Niat penentu keabsahan sesuatu amalan.
عَنْ أمِيْرِ الْمُؤمِنِيْنَ أبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ ابْنِ الْخَطَابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلّمَ يَقُوْلُ:إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإنَّمَا لِكُلِّ امْرِيءٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُه إلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ,وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أوِ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْه
Dari Amir al mu’minin Abi Hafs Umar ibn Khattab r.a berkata: Aku dengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Hanya segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap seorang apa yang ia niatkan.Maka barang siapa hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasulnya.Dan barangsiapa hijrahnya untuk dunia yang ia akan perolehinya atau perempuan yang ia ingin kahwini, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah kepadanya itu.
Maksud hadis.
1- Niat adalah neraca amalan, ruh dan paksinya, amalan tanpa niat menjadi sia-sia.
2- Ikhlas adalah salah satu dua sayap amalan yang diterima.Sayap yang kedua ialah: menepati syarak.
Amalan tidak diterima sehingga amalan itu menjadi ikhlas dan betul. Orang yang ikhlas: melakukannya kerana Allah,Betul ialah hendaklah ia menepati syarak dan sunnah.
3- Hendaklah seseorang mengawal dirinya sebelum beramal dan ketika beramal, adakah yang menggerakkannya hawa nafsu atau Allah Taala, maka jika Allah sebagai faktornya teruskan, dan jika tidak tinggalkan.
4- Jika seseorang mukallaf melakukan perbuatan yang harus bermaksud membantunya melakukan perkara-perkara wajib dan sunnah, sesungguhnya ia diberi pahala.
As Syatibi menyokong dengan perkatannya: ((Berdasarkan maksud yang betul menjadikan seluruh tindakan mukallaf menjadi ibadah, sekalipun ia adalah adat)).
5- Niat seseorang lebih baik daripada amalannya, atau niat tanpa amalan lebih baik daripada amalan tanpa niat.
6- Balasan berdasarkan jenis amalan.
7- Sunat berpaling daripada dunia dan tipu dayanya, iaitu hati yang berpaling yang tidak meninggalkan mengusahakan sebab dan mengsahakan rezeki.
8- Tamak dan loba melaksanakan syariat dan memelihara agama dan menyebarkannya, sekalipun terpaksa meninggalkan tanahair dan keluarga.
9- Dengan niat menukarkan bentuk kebaikan menjadi keburukan, dan bentuk kejahatan menjadi kebaikan. Sesiapa yang menengking dan memarahi seorang muslim menyakiti saudaranya seIslam, dengan maksud menghalangnya dari menyakiti, ia memperolehi pahala.
10- Menunjukkan besarnya fitnah dunia dan wanita supaya berhati-hati terhadapnya.
11- Manakala hijrah dan amalan-amalan lain mempunyai dasar dan dorongan dari hati,serta matlamat dan kesannya kepada anggota, maka matlamat dan kesannya terhadap anggota terbit daripada dorongan hati.
Faedah dan perlaksanan hadis.
1- Menyengutukan Allah pada peremulaan amal merusakkan amalan, sebagaimana mengerjakan solat kerana riya, sejak asal perbuatannya.
2- Tidak harus penggantian dalam ibadah melainkan yang dikecualikan oleh sebahagian ulamak, seperti pengagihan zakat dan penyembelihan korban dan selainnya.
3- Disunatkan meninggalkan (tidak bertegursapa) ahli maksiat sekalipun lebih tiga hari.
4- Sumpah yang tidak disertai dengan niat adalah sumpah laghw(sia-sia), tidak ada dosa dan tidak ada kaffarah.
5- Tidak jadi jihad fi sabilillah melainkan apabila bermaksud meninggikan kalimah Allah Taala, dan seterusnya yang lain-lain daripada tujuan-tujuan syarak.
6- Sesiapa yang memberikan sedekahnya kepada sikaya yang disangkanya fakir , tetap mendapat pahala menurut pendapat yang sahih.
7- Disyaratkan niat dalam semua ibadah untuk menjadikan ibadah itu sah.
8- Haram nikah tahlil (cina buta), iaitu yang tidak bermaksud untuk membina keluarga dan meneruskan pergaulan suami isteri, bahkan hanya semata-mata untuk menghalalkan perempuan yang ditalak tiga kepada suaminya.
9- Haram semua bentuk akad yang mengandungi makna riba.
10- Riya’ dianggap syirik kecil seperti yang disebut dalam hadis.
11- Haram menuntut ilmu bertujuan berdebat dengan orang bodoh, atau menyayangi ulamak atau mendapatkan kemasyhuran.
12- Diriwayatkan bahawa sebahagian manusia mendengar hadis: ((sesiapa yang ikhlas kepada Allah empat puluh pagi, terbit pancutan hikmah dari hatinya melalui lidahnya..)).
13- Antara kaedah syarak ialah tidak ada pahala melainkan dengan niat, dan yang dianggap terima dalam akad berdasarkan maksud dan makna.
14- Berkata Athaillah Sohibul hikam: ((amalan-amalan adalah bentuk dan rohnya ialah rahsia keikhlasan di dalamnya)).
15- Amalan tanpa niat adalah penat, dan niat tanpa ikhlas adalah riya’, dan ikhlas tanpa melaksanakan sia-sia bagaikan debu.
16- Dalam “al Isybah” terdapat satu kaedah: ((lafaz yang jelas tidak berhajat kepada niat, dan lafaz sindiran tidak mengikat melainkan dengan niat.
17- Antara perlaksanan niat: Sesungguhnya riddah (murtad) terhasil dengan niat memutuskan diri dengan Islam, atau perkataan kufur dan perbuatan kerana menghinakan, atau kerana iktikad atau engkar.
18- Berkata As Suyuti: kembali kepada hadis ini seperempat bab ibadah.
19- Berkata Abdullah ibn Mubarak: ((berapa banyak amalan yang kecil dibesarkan oleh niat, dan berapa banyak amalan besar menjadi kecil oleh niat)).
20- Orang mukmin kekal di dalam syurga, sedangkan ia hanya taat kepada Allah dalam tempuh yang terbatas iaitu tempuh umurnya, yang demikian kalau ia terus kekal pasti ia berterusan di atas iman dan taat. Dari sini dapat diketahui rahsia kekalnya orang kafir dalam neraka.
21- Waktu niat ialah di awal ibadah. Terkecuali darinya puasa, dimana puasa harus didahulukan niatnya di awal waktu kerana sukar menjaganya.
22- Amalan dinisbahkan kepada niat terbahagi tiga bahagian:
a- Maksiat- maka tidak boleh berubah menjadi taat dengan niat baik.
b- Ketaatan- ia berkaitan dengan niat pada menentukan sah dan gandaan kelebihan dan pahalanya.
c- Keharusan- dengan niat menjadi taqarrub (ibadah), seperti seseorang berwangi-wangian dengan niat mengikut sunnah atau menghormati mesjid.
23- Tidak disyaratkan mengekali niat dalam keseluruhan ibadah, tetapi kalau ia memutuskan niat ketika dalam ibadah batallah ibadah tersebut berbeza haji dan umrah.
24- Kalau ia syak adakah ia telah berniat ibadah atau tidak berniat, maka kembali kepada asal iaitu tidak berniat.
25- Berkata Nawawi: Niat zakat adalah wajib, dan hendaklah dengan hati seperti ibadah-ibadah lain, dan sunat melafazkannya disamping niat. Jika ia hanya lafaz tanpa niat, maka pendapat yang asah tidak harus.
Hj Othman bin Hamzah
Print Page
Tiada ulasan:
Catat Ulasan