| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 4 Oktober 2009

Air Mata Di Padang Mahsyar

*Ceramah di surau Al-Huda pada 23 Apr 2009
Air mata di padang Mahsyar

- Apabila dunia ini telah dikiamatkan: semuanya mati dan dunia telah musnah
- Keadaan ketika itu menjadi tenang seketika: ia berjalan selama 40 tahun.
- Semua manusia di alam kubur tertidur.
- Selepas 40 tahun, barulah dibangkitkan semula untuk diadili segala perbuatan semasa di dunia dahulu.
- Makhluk yang mula-mula sekali dibangkitkan oleh Allah ialah malaikat Israfil, ia akan meniup sangkakala kali kedua.
- Manusia akan dihidupkan semula
- Ketika itu Allah berfirman (Ghafir 16)
- “siapa raja pada hari ini”, tiada siapa berani menjawabnya.
- Syaitan dan iblis yang dahulu sombong pun hilang taringnya.

- Sebahagian besar manusia berkata (Ya Siin 52)
(Pada ketika itu) orang-orang yang tidak percayakan hidup semula berkata: Aduhai celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami?,,

- Malaikat dan orang-orang beriman pula berkata (Ya Siin 52)
{52- (Lalu dikatakan kepada mereka): Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah Yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh Rasul-rasul.}

- Semua manusia hidup semula setelah ditiupkan roh ke jasad mereka.
- Manusia pada ketika itu mengeluh, menyesal bahkan sedikit sekali yang besyukur.
- Manusia yang pertama dibangkitkan adalah Rasulullah s.a.w, kemudian para rasul, seterusnya seluruh umat manusia.
- Ia merupakan perhimpunan raksasa
- Padang Mahsyar merupakan satu alam yang tidak pernah kita tempuhi semasa di dunia. Ia alam yang sangat berbeza, kering dan kontang, tidak ada sebarang penghidupan dan keadaannya seperti padang Arafah.
- Manusia dalam keadaan telanjang sedangkan kepanasan Mahsyar amat terik sekali dan tidak ada awan yang dapat melindungi.
- Makhluk berkumpul terlalu ramai, sesak dan ketat sehingga tidak dapat duduk.
- Keadaan ini akan berterusan lama iaitu beribu tahun akhirat.
- Keadaan manusia selepas bangkit dari kubur:
- Mereka berjalan dari kubur masing-masing dengan cara berbeza-beza bedasarkan amalan masing-masing dengan raja yang berbagai.
- Ketika Musa b. Jabal bertanya kepada Rasulullah mengenai hari Kiamat, bercucuran ai mata Rasulullah s.a.w, lalu bersabda “Wahai Musa, engkau bertanya kepadaku mengenai perkara yang besar. Umatku dibangkitkan dari kuburnya dengan 12 barisan:
1- Mereka yang keluar dari kubur dengan keadaan tidak bertangan dan tidak berkaki. Ini kerana ketika di dunia, mereka menyakiti jiran, mengumpat, hasad dengki dan sebagainya.
2- Dengan keadaan muka berbentukkan babi hutan. Mereka ketika di dunia meremeh, lalai, melewatkan solat, tidak bersungguh-sungguh menghayati solat dan mereka mengerjakan solat tetapi masih mendedah aurat, mengumpat dan pelbagai mungkar yang lain.
3- Keadaan perutnya penuh dengan ular dan kala jengking seperti bangkai dan keldai. Ketika di dunia mereka enggan mengeluarkan zakat serta Allah menghina mereka dengan seksaan yang sangat berat.
4- Dalam keadaan mulut mereka mengali darah kerana berdusta di dalam jual beli dan mengambil keuntungan dengan menipu.
5- Dengan keadaan sudah menjadi bangkai baunya busuk. Ini disebabkan mereka menyembunyikan kederhakaan kerana manusia, mereka tidak takut Allah, mereka berbuat baik di hadapan orang tetapi di belakang berbuat mungkar serta dia hanya malu dan takut pada manusia tidak pada Allah.
6- Dalam keadaan tengkorak dan tengkuk mereka putus. Mereka adalah orang yang memberi saksi palsu serta mengada-adakan cerita yang menyebabkan orang lain tertuduh.
7- Buta mata hati dan kedua matanya, giginya sepeti tanduk lembu jantan, bibinya melebar sampai kedada, lidah menjulur sampai ke perut bahkan samapi ke peha dan dari perut kelua kotoran. Inilah balasan kepada peminum arak.
Mereka dibutakan mata kerana menzalimi hukum tuhan, mereka tidak berhukum dengan ketetapan Allah tetapi berhukum dengan hukum Yahusi dan Nasrani, mereka tidak nampak hukum Allah serta melupakan syariatNya.
8- Tidak berlidah, mulut keluar nanah dan darah. Mereka ini enggan memberikan kesaksian.
9- Dalam keadaan terbalik: kepala ke bawah, kaki ke atas. Ini balasan bagi mereka yang berzina.
10- Berwajah hitam, mata dan perutnya penuh dengan api. Mereka makan harta anak yatim dengan cara yang batil (aniaya).
11- Tubuh penuh penyakit, kulit sangat gatal. Mereka derhaka kepada ibu bapa.
12- Wajah yang berseri-seri laksana bulan purnama, merela melalui titian seperti kilat menyambar dan dalam suasana yang senang dan nikmat. Mereka adalah orang yang beramal soleh, menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat dan mati dalam keadaan bertaubat”.

BAB TIGA PULUH TUJUH

Manusia yang dapat perlindungan Arash

- Keadaan manusia bersesak di Padang Mahsyar, matahari dipanaskan dengan berganda (20 tahun panas matahari yang dihimpunkan sekaligus).
- Matahari didekatkan di atas kepala manusia, tiada tempat berlindung melainkan naungan Arasy.
- Golongan yang mendapat perlindungan Aasy ialah:
1- Imam (pemimpin) yang adil.
2- Lelaki yang dibesarkan dalam beribadah kepada tuhannya.
3- Lelaki yang hatinya bergantung dengan masjid.
4- Dua orang yang bertemu dan berpisah kerana Allah atau dalam majlis ilmu.
5- Orang yang mengingati Allah secara sendirian lalu mengalir air matanya sentiasa.
6- Lelaki yang diseru oleh wanita cantik tetapi menolak seruan itu dengan berkata “Aku takutkan Allah”.
7- Orang yang benar.
8- Para Rasul.
9- Para Nabi.
10- Wali.
11- Orang Soleh.

Syafaat Nabi Muhammad s.a.w
- Mereka tercari-cari siapakah yang boleh memberi syafaat supaya dipercepatkan hisab.

Titian Sirat
- Lebih halus dari rambut.
- Lebih tajam dari pedang.
- Manusia berjalan di atasnya mengikut kadar amalan sama ada seperti kilat, sepeti kuda, berjalan, merangkak atau merayap.
- Orang Mukmin mendapat cahaya sebagai lampu suluh.

Pembahagian manusia di akhirat
- Allah bariskan manusia kepada 120 barisan, hanya 3 barisan yang matinya membawa iman.
- Mereka yang beriman dibahagikan kepada 4 bahagian:
1- Golongan tanpa hisab.
2- Ashabul Yamin.
3- Ashabus Syimal.
4- Ashabul A’raf.

- Golongan tanpa hisab: Para Rasul dan Nabi, orang soleh, syuhada’, orang-orang sabar serta fakir yang sabar.
- Ashabul A’raf (orang yang makrifat): menempuh sirat tetapi dihalang ke syurga.
- Ashabus Syimal: Mereka dimasukkan ke dalam neraka dahulu sebelum syurga berdasarkan dosa dan maksiat yang mereka kerjakan di dunia.

Ciri-ciri calon ahli syurga
1- Beriman dan beramal soleh.
Amal-amal soleh seperti solat, puasa, sedekah, amar makruf, berjihad dan banyak lagi.
2- Bertakwa.
3- Berjihad.
4- Berbuat baik.
5- Istiqomah.
6- Sabar.
7- Menahan nafsu.
8- Taat kepada Allah dan Rasul.
9- Berinfaq.
10- Jujur.
11- Bertaubat dari dosa.
12- Menjaga kehormatan.

Print Page

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9