| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 1 November 2010

Seminar Dinar Emas Di Mu'tah Jordan

Laporan Seminar ‘Dinar Emas’

Posted by admin
on Oct 30th, 2010

Mu’tah – 16 oktober 2010 – Biro Ekonomi PERMATA 2010/2011 telah menganjurkan program SEMINAR DINAR EMAS bertempat di Pusat Khidmat Mahasiswa(PUSKMA). Program ini buat julung kalinya diadakan khas buat mahasiswa/wi Mu’tah bagi memberi pendedahan berkaitan dinar emas. Program bermula dari jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Pihak Permata telah mengundang Syeikhul Maqari Haji Othman Bin Hamzah yang merupakan graduan ijazah Jamiah Al-Azhar dan graduan master Universiti Mu’tah. Beliau juga merupakan mantan imam besar Masjid Negeri Selangor.

Antara objektif program ini diadakan adalah:
1. Memberi pengenalan kepada pelajar tentang kepentingan emas kini.
2. Memupuk pelajar supaya mengetahui isu semasa berkaitan emas.
3. Memberi pengetahuan kepada pelajar tentang jual beli emas dari perspektif islam.
4. Menbuka peluang kepada pelajar untuk mula memiliki emas seterusnya menjana pendapatan.

Akhir sekali, semoga program ini dapat memberikan impak yang besar pada seluruh mahasiswa/wi Mu’tah dan segala ilmu yang diperolehi daripada program ini dapat dipraktikkan dengan sebaiknya.

Disediakan oleh,
SITI FATIMAH BINTI MOKHTAR
Setiausaha,
Biro Ekonomi,
Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah(PERMATA)
Sesi 2010/2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9