| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 13 Oktober 2010

HUKUM AL KOHOL DAN AIR ZAM-ZAM DALAM PRODUK RAHSIA ALAM

Saya dikemukakan dua soalan berkaitan produk Rahsia Alam :
1- Hukum AlKohol dalam minyak wangi dan barangan kesihatan seperti sanitaiser dan sebagainya.
2- Hukum penggunaan air zam-zam dalam produk Rahsia alam
Saya panel Syarak kepada Syarikat alam pulih, ditanya tentang perkara diatas.
Sebelum menjawab soalan di atas perlu saya menerangkan bahawa alcohol ini ada dua jenis:
Pertama: alkohol yang dihasilkan untuk tujuan memabukkan.
Kedua: alkohol yang dihasilkan untuk tujuan bukan memabukkan seperti al cohol dalam minyak wangi dan sebagainya.
Berkaitan barangan Rahsia alam, al kohol yang digunakan ialah alcohol yang bukan memabukkan.
Oleh kerana itu kesucian barangan Rahsia Alam adalah jelas, boleh digunakan, dan boleh dibawa sembahyang, beribadah dan sebagainya. Produk khas Rahsia Alam yang tidak ada wangian boleh digunakan semasa ihram.
Berkaitan pengunaan Zam-zam dalam produk Rahsia Alam, Air Zam-zam yang digunakan ialah air zam-zam yang tidak dibacakan Al Quran. Maka tidak berdosa menggunakannya dalam tandas dan sebagainya.
Hukum kedua perkara di atas tidaklah terbatas kepada barangan Rahsia Alam sahaja.
Saya sangat gemnbira dengan keperhatinan saudara-saudara tentang suci atau tidak dan halal haram sesuatu perkara.
RAHSIA ALAM “Untuk Kebaikan Ummah” dimiliki, diusaha, dan dibuat khas untuk muslimin dan muslimat.
Sekian
Syeikhulmaqari Hj.Othman bin Hamzah
PANEL SYARAK RAHSIA ALAM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9