Semua penyimpan, pelabur, peniaga mula memberi perhatian kepada logam perak disebabkan oleh kenaikan harga logam perak yang lebih tinggi berbanding emas. Mengapa perak berpotensi melonjak lebih tinggi dan tak kurang juga yang melabel " Silver is poor man gold " kerana harga yang lebih murah berbanding emas tetapi potensi lonjakan harga lebih tinggi. Saya kongsikan beberapa faktor yang saya kira potensi melonjakkan harga perak :
1. Logam perak tidak mempunyai lombong khusus berbanding emas. Secara asasnya perak dihasilkan sebagai hasil sampingan dari bijih logam lain seperti nikel, kuprum. Maknanya pengeluaran perak adalah lebih terhad berbanding emas.
2. Perkembangan teknologi dengan sangat pantas menyebabkan permintaan terhadap logam perak semakin meningkat. Perak digunakan secara meluas dalam industri komputer, telefon bimbit, panel solar, bidang perubatan dan lain-lain. Dalam jangka masa panjang dunia bergerak ke arah teknologi yang semakin canggih bukan?
3. Perlindungan dalam situasi krisis kewangan seperti inflasi. Sama seperti emas, perak juga dikategori sebagai "precious metal" dan bersifat kalis inflasi.
4. Permintaan yang semakin meningkat. Negara China merupakan pengimport tegar emas dan perak. Bagi logam perak China mengeksport 100 juta auns perak sebelum ini dan kini China mengimport 112 juta auns. Permintaan semakin meningkat tapi bekalan semakin berkurang! Harga akan semakin naik atau turun?
Ini adalah antara beberapa petikan dari artikel sebagai rujukan dan petunjuk awal bekalan logam perak semakin berkurang!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan