~PALESTINA~
Keyakinan yang mantap dan kecintaan yang mendalam kepada Allah dan syurganya yang mendorong saudara-saudara kita untuk menyertai misi kemanusiaan ke Ghaza. Pada mereka perhatiaan Allah lebih mereka utamakan melebihi diri mereka sendiri.
24. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda Yang kamu usahakan, dan perniagaan Yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal Yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara Yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang Yang fasik (derhaka).

{Surah At-Taubah}
Sekiranya semua itu termasuklah rumah yang kita kagumi lebih kita sayangi dari berjihad pada jalan Allah sehingga menyebukkan kita dari menunaikan hak Allah, menunaikan perintah-perintah Allah, hijrah dan berjihad pada jalan Allah sehingga Allah mendatangkan keputusan Allah kepada kita dan keputusan Allah menyeksa kita. Penulis mengamat-amati firman Allah berupa mau’izah (pengajaran) dan peringatan Allah yang mengenai kepada diri sendiri.
38. Wahai orang-orang Yang beriman! mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: "Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah", kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka Dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding Dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak.
39. jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah - membela ugamanya), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
40. kalau kamu tidak menolongnya (Nabi Muhammad) maka Sesungguhnya Allah telahpun menolongnya, Iaitu ketika kaum kafir (di Makkah) mengeluarkannya (dari negerinya Makkah) sedang ia salah seorang dari dua (sahabat) semasa mereka berlindung di Dalam gua, ketika ia berkata kepada sahabatnya: "Janganlah Engkau berdukacita, Sesungguhnya Allah bersama kita". maka Allah menurunkan semangat tenang tenteram kepada (Nabi Muhammad) dan menguatkannya Dengan bantuan tentera (malaikat) Yang kamu tidak melihatnya. dan Allah menjadikan seruan (syirik) orang-orang kafir terkebawah (kalah Dengan sehina-hinanya), dan kalimah Allah (Islam) ialah Yang tertinggi (selama-lamanya), kerana Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
41. pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada Dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun Dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah Dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui.
42. kalau apa Yang Engkau serukan kepada mereka (Wahai Muhammad) sesuatu Yang berfaedah Yang sudah didapati, dan satu perjalanan Yang sederhana (tidak begitu jauh), nescaya mereka (yang munafik itu) akan mengikutmu; tetapi tempat Yang hendak dituju itu jauh bagi mereka. dan mereka akan bersumpah Dengan nama Allah Dengan berkata: "Kalau Kami sanggup, tentulah Kami akan pergi bersama kamu". (dengan sumpah dusta itu) mereka membinasakan diri mereka sendiri, sedang Allah mengetahui Bahawa Sesungguhnya mereka itu orang-orang Yang berdusta (tentang tidak sanggupnya mengikutmu).

Allah menempelak mereka yang tidak mengikuti Rasulullah dalam perang Tabuk iatu tahun yang kesembilan hijurah setahun selepas pembukaan Makkah. “Adakah kamu lebih redha dengan kehidupan dunia iaitu dengan nikmat dunia ganti dari akhirat. Sesungguhnya nikmat akhirat terhasil dengan jihad dan menyahut semboyan perang fi sabilillah. Mereka yang sanggup mengorbankan harta dan nyawa mereka pada jalan Allah tidak ada erti tewas dan kalah dalam perjuangan mereka. Yang ada pada mereka salah satu dari dua kebaikan: Menang di dunia ataupun syahid.Firman Allah:
51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".
52. katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada Yang kamu tunggu-tunggu untuk Kami melainkan salah satu dari dua perkara Yang sebaik-baiknya (iaitu kemenangan atau mati syahid); dan Kami menunggu-nunggu pula untuk kamu Bahawa Allah akan menimpakan kamu Dengan azab dari sisiNya, atau Dengan perantaraan tangan kami. oleh itu tunggulah, Sesungguhnya Kami juga menunggu bersama-sama kamu".

169. dan jangan sekali-kali Engkau menyangka orang-orang Yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (Mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka Dengan mendapat rezeki;
170. (dan juga) mereka bersukacita Dengan kurniaan Allah (balasan mati Syahid) Yang telah dilimpahkan kepada mereka, dan mereka bergembira Dengan berita baik mengenai (saudara-saudaranya) orang-orang (Islam Yang sedang berjuang), Yang masih tinggal di belakang, Yang belum (mati dan belum) sampai kepada mereka, (Iaitu) Bahawa tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
{Surah At-Taubah}
Saudara-saudaraku di Ghaza,
Kiranya darahmu tumpah demi Palestina,
Kiranya darahmu tumpah demi misi kemanusiaan,
dan demi tuhan,
Itu bukan satu kematian,
Bahkan satu kehidupan,
Hidup mulia disisi Tuhanmu,
Mendapat rezeki yang tidak putusnya,
Andainya mereka yang gugur boleh berbicara,
Pasti mereka berkata;
Saudaraku, kalau aku ada banyak nyawa,
Mahu saja aku hidup berjuang dan terbunuh syahid,
Kemudian hidup semula dan terbunuh lagi,
Pasti mereka membisikkan kepada kita yang kemudian,
“Janganlah kamu takut dan janganlah dukacita,
Kerna kami bukan mati, kami hidup.
Allah tidak mensia-siakan amalan orang yang melakukan kebaikan”
“Kerna, hidup pun menang, mati pun menang”...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan