شيء إلا شهد له يوم القيامة“
Dari Abi Said al Khudri r.a berkata: Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya aku melihat kamu sukakan kambing dan kampung. Maka apabila kamu berada di tengah kambing dan kampung kamu, maka kamu azan untuk solat maka angkatlah suramu untuk azan, kerana tidak mendengar panjangnya suara muazzin oleh Jin, manusia dan sesuatu melainkan akan menyaksikaanya pada hari kiamat.

Nama sebahagian Jin dan sifat-sifatnya.Jin mempunyai nama-nama yang terdapat dalam al Quran:
1- al I’frit: iaitu jenis jin yang paling kuat dan buruk.
Firman Allah :
(an Naml 39).
39- Berkatalah Ifrit dari golongan jin: Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu

2- al Marid:
(As Soffat 7)
(An Nisa’ 117)
117- Apa yang mereka sembah yang lain dari Allah itu, hanyalah berhala-berhala (makhluk-makhluk yang lemah) dan mereka (dengan yang demikian) tidak menyembah melainkan
Syaitan yang derhaka.

Berkata Ibn Abdul Bar: Jin disisi ahli kalam dan ahli ilmu ada beberapa peringkat:
1- (Jinni) yang dipanggil Jin.
2- (al ‘Ammar) dipanggil kepada penduduk tempat iaitu al ‘Aamir.
3- (al Arwah) dikatakan kepada yang mengganggu kanak-kanak.
4- (Syaiton) dikatakan kepada yang jahat menderhaka.
5- (‘Ifrit) dikatakan kepada yang kuat.
Sabda Rasulullah s.aw:
قال رسول الله ”الجن ثلاثة أصناف:صنف بطير في الهواء، صنف حيات وكلاب، صنف يحلون ويظعنون“
"Jin itu ada tiga jenis: Jenis yang terbang di udara, jenis ular dan anjing, jenis yang bermukim dan jenis yang berpindah randah"

Penciptaan Jin
Al Quran:
(ar Rahman 15)
15- Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang.
(al A’raf 12).
12- Allah berfirman: Apakah penghalangnya yang menyekatmu daripada sujud ketika Aku perintahmu? Iblis menjawab: Aku lebih baik daripada Adam, Engkau (wahai Tuhan) jadikan daku dari api sedang dia Engkau jadikan dari tanah.

As Sunnah:
عن عائشة رضى الله عنها قالت: قال رسول الله ” خلقت الملائكة من نور وخلق الجان من نار وخلق آدم عليه السلام مما وصف لكم“ (رواه أحمد ومسلم)
Daripada Aisyah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Dicipta malaikat daripada Nur, jin daripada marij daripada api dan adam seperti sifat kamu"
Tempat tinggal Jin
Jin tinggal di padang sahrah, kerana sunyi dari manusia, dikalangan mereka tinggal di tempat sampah dan dipuncak bukit, dan ada yang tinggal bersama manusia.
Jin juga tinggal di tandas.
عن زيد بن أرقم أن رسول الله قال ”إن هذه الخشوش محتضرة فإذا أتى أحدكم الخلاء فليقل (اللهم إنى أعوذبك من الخبث والخبائث)“
Dari zaid bin Arqam bahawa Rasulullah s.aw bersabda: "Sesungguhnya tempat ini ada Jin, maka apabila seseorang kamu mendatangi tandas hendaklah berdoa: Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari syaiton jantan dan betina"
Jin juga tinggal dalam lubang-lubang.
عن قتادة عن عبدالله أن النبي صلى الله عليه وسلم قال ”لا يبولن احدكم في حجر“ (رواه الإمام مسلم والنسائى)
Dari Qatadah dari Abdullah bahawa nabi s.a.w bersabda: "jangan seseorang kamu kencing dalam lobang" (muslim dan Nasaie)
Jin juga tinggal dalam kandang-kandang unta, kerana ia adalah tempat syaiton dan kubur-kubur dan pasar-pasar.
Makan dan minum Jin
Jin makan dan minum dimana hadis yang sohih menjelaskan bahawa jin makan dan minum.
عن عبدالله بن عمر أن رسول الله قال ”إذا أكل أحدكم فليأكل بيمينه وإذا شرب فليشرب بيمينه فإن الشيطان يأكل ويشرب بشماله“
Hadis Abdullah bin Umar bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila seseorang kamu makan, maka makanlah dengan tangan kanan, dan apabila minum, maka minumlah dengan tangan kanannya, kerana syaiton makan dan minum dengan tangan kirinya"
ketika Sabda Rasullullah:
قال رسول الله ”إذا دخل أحدكم بيته فذكر اسم الله تعالى عند دخوله وعند طعامه قال الشيطان: لامبيت لكم ولا عشاء وإذا لم يذكر اسم الله عند الدخول قال الشيطان: أدركتم المبيت وإذا لم يذكر اسم الله عند طعامه قال: أدركتم المبيت والعشاء“
Apabila seseorang kamu masuk ke rumahnya, lalu ia menyebut nama Allah Taala ketika memasukinya dan ketika makannya, berkata syaiton: Tiada tempat tinggal untuk kamu wahai syaiton,dan tiada makan. Dan apabila tidak disebut Allah ketika masuk, berkata syaiton: kamu ada tempat tinggal. Dan apabila tidak disebut Allah maka berkata syaiton: Kamu mendapat tempat tinggal dan makanan.

Bolehkan berkahwin antara Jin dan manusia?Dan apakah hakikat tentang asyiknya Jin dan manusia.
Imam Ibn Taimiyah menyebutkan:
"Sesungguhnya Jin merasuk manusia dengan sebab syahwat, hawa nafsu dan asyik (syok) sebagaimana berlaku antara sesama manusia. Kadang-kadang Jin dan manusia berkahwin sama, dan melahirkan anak. Ini banyak berlaku".
Kadang-kadang Jin asyik dan syok kepada manusia, kadang-kadang jin betina syok kepada manusia lelaki, dan berlaku perkahwinan.
Telah pasti bahawa perkahwinan ini batal, kerana tiada kufu’ (padan) antara keduanya pada keadaan, ilmu, nafkah dan selainnya.
Dan tanpa diragui banyak berlaku sangat mudharat ke atas manusia.
Dan perkahwinan ini berlaku kerana untuk memuaskan keinginan sex dari kedua-dua belah pihak, dan boleh jadi dari sebelah pihak.
Dan kebiasaannya pihak yang memaksa adalah jin. Dan ini dianggap zina dan termasuk dosa besar, dan Allah akan menghisab mereka dengan perhitungan yang keras.
Tetapi yang dipaksa tidak akan dihisab, bahkan hendaklah ia bersegera kepada Allah, mohon perlindungan dan membanyakkan zikir, tilawah al Quran, dan pergi kepada ahli ilmu untuk mendapatkan nasihat, bimbingan, rawatan dan melepaskan diri terus daripada bala’ ini.
Jin beranak pinak seperti manusia, bahkan ia lebih besar, lebih panjang umur daripada anak-anak dan umur manusia.

Alam Syaiton
Apa dia syaiton.
Syaiton pada bahasa Arab kata pecah daripada (شطن), iaitu jauh, kerana ia tabiatnya jauh daripada tabiat tabiat manusia. Dan jauh dengan kefasikannya daripada setiap kebaikan.
Dikatakan juga: Ia adalah kata pecah daripada kalimah (شاط), kerana ia dicipta daripada api.
Kerja-kerja syaiton
1- al Hamz.
2- an Nafkh.
3- an Nafth.
قال رسول الله ”عن سعيد الخدري قال: كان رسول الله إذا قام من الليل فاستفتح صلاته وكبر وقال: سبحانك اللهم وبحمدك تبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك ثم يقول: لا إله إلا الله (ثلاث مرات) ثم يقول: أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه“.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Dari Sa’id al Khudri berkata: adalah Rasulullah s.a.w apabila bangun pada waktu malam, lalu memulakan solat, bertakbir dan membaca: (سبحانك اللهم وبحمدك تبارك اسمك وتعالى جدك ولا إله غيرك )kemudian membaca(لا إله إلا الله ) tiga kali kemudian berkata: (أعوذ بالله السميع العليم من الشيطان الرجيم من همزه ونفخه ونفثه“. ) .
4- mengganggu dalam solat
Rasulullah bersabda kepada saidina Uthman ibn Abi al ‘Ash ketika saidina Uthman berkata kepadanya: "Sesungguhnya syaiton menghalang antara aku dan solatku dan bacaanku, ia (syaiton) menganggu aku".
Sabda Rasulullah s.a.w :"itulah syaiton yang dipanggil khinzib".Maka apabila engkau merasakannya hendaklah engkau mohon perlindungan kepada Allah darinya dan menghembus kesebelah kirimu tiga kali.
5.Mengganggu dalam mimpi.
Dari Sa’id al Khudri r.a bahawa ia mendengar nabi s.a.w bersabda:
عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه أنه سمع النبي يقول ”إذا رأى أحدكم رؤيا يحبها فإنما هي من الله. فليحمد الله عليها وليحدث بها. فإذا رأى غير ذلك مما يكره فإنما هي من الشيطان فليستعذ من شرها ولا يذكرها لأحد فإنها لا تضره“ (أخرجه البخاري)
"apabila seseorang kamu bermimpi mimpi yang ia sukai, maka ia dari Allah, maka hendaklah ia memuji Allah dan menceritakannya. Maka apabila ia bermimpi selain itu daripada perkara yang ia benci, maka ia hanyalah dari syaiton, maka berlindunglah dari kejahatannya dan ia tidak menyebutkannya kepada seseorang, kerana sesungguhnya ia (mimpi tersebut) tidak akan memudharatkannya" (Bukhari).
6. Simpulan syaiton
عن أبي هريرة رضي الله عنه: أن رسول الله قال ”يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم إذا هونام ثلاث عقد يضرب على مكان كل عقدة. عليك ليل طويل فارقد. فإن استيقظ فذكر الله انحلت عقدة، فإن توضأ انحلت عقدة، فإن صلى انحلت عقدة، فأصبح نشيطا طيب النفس وإلا أصبح خبيث النفس كسلان“
Dari Abi Hurairah r.a: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Syaiton mengikat simpul tengkuk seseorang kamu apabila ia tidur dengan tiga simpulan yang ia ikat kepadamu setiap tempat simpulan pada malam yang panjang lalu kamu tertidur. Maka jika ia bangun lalu menyebut Allah terungkai satu simpulannya, maka jika ia berwudhu’ terungkai satu simpulan lagi, dan jika ia sembahyang terungkai satu lagi simpulan, maka dengan itu jadilah ia cergas ceria, jika tidak jadilah ia jiwa yang buruk lagi malas.
7. Was- was
Asal was-was: iaitu gerakan atau suara halus yang tidak disedari, maka hendaklah ia berjaga diri darinya. Ia juga: lemparan yang tersembunyi dalam diri samada dengan suara yang tersembunyi yang tidak didengari melainkan oleh orang yang didatanginya. Adapun tanpa suara sebagaimana syaiton mendatangkan was-was kepada hamba.
8. Lupa
Syaiton mendatangkan was-was kepada manusia sebagaiman yang telah lalu. Maka apabila bertambah was-was dari syaiton kepada seorang hamba, lalu akan lupa apa yang diperintahkan oleh tuhannya.
Berkata teman nabi Musa kepada Musa a.s:
(al Kahf 63)
63- Temannya berkata: Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan dan ikan itu telah menggelongsor menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan.
9. meragu-ragukan tauhid.
عن أبي هريرة رضي الله عنه قال: قال رسول الله ”يأتي الشيطان أحدكم فيقول من خلق كذا ومن خلق كذا. حتى يقول من خلق ربك. فإذا بلغه فليستعذ بالله ولينته“ (رواه البخاري).
Dari Abi Hurairah r.a berkata: bersabda Rasulullah s.a.w: "Syaiton mendatangi sesorang kamu, lalu ia berkata siapa yang menciptakan ini, siapa yang menciptakan ini, sehingga ia berkata siapa yang mencipta Tuhan. Maka apabila sampai kepadanya ke peringkat itu, hendaklah ia berlindung kepada Allah, dan hendaklah ia berhenti. (Bukhari).
Adakah syaiton asal Jin atau di kalangan mereka.
Berselisih pendapat ulamak mengenainya. Pendapat yang kedua adalah lebih kuat kerana firman Allah
(al Kahf 50)
50- Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; lalu mereka sujud melainkan iblis; dia adalah berasal dari golongan jin, lalu dia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: Pengganti yang mereka pilih itu.
Imam Ibn Taimiyah r.h berkata: "sesungguhnya Syaiton adalah asal Jin sebagaimana Adam adalah asal manusia".

Syaiton tidak boleh menguasai hamba-hamba Allah.
Syaiton tidak mempunyai kuasa untuk memaksa manusia kepada kesesatan dan kekufuran dan Allah tidak memberinya kuasa tersebut.
Allah berfirman:
(al Isra’ 65)
65- Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
(Saba’21)
21- Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya.
Tetapi syaiton menguasai hamba-hamba yang suka mengikutnya.
Allah berfirman:
(al Hijr 42).
42- Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).

Kemudian selepas itu syaiton berkata kepada hamba-hambanya dan pengikutnya yang membinasakan mereka dan menyesatkan mereka.
(Ibrahim 22)
22- tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu;
(an Nahl 100)
100- Sesungguhnya pengaruh Syaitan itu hanyalah terhadap orang-orang yang menjadikan dia pemimpin mereka dan orang-orang yang dengan sebab hasutannya melakukan syirik kepada Allah.

Qarin
Apa itu Qarin?
Qarin adalah dikalangan Jin yang sentiasa bersama manusia, dan dia yang membuat was-was kepada manusia, dan dialah yang menghiaskan manusia kepada menyukai syahwat dan maksiat.
Firman Allah:
(az Zukhruf 36)
36- Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang Maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.
(Ash Shaffat 51)
51- Seorang di antaranya berkata: Sesungguhnya aku (di dunia) dahulu, ada seorang rakan (yang menempelak daku).
(Qaf 27).
27- (Semasa dia dihumbankan ke dalam Neraka Jahanam, dia mendakwa bahawa Syaitanlah yang menjadikan dia sesat; pada saat itu) Syaitan yang sentiasa menyertainya (di dunia dahulu) berkata: Wahai Tuhan kami, aku tidak menyesatkannya tetapi sememangnya dia sendiri berada di dalam kesesatan yang jauh terpesong.
Ertinya Al Quran banyak menyebut perkataan "al Qarin" .
Qarin dalam sunnah
عن ابن مسعود رضي الله عنه أن رسول الله قال ”مامنكم من أحد إلا وقد وكل به قرينه من الجن قالوا: وإياك يا رسول الله قال: وإياي إلا أن الله أعاننى عليه فأسلم فلم يأمرني إلا بخير“
Dari Ibn Mas’ud r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak ada seorang kamu melainkan disertakan kepadanya qarinnya dari jin. Mereka berkata: Engkau juga wahai Rasulullah. Sabda baginda: Juga aku bezanya Allah menolong aku keatasnya lalu ia Islam, maka ia tidak menyuruh aku melainkan kepada kebaikan.
Syaiton dan saluran darah
عن أنس رضي الله عنه قال رسول الله ”إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم“
Dari Anas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya syaiton berjalan pada anak Adam pada saluran darah" (muslim dan Bukhari)
عن أم المؤمنين صفية بنت حيى زوج النبي قالت: كان الرسول معتكفا فأتيته أزوره ليلا فحدثته ثم قمت لأنقلب فقام معى ليقلبنى وكان مسكنها في دار أسامة بن زيد. فمر رجلان من الأنصار فلما رأيا رسول الله أسرعا فقال النبي على رسلكما إنها صفية زوجي فقالا: سبحان الله يا رسول الله! قال رسول الله“إن الشيطان يجري من ابن آدم مجرى الدم وإن خشيت أن يقذف فى قلوبكما شرا أو قال: شيئا.
Dari Ummul Muknminin Sufiyyah binti Huyai isteri nabi s.a.w berkata: Adalah Rasulullah beriktikaf, maka aku menziarahinya pada waktu malam, aku bercakap dengannya kemudian aku bangun untuk balik, maka baginda bangun bersamaku untuk mengiringiku. Adalah rumahnya dekat dengan Dar Usamah bin Zaid.Maka berlalu dua orang daripada Ansar.Manakala kedua-duanya melihat Rasululah s.aw bersabda nabi s.a.w: "Demi sesungguhnya ia adalah Sufiyyah isteriku. Berkata keduanya: Maha Suci Allah wahai Rasulullah. Bersabda Rasulullah s.a.w: "Sesungguhnya syaiton berlari pada saluran darah, dan sesungguhnya aku bimbang masuk ke dalam hati kamu kejahatan atau sesuatu.
Takut dan larinya syaiton dari sebahagian hamba-hamba Allah
Apabila seorang hamba beriman dengan sebenarnya. Iaitu menjaga batas-batas Allah, maka sesungguhnya syaiton lari darinya. Perkara itu tidak berlaku melainkan apabila iman mantap ke dalam hati hamba, dan mantap iman di dalam hati.
Bersabda rasulullah s.a.w kepada Umar:
قال رسول الله لعمر ابن الخطاب ”إن الشيطان ليفر منك يا عمر“ (رواه أحمد- الترمذى- ابنحبان)
"Sesunguhnya syaiton pasti lari daripada engkau wahai Umar.(Ahmad,Tirmizi dan Ibn Hibban)
Sabdanya lagi kepada Umar:
قال رسول الله في عمر أيضا ”إنى لأنظر شياطين الجن والإنس فروامن عمر“
"Sesungguhnya aku benar-benar melihat jin dan Syaiton lari daripada Umar.
Dan ini tidaklah dikhususkan kepada saidina Umar sahaja, tetapi kerana kepada sesiapa sahaja yang kuat imannya menetang syaiton.
Sabda Rasul s.a.w:
قال رسول الله ”إن المؤمن لينصى شيطانه كما ينصى أحدكم بعيره فى السفر“
"Sesungguhnya mukmin pasti menggenggam umbun-umbun syaitonnya sebagaimana seseorang kamu memegang untanya dalam perjalanannya"
Syaiton menguasai mukmin yang berdosa.
Abu al farj Ibn al Jauzi meriwayatkan kepada kita dari Hasan al Basri r.a berkata:
"Ada di sana sebuah pokok yang disembah selain Allah. Datanglah seorang lelaki bekata: "Aku akan potong pokok ini. Maka pergilah ia memotongnya dengan kemarahan kerana Allah. Maka datang Iblis bertemunya dalam rupa manusia, lalu berkata apa yang kamu mahu?. Berkata lelaki itu: Aku hendak memotong pokok yang engkau sembah selain Allah. Berkata Iblis kepadanya: Apabila Engkau tidak menyembahnya, maka apa yang memudharatkan engkau orang yang menyembahnya?, berkata lelaki tersebut: pasti aku akan memotongnya.
Berkata syaiton kepadanya: hendakkah engkau memiliki sesuatu yang lebih baik untukmu? Jangan engkau potongnya dan engkau akan mendapat dua dinar setiap hari diatas bantalmu apabila engkau bangun pagi.
Berkata lelaki tersebut: Dari mana aku akan dapatkannya. Berkata syaiton: Aku berikan untukmu.Maka kembali ia, maka pada waktu pagi dia dapati dua dinar pada bantalnya.
Kemudian pagi berikutnya ia tidak dapati sesuatu, maka pergilah ia dengan marah untuk memotong pokok tersebut.
Lalu syaitan merupakan dirinya, dan berkata: Apakah yang engkau hendak?
Berkata lelaki tersebut: Aku hendak memotong pokok yang disembah selain Allah.
Berkata syaiton: Engkau dusta, Engkau tidak boleh melakukannya.Lalu ia pergi untuk memotongnya, tetapi ia terjatuh. Syaiton mencekiknya hingga hampir ia membunuhnya.
Berkata Syaiton:" Tidakkah engkau mengenali aku? Aku adalah syaiton yang engkau datang kali pertama dengan kemarahan kerana Allah, maka aku tidak boleh mengalahkan engkau, lalu aku perdaya engkau dengan dinar, maka engkau meninggalkannya. Maka ketika engkau datang kerana dua dinar maka aku menewaskan engkau"
Bagaiman Syaiton boleh sampai kepada kita
Syaiton sampai kepada manusia melalui cara berfikir dan melalui fikiran sampai ke dalam hati dan berpusat padanya. Inilah yang dinamakan was-was.
Firman Allah:
(an Nas 4-5).
4- Dari kejahatan pembisik penghasut yang timbul tenggelam. 5- Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia.
Bagaimana membatalkan tipu daya syaiton.
1. memelihara wudhuk sebelum tidur.
2. memelihara solat witir sebelum tidur.
3. memelihara membaca ayat kursi sebelum tidur dan selepas setiap solat.
4. Memelihara tasbih 33 kali, tahmid 33 kali dan takbir 33 kali selepas setiap solat dan sebelum tidur.
5. memelihara membaca doa tidur.
(باسمك اللهم وضعت جنبي وبك أرفعه. إن أمسكت نفسي فارحمها وإن أرسلتها فاحفظها بما تحفظ به عبادك الصالحين)
"Dengan namaMu ya Allah aku letakkan lambungku dan denganMu aku bangun. Sekiranya Engkau genggam jiwaku maka kasihilah ia, dan sekiranya Engkau sambungkan, maka peliharalah sebagaimana Engkau pelihara hamba-hambaMu yang solih"
6. memelihara semua bentuk ketaatan dan mengikhlaskan niat kepada Allah.
7. Memelihara membaca sebahagian ayat-ayat zikir.

* Sedutan dari kertas kerja latihan rawatan qurani, oleh Haji Othman bin Hamzah.
Untuk mengetahui lebih lanjut sila ikuti kursus tersebut pada 1 dan 2 Ogos 2009.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9