| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Sabtu, 9 Oktober 2010

DARI PELABURAN SYUBHAT KEPADA PELABURAN EMAS YANG HALAL

Membelek- belek pautan laman web Amsyiq bertemu dengan laman web sahabat saya Us. Juraish. Menarik tumpuan saya kepada surat beliau mengenai anak guaman beliau yang menyerahkan dividen ASB kepada baitul mal. Saya yakin Us. Juraish berperanan memberikan panduan kepada anak guamannya. Besar pahala anta Us. Juraish. Mari kita lihat kandungan laman blog nya:
Wang Syubhah: Dividen ASB RM35,000 Diserah Kepada Baitulmal Untuk Manfaat Semua

Kali ini saya ingin kongsikan apa yang dilakukan oleh salah seorang anak guam saya untuk membersihkan sumber pendapatannya daripada unsur syubhah. Beliau telah mengambil keputusan untuk menyerahkan RM35,000.00 daripada pendapatan ASB beliau kepada 4 buah baitulmal. Berikut adalah surat iringan yang dikirimkan kepada baitulmal (dengan ubahsuai yang perlu bagi merahsiakan identiti anak guam tersebut):

Kepada: 25 Mei 2010
Senarai Edaran
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dato’/Tuan/Puan,
PENYERAHAN WANG SYUBHAH HASIL DARI DIVIDEN/ PENDAPATAN/ BONUS ASB KEPADA BAITULMAL OLEH xxx
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk di mana kami mewakili penama di atas.
Bersama-sama ini diserahkan cek dengan jumlah yang dinyatakan bagi tujuan untuk membersihkan hasil pendapatan anakguam kami dalam simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) beliau. Anakguam kami telah mengambil keputusan untuk membersihkan lebih kurang 50% daripada pendapatan ASB beliau yang keseluruhannya berjumlah RM35,000.00.
Wang tersebut dipohon supaya dimasukkan ke dalam Baitulmal negeri yang berkenaan untuk kegunaan yang diharuskan. Berikut adalah kadar pengagihan yang diputuskan oleh anakguam kami:
No. Cek Penerima Jumlah (RM)
CIMB 445385 MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK 10,000.00
CIMB 445386 MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR 10,000.00
CIMB 445388 MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN 8,000.00
CIMB 445390 MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN 7,000.00
JUMLAH KESELURUHAN (RM) 35,000.00
Diharapkan dengan penyerahan ini, baki pendapatan ASB yang diterima oleh anakguam kami akan dapat dibersihkan daripada segala unsur syubhah dan keraguan serta mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah Taala di dunia dan Akhirat.
Anakguam kami juga berharap agar tindakan beliau ini dapat dirahsiakan melainkan atas kepentingan awam dan tujuan-tujuan lain yang diharuskan.
Segala kerjasama daripada pihak Dato’/ Tuan/ Puan diucapkan ribuan terima kasih. Kepada Allah jua tempat kita dikembalikan.
Sekian, والسلام.
Yang suci hati,
JURAISH SYARIAH ASSOCIATES
Posted by JURAISH KAMARUDDIN AL-MUHAMI at 6/06/2010 12:01:00 AM 3 comments Links to this post
Labels: WANG SYUBHAH

Bila saya membaca isi surat di atas terasa sayunya hati saya membayangkan begitu tingginya “takwa” yang ada pada anak guaman JURAISH SYARIAH ASSCIATES. Ramai lagi disana yang bergelumang dengan hasil yang haram dan syubhah tidak berasa bersalah pun. Saya mencadangkan dari pada meneruskan menjana kekayaan di tempat syubhah mari kita jana kekayaan umat Islam ini melalui menyimpan Emas. Bagi mereka yang ada masa dan minat pelaburan emas adalah sangat menguntungkan. Tengoklah harga emas mendadak naiknya. Kalau nak tunggu rendah, memang takkan rendah harganya . Usah tunggu lagi.

Sebenarnya kerisauan saya kepada penglibatan umat Islam kepada pelaburan Syubhah, sampai ulamak-ulamak terpaksa menghalalkan yang haram kerana maslahah akan datang bimbang jarak ekonomi antara orang yang melabur saham dengan yang tidak melabur saham, satau perkara yang sangat mendukacitakan. Tak ade alternatif lainkah. Ini memanggil saya mengkaji tentang kaya. Elok jadi kaya. Boleh bayar zakat, sedekah, wakaf. Miskin, nabi kata : “Hampir-hampir fakir itu membawa kepada kekafiran” .Akhirnya kekayaan yang lebih mendekati Takwa, bersih dari riba, haram dan syubhah membawa saya termasuk dalam pendokong emas dan dinar. Saya mengajak anda semua bersama menyimpan dan melabur emas untuk survival umat kini dan akan datang. Terutama anak guaman sahabat saya Juraish dengan Us. Juraish sekali, mari bersama saya “Jadikan emas jambatan takwa melakukan amal taqarrub kepada Allah. Untuk semua berminat dengan emas, nak jadi agen bawah team amsyiq hubungi saya 019-290 3165 atau 012-666 9362.

Lihat juga artikel dibawah;
Kenapa anda perlu membeli emas?

Blog ini bertujuan memberikan anda panduan dan teknik-teknik membuat pelaburan emas di Malaysia.

Emas merupakan salah satu cabang pelaburan yang sangat menarik untuk diketahui. Dengan mempelajari rahsia pelaburan emas, anda akan mempunyai portfolio pelaburan yang amat menguntungkan.

Untuk mengetahui bagaimana mendapatkan keuntungan dengan pembelian/pelaburan emas, maka saya cadangkan agar anda membaca semua artikel yang terdapat dalam blog ini.


1. Membaca artikel-artikel terdahulu.
Anda boleh membaca artikel-artikel terdahulu atau rujuk kepada sifu emas kami Mr Syukur Hashim di http://www.jutawanemas.com/ atau bijakemas .com / emas-amsyiq dan lain-lain team pendokong emas..Dengan membaca artikel ini dari mula, anda akan mendapat pemahaman mengenai pelaburan emas.

2. Mengapa anda perlu membeli emas?
Untuk pengetahuan anda, emas merupakan simpanan/pelaburan yang amat baik untuk jangkamasa sederhana dan panjang.

Ini kerana nilai emas sentiasa meningkat dalam jangkamasa panjang.
Saya ambil contoh syiling Kijang Emas:

Harga untuk 1 Oz (31.10 gram) syiling Kijang Emas pada 18 Julai 2001 ialah RM1082.00 dan pada 17 Jun 2008 – harganya ialah RM3048.00 !!!

Ini adalah kenaikan harga sebanyak 181.70% dalam masa 7 tahun atau purata kenaikan 25.95% setahun!!

Harga Emas dunia 10 tahun
Dalam konteks harga emas pasaran dunia, mari lihat carta ini:


Pada Jun 1998, harga emas adalah 300 USD per Oz (RM30.86/gram)
Pada Jun 2008, harga emas mencecah 890 USD per Oz (RM91.50/gram)

Ini adalah kenaikan 284% dalam 10 tahun bersamaan 28.4% setahun!
Ini jelas membuktikan bahawa pelaburan di dalam emas sangat stabil, hebat dan memberikan pulangan yang tinggi (sekitar 25 – 28% setahun)

3. Cara-cara membuat pelaburan emas di Malaysia.
Terdapat beberapa cara membuat pelaburan emas di Malaysia.

Antaranya ialah:

1. Membeli emas di kedai Emas
2. Membeli wang syiling Kijang Emas di Maybank
3. Membeli Emas fizikal di UOB Bank
4. Membeli Dinar/Dinar emas Kelantan
5. Membeli syiling emas/gold bar Public Fine Gold.

Dengan membaca info diatas, anda akan mendapati bahawa terdapat beberapa peluang membuat pelaburan emas di Malaysia, pilihlah yang mana satu anda berkenan

4. Bagaimana memulakan pelaburan emas anda?
Jika anda ingin tahu bagaimana cara memulakan pelaburan emas, anda cuma perlu baca artikel ini:

4.1 Bagaimanakah Saya Nak Mulakan Pelaburan Emas?
anda boleh rujuk di http://www.emas-amsyiq.com dan blog-blog team emas yang lain.

5. Bagaimana membuat keuntungan dengan pelaburan emas?
Jika anda berminat untuk mengetahui bagaimana anda boleh membuat keuntungan daripada pelaburan emas, anda boleh baca artikel ini:

5.1 Bagaimana membuat keuntungan melalui pelaburan emas:
anda boleh rujuk di http://jutawanemas.com/v1/gold-article/keuntungan-lumayan-melalui-jual-beli-emas-part-1

6. Forum Jutawanemas
Jika anda ingin mencari maklumat tambahan atau berkongsi maklumat dengan pembaca lain, anda boleh melawat forum jutawanemas.com
Oleh kerana laman-laman web mengenai emas ada artikal yang tidak tahu halal dan haram saya harap tapis-tapis sebarang maklumat pelaburan emas ni.Contohnya pelaburan emas tanpa emas dan sebagainya.

Kalau berminat membeli emas, melabur dan menjadi agen jangan lupakan saya jadilah bawah team saya . Hj. Othman Hamzah 0192903165.
Semoga anda mendapat banyak manfaat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9