| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 16 Oktober 2009

Imam Syafie

Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad ibn Idris ibn Abas ibn Usman ibn Syafi' ibn 'Ubaid ibn Abdu Yazid ibn Hashim ibn Mutolib ibn Abdu Manaf.

Imam Syafie mempunyai nasab keturunan dengan Nabi Muhammad S.A.W

melalui datuk baginda Abdul Manaf dan melalui nasab ibu kepada Imam Syafie, Fatimah binti Abdullah ibn Hasan ibn Hussin ibn Ali ibn Abi Talib dan hubungan nasab ini tiada kera
guan pada jumhur ulama'.

Imam Syafie lahir pada tahun 150 H di Gaza, Palestin. Beliau membesar di dalam keluarga yang fakir di Palestin. Bapanya meninggal ketika Imam Syafie kecil lagi dan ketika berumur 2 tahun ibunya telah membawa ke Kota Makah untuk berjumpa dengan saudara mara beliau dari keturunan yang dihormati.

Ketika Imam Syafie berumur 7 tahun, beliau telah pun menghafaz Al Quran dan selepas itu beliau menghafaz pula hadith-hadith Rasulullah S.A.W. Imam Syafie juga menguasai ilmu ba
hasa arab fushah. Semasa Imam Syafie di usia muda, Imam Syafie menuntut ilmu dari ramai fuqaha' di Makah sehinggakan beliau diminta untuk memberi pandangan dalam menyelesaikan masalah agama. Imam Syafie kerap berhijrah ke luar negara untuk mengutip mutiara ilmu dari ramai ulamak yang tersohor pada masa itu.

Beliau pergi ke Madinah Al Munawwarah untuk berjumpa dengan Imam Malik (Imam Mazhab Maliki) dan tinggal bersamanya sehingga ke penghujung hayat Imam Malik. Imam Malik meninggal dunia pada tahun 179 H. Setelah itu Imam Syafie menyibukkan diri dengan ilmu agama dan beliau bertugas di Yaman. Imam Syafie masuk ke Baghdad sebanyak 3 kali. Kali pertama pada tahun 183 H ataupun sebelum Khilafah Harun Ar Rashid. kali kedua pada tahun 195 H dan tinggal di Baghdad selama 2 tahun. Kali ketiga pada tahun 198 H dan Imam Syafie pun menjadi masyhur dikalangan umat islam pada ketika itu. Setelah itu beliau telah berhijrah ke Mesir, Imam Syafie keluar masuk Mesir terlalu kerap sehinggakan tidak ketahui berapa kali.

Sehingga pada tahun 199 H Imam Syafie masuk semula ke Mesir dan meninggal dunia di Mesir pada malam jumaat yang penuh barakah. Imam Syafie dikebumikan selepas asar pada hari jumaat bertarikh 29 Rejab 204 H bersamaan 19 Januari 820 M.

Print Page

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9