| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 16 November 2009

Macam-Macam Sihir Dan Cara Pengubatannya

Oleh: Othman bin Hamzah

• 1- Sihir perceraian

• Ta’rif: iaitu sihir untuk menceraikan hubungan antara suami isteri atau untuk menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua orang sahabat.

• Bentuknya meliputi:

• 1- pemutusan hubungan antara seseorang dengan ibunya.

• 2- pemutusan hubungan antara seseorang dengan bapanya.

• 3- antara sesorang dengan temannya.

• 4- antara seseorang dengan rakan kongsinya.

• 5-antara seorang suami dengan isterinya.

• Tanda-tanda sihir perceraian

• 1- berubah secara mendadak, dari cinta menjadi benci.

• 2- banyak terjadi saling meragukan antara keduanya.

• 3- Orang yang kena sihir akan membenci tempat tinggal pihak lain, misalnya isteri melihat suami di luar rumah dalam keadaan baik, tetapi ketika masuk rumah dia merasa tidak betah.

• 2- Sihir Mahabbah (guna-guna)

• Mengenai guna-guna ini Rasulullah bersabda: “sesungguhnya jampi, azimat, tangkal dan guna-guna adalah syirik”.

• Disamping itu nabi juga bersabda:

• (لا بَأسَ بِالرُّقـَى مَا لـَمْ تـَكـُنْ شِرْكـًا)

• “Tidaklah mengapa berubat dengan roqyah selagi tidak mengandungi kesyirikan”

• Symptom sihir mahabbah

• 1- Asmara dan cinta yang sangat berlebihan.

• 2- Tidak dapat menahan rasa cintanya.

• 3- Mabuk kepayang untuk melihatnya.

• 4- Keinginan yang sangat besar untuk melakukan hubungan seksual.

• 5- Selalui mematuhi apa yang diperintahkannya.

• Cara tukang sihir melakukan sihir mahabbah

• Biasanya tukang sihir meminta dari pelanggannya bekas pakaian suaminya (korban) yang mengandungi bau peluh, kemudian diambil beberapa benangnya lalu dihembus dan dibuat buhul-buhul sihir padanya. Kemudian diperintahkan agar benang sihir tersebut ditanam di tempat jauh atau dikerjakan sihir di dalam air atau dimakan.

• Sihir yang paling dahsyat ialah sihir yang dibuat di dalam benda najis terutama darah haid dan kemudian diletakkan pada makanan, minuman atau minyak wangi suami.

• 3- Sihir menipu penglihatan
Symptom

• Melihat benda diam (tidak bergerak) seolah-olah bergerak dan begitulah sebaliknya.

• Melihat sesuatu yang kecil menjadi besar, dan begitulah sebaliknya.

• Melihat sesuatu yang tidak sebenarnya, menjadi sebenarnya, seperti melihat tali dan tongkat ular yang bergerak.

• Bagaimana terjadinya sihir hipnotis

• Tukang sihir mengucapkan sesuatu ucapan yang dimengerti, kemudian mengucapkan mentera-mentera syirik dan azimat-azimat kekafiran untuk meminta bantuan syaiton sehingga orang melihat sesuatu barang tersebut tidak sebagaimana sebenarnya.

• 4- Sihir gila
symptom-symptomnya

• 1- Percakapannya tidak terarah.

• 2- Matanya meloyot.

• 3- Tidak merasa tenang berada di suatu tempat.

• 4- Tidak boleh meneruskan pekerjaan tertentu.

• 5- Tidak memperhatikan penampilannya.

• 6- Selalu berjalan kesana kemari tanpa tujuan, dan terkadang tidur ditempat-tempat sunyi.

• Bagaimana berlakunya sihir gila

• Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk ke dalam jasad orang yang disihir dan berpusat di otaknya. Kemudian menekan sel-sel otak .

• 5-Sihir lesu
Symptom-symptomnya:

• a-Suka menyendiri.

• b-Menutup diri sepenuhnya.

• c-Berdiam terus menerus.

• d-Tidak suka dengan berbagai pertemuan bersama temannya.

• e-Pikirannya kacau dan tak menentu ucapannya.

• f- Selalu pening.

• g-Dan selalu santai, lesu.

• Bagaimana berlakunya sihir lesu

• Tukang sihir mengutuskan jin kepada seseorang yang diinginkan, dan jin jahat itu diperintahkan masuk ke dalam otaknya serta membuatnya mengasingkan diri.

• Kemudian jin tersebut bekerja sehingga muncullah symptom tersebut pada yang kena sihir.

• 6- sihir suara panggilan
symptom-symptomnya:

• 1- Seseorang itu sering mimpi menyeramkan atau menakutkan.

• 2- Ia bermimpi seolah-olah ada orang yang memanggilnya.

• 3- Mendengar suara orang berbicara dalam keadaan terjaga, tapi tidak melihat orang yang berbicara.

• 4- Selalu was-was.

• 5- Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

• 6- Mimpi melihat binatang yang mengejarnya.

• Bagaimana berlakunya

• Tukang dsihir mengutuskan jin jahat (syaiton) kepada orang yang disihir pada waktu tidur atau terjaga.

• kemudian jin menampakkan diri dalam tidurnya dengan berupa berbagai macam binatang buas yang menerkamnya.

• Atau memanggilnya dengan suara manusia yang dikenalnya atau dengan suara-suara aneh pada waktu dia terjaga.

• Gejala-gejala ini berdasarkan lemah dan kuatnya jin yang merasuk,. Kadang-kadang bertambah sampai menjadikannya gila dan kadang-kadang melemah hanya berupa was-was sahaja.

• 7- Sihir Penyakit
symptom-symptomnya:

• 1- Selalu sakit pada salah satu anggota badan.

• 2- Sarafnya tersumbat.

• 3- Lumpuh pada salah satu anggota tubuh.

• 4- Lumpuh total.

• 5- Tidak berfungsi salah satu inderanya.

• Bagaimana berlakunya

• Jin jahat disuruh oleh tukang sihir masuk dan bersemayam dalam otak manusia, di pusat pendengaran, penglihatan dan di bahagian tubuh lainnya.

• Seseorang yang terkena sihir ini, doktor biasa tidak dapat merawatnya.

• 8- Sihir Pendarahan

• Terjadi pada kaum wanita. Dalam istilah agama disebut Istihadhah.

• Ibn Kathir berkata: “Istihadahah ialah seorang wanita terus menerus mengeluarkan darah setelah hari-hari haidnya yang biasa”

• Bagaimana berlakunya

• Tukang sihir mengirim jin jahat masuk ke dalam wanita yang dimaksudkan untuk mengeluarkan darah dengan masuk dalam jasadnya dan berjalan di urat nadinya bersama darah.

• Bila syaiton sampai pada otot yang ada dalam rahim, maka dia mengoyahkan sehingga otot itu mengeluarkan darah.

• 9- Sihir Penghalang Pernikahan
Sympton-symptonnya:

• 1- Kepala pening dari masa kesemasa, walaupun sudah diperiksa doktor.

• 2- Melihat orang yang melamar dalam wajah yang buruk.

• 3- Sesak, terutamanya setelah waktu Asar hingga pertengahan malam.

• 4- Banyak gelisah di waktu tidur.

• 5- Rasa sakit di tulang punggung bahagian bawah.

• 6- Fikirannya melayang.

• Bagaimana berlakunya

• Tukang sihir meminta nama gadis yang dimaksudkan, minta nama ibunya dan meminta salah satu bekas pakaiannya.

• Lalu tukang sihir mengerjakan sihirnya dengan menugaskan jin jahat (syaiton) untuk menempel pada si gadis atau masuk pada salah satu anggota tubuh si gadis, sehingga orang yang melamar yang hendak meminangnya tidak menyukainya, merasa ketakutan dan lain sebagainya.

Cara pengobatan sihir-sihir tersebut: Sila ikuti kursus modul asas dua saya dan buku Siri perubatan Islam saya siri 2

Print Page

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9