| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 5 Disember 2010

MATAWANG DALAM ISLAM

Ketika nabi s.aw diutuskan, manusia bermuamalah menggunakan duit Rom dan Parsi yang terdiri dari Dinar dan Dirham. Mereka bermuamalah dengannya berdasarkan keberatannya. Beginilah yang disebut oleh Ibn Khaldun dalam kitab mukaddimahnya.

Nabi s.aw memperakukan penggunaan dinar dan dirham mengikut timbangan. Zakat, jizyah dan jual beli dilakukan dengan mata wang ini secara timbangan.

Nabi s.aw bersabda:

(لا تبيعوا الذهب بالذهب ولا الورق بالورق إلا وزنا بوزن مثلا بمثل سواء بسواء )
"Janganlah kamu beli emas dengan emas, tidak juga duit dengan duit melainkan timbangan dengan timbangan, serupa denbgan serupa dan sama dengan sama".

Ketika wafat nabi s.a.w, keadaan manusia masih dalam keadaan tersebut. Pada zaman khulafaur Rasyidin bermulalah pemikiran untuk mengubah matawang yang datang dari Negara Parsi dan Rom. Maka Saidina Umar r.a menambah ukiran-ukiran Islam keatas matawang yang diamalkan. Ia menambah keatas sebahagiannya namanya sebagaimana ia menambah sebahagiannya : (الحمد لله) atau (محمد رسول الله) atau (بسم الله) atau (بسم الله ربي).

Umar r.a pernah berfikir untuk menjadikan matawang daripada kulit. Diriwayat dari Hassan: adalah Umar ibn Khattab berkata: “Aku bercita-cita untuk menjadikan dirham daripada kulit unta”, lalu dikatakan kepadanya: “Kalau demikian akan tiadalah unta” lalu ia terhenti. Dan Saidina Uthman ibn Affan pernah mengukir keatas sebahagian matawang pada zamannya kalimah: (الله اكبر).

Pada tahun 76 H, dan pada zaman Abdul Malik ibn Marwan (65-86H) Ia mula menempa dinar dan dirham Islam. Beliau menulis kepada Hajjaj ibn Yusuf As Saqafi supaya menempanya, lalu Hajjaj melakukannya. Adalah timbangan dinar 22 qirat dan menjadikan timbangan dirham 15 qirat.

Beginilah Sa'id ibn Musayyib menceritakan : “Sesungguhnya orang pertama yang menempa matawang yang diukir ialah Abdul Malik ibn Marwan. Adalah dinar dikatakan ukirannya ialah (الله أحد الله الصمد) lalu dinamakan dengan “Makruhah” kerana dibenci dibawa oleh orang yang berjunub.

Adalah kuasa menempa matawang pada zaman itu untuk kerajaan sahaja, dan Hajjaj Yusuf As Saqafi mengeluarkan perintah menghalang manusia menempah dirham, sehingga Ahmad bin Hanbal berkata dalam Riwayat Ja’far bin Muhammad: “Tidak boleh menempa dirham melainkan dalam negara dengan izin Sultan”

Mahu membeli Dinar dan Dirham, hubungi saya :
Othman Hamzah 019-290 3165

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9