| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 15 Februari 2011

Doa Kesyukuran & Pelancaran Amsyiq Gold Coin

Feb 13 - Seramai 35 orang Ahli lajnah Tasheh Kementerian Dalam Negeri membuat kunjungan ke AGE, sempena majlis doa selamat dan kesyukuran serta pelancaran Amsyiq gold coin 25 gram. Majlis tersebut disusun bersempena mesyuarat Ahli Lajnah Tasheh yang diadakan di Hotel Blue Wave Shah Alam bermula dari 11 sehingga 14 February 2011.

Amsyiq gold coin dilancarkan oleh Dato’ Syeikh Mohammed Nor, Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak, juga Pengerusi Ahli Lajnah Tasheh Al Quran KDN, manakala doa pula dibacakan oleh Dato’ Idris, Ahli Lajnah Tasheh yang juga Ahli Majlis Agama Islam Melaka. Dalam ucapan Dato’ Syeikh Mohd Nor memuji usaha yang dijalankan oleh AGE, selaras untuk memantap dan melindungi ekonomi umat Islam. Selesai pelancaran, ahli-ahli Lajnah Tasheh Al Quran dibawa melihat pameran dinar, emas dan perak.

AGE memprodukkan setengah dinar dan satu dinar Darul Ehsan yang puritynya mengikut standard zaman Rasul dan zaman Saidina Omar iaitu 916. Sementara bar 10 gram dan coin 25 gram puritynya adalah 999.9 . Majlis tersebut berjaya mengeratkan lagi ukhuwah antara Ahli Lajnah Tasheh dan di antara keluarga mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9