| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 4 Januari 2011

Multaqa Huffaz 2010 Temukan Penghafal Al-Quran Seluruh Negeri Di Malaysia

Darul Quran Jakim telah menganjurkan Multaqa Huffaz 2010 pada 16 Disember 2010 yang lalu di Auditorium Al-Shafie, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Multaqa yang telah menghimpunkan graduan tahfiz al-Quran ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri; YB. Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Bin Hj. Baharom. Teks ucapan beliau telah dibacakan oleh Y.Bhg. Tn. Hj. Abd. Halid Bin Sintol; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Insan) Jakim.

Turut hadir ialah Pengarah Darul Quran; Tn. Hj. Paimuzi Bin Yahya, Imam Besar Masjid Negara; Y.Bhg. Tan Sri Datuk Syaikh Ismail Bin Muhamad, Pengarah ILIM; Y.Bhg. Ustaz Che Ibrahim Bin Che Man, Pengetua-pengetua Maahad tahfiz al-Quran negeri dan swasta. Multaqa yang julung-julung kali diadakan ini telah di sertai lebih 200 peserta yang terdiri daripada pelbagai graduan tahfiz daripada pelbagai institusi tahfiz.


Dalam ucapan perasmiannya, YB Menteri menyebut tentang kepentingan penyatuan di antara penghafal al-Quran di negara ini bagi memperkasa dan mempertingkatkan profesionalism para huffaz. Menurut beliau lagi, masanya telah tiba untuk mewujudkan suatu hubungan yang kukuh di kalangan para huffaz al-Quran, seterusnya memberi sumbangan besar dalam membentuk generasi al-Quran pada masa akan datang.

Beliau menambah, multaqa ini merupakan salah satu program selepas tertubuhnya Dewan Huffaz Kebangsaan pada bulan Jun yang lalu di mana Dewan Huffaz Kebangsaan ini bakal berperanan untuk mengangkat martabat penghafaz al-Quran di kalangan masyarakat.

Sementara itu, multaqa kali ini telah diisi dengan 2 siri pembentangan kertas kerja. Pembentangan Pertama berkisar tentang 'I'jazul Quran' oleh Y.Bhg. Us. Hj. Othman Bin Hamzah, manakala pembentangan Kedua bertajuk “Peranan Huffaz Sebagai Ulama Masa Depan” telah dibentangkan oleh Y.Bhg. Kapten Dr. Azmil bin Hashim; Pegawai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia.

Tarikh : 20 Disember 2010
Sumber : Pengarah Bahagian DarulQuran
Editor : PRO JAKIM
Hits : 417
Link : UtusanOnline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9