Berikut sebahagian keratan artikel Sinar Harian pada 31 Disember 2010 bertajuk "Kegemilangan Dinar Emas, Dirham Perak Mampu selesai krisis kewangan dunia".
Berbanding wang kertas, mereka (masyarakat) percaya dinar dan dirham dapat memberi kesempurnaan dalam urusan ibadah pembayaran zakat dan juga memastikan harta kekayaan sentiasa berada dalam masyarakat umat Islam.
Penasihat Syariah Amsyiq Gold Enterprise, Syeikhulmaqari Othman Hamzah berkata, dinar emas dan dirham perak cukup dikenali dan digunakan sebagai mata wang syariat umat Islam.
"Dinar emas digunakan sebelum Islam, di Eropah, seterusnya digunakan pada zaman Rasulullah saw dan dimantapkan penggunaannya pada zaman pemerintahan Saidina Umar. Sejak itu, kedua-dua dinar dan dirham menjadi mata wang umat Islam di seluruh dunia.
"Menyedari dinar dan dirham ini telah lama digunakan, maka saya melihat usaha mendalami mata wang ini bukanlah satu kesilapan, sebaliknya sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadap ayat-ayat Allah yang menceritakan perihal penggunaan dinar-dirham sebagai medium pertukaran zaman berzaman,"katanya.
Dinar Darul Ehsan AMSYIQ
"Emas sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan (sistem barter). Namun, jika semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi, Umar dan para khalifah. Dari segi agama, kita telah melaksanakan sunah Nabi", katanya yang juga pengedar dinar dirham yang aktif berdakwah tentang kekuatan ekonomi umat Islam melalui rahsia emas.
Menyedari pentingnya dinar dan dirham, Othman melalui syarikatnya, Amsyiq Gold Enterprise menerbitkan dinar yang dinamakan Dinar Darul Ehsan. Tujuan pengeluaran dinar untuk mempercepatkan pengaliran dinar emas bergerak dalam masyarakat.
"Langkah kami ini juga bertujuan memudahkan orang ramai khususnya di Negeri Selangor membeli, menjual dan menyimpan dinar emas, sekali gus menggalakkan umat Islam menyimpan emas," katanya yang berharap dinar dan dirham akan cepat mengalir dalam muamalah kita jika kepentingannya mual disedari masyarakat. Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dinar dan dirham, boleh melayari blog http://syeikhulmaqari.blogspot.com atau http://emas-amsyiq.blogspot.com.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan