| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 28 April 2011

WAKALA AGE TELAH MENEMBUSI PUTRAJA hubungi abang Yunus 0193147566

TERLAMBAT SAYA MEMBERITAHU PEMINAT-PEMINAT DAN PENDOKONG DINAR, EMAS DAN PERAK, SEMALAM 27 HB, AGE TELAH MELANCARKAN DINAR MESJID BESI PUTRAJAYA. MUKA DEPAN DINAR INI BERGAMBARKAN MESJID BESI, JUGA TERTULIS TULISAN “KUALA LUMPUR”. WARGA PUTRAJAYA BOLEH BERBANGGA DENGAN TERBITNYA DINAR INI SEBAGAIMANA WARGA KUALA LUMPUR DAN WILAYAH PASTINYA BERBANGGA MEMILIKINYA.
MINGGU LALU KETIKA KAMI MELANCARKANNYA DALAM BLOG SAYA, HARGANYA RM 718. SEKARANG TENGOK HARGANYA HARI INI 733. UNTUNG ORANG BELI KETIKA SAYA OFFER DISKAUN 2.5%.
SEMASA SAYA MELANCARKAN DINAR KL PUTRAJAYA INI SEMALAM, SEMPAT SAYA MEMBICARAKAN PERLUNYA KITA MERANCANG MENYIMPAN HARTA UNTUK MASA DEPAN. NABI YUSUF DAPAT MENYELAMATKAN EKONOMI NEGARA MESIR DENGAN BERJIMAT PADA TUJUH TAHUN PERTAMA UNTUK MENGHADAPI TAHUN BERIKUT BAKAL BERLAKUNYA KEMEROSOTAN EKONOMI. KITA PERLU MERANCANG SIMPANAN KITA HARI INI UNTUK MENGHADAPI HARI-HARI SELEPAS PENCEN.
MENJADI KEWAJIBAN KEPADA KITA MEMENUHI KEPERLUAN DIRI KITA, ISTERI DAN ANAK-ANAK DALAM KEADAAN SENANG. BAHKAN SEHINGGA KITA MENINGGAL DUNIA SEKALIPUN. DALAM SURAH AN NISA’ AYAT 9 ALLAH BERFIRMAN YANG MAKSUDNYA: “HENDAKLAH MERASA BIMBANG MENINGGALKAN ZURIAT DALAM KEADAAN LEMAH”. BEGITU JUGA KITA WAJIB SEMAKSIMUM MUNGKIN MENCARI HARTA YANG HALAL, MELINDUNGI KEKAYAAN KITA DARI SEBARANG RISIKO, MEMPERTAHANKAN NILAI HARTA KITA SEKALIGUS KEHORMATAN DIRI KITA. SETERUSNYA MELABURHAN HARTA KITA SAMADA PELABURAN DUNIA DAN PELABURAN AKHIRAT SEPERTI ZAKAT, SEDEKAH DAN WAKAF.
PENTINGNYA KITA MENYIMPAN HARI INI KERANA
• Kesihatan kita tidak selamanya baik.
• Nilai wang dan daya beli wang pada umumnya (selain dinar) terus mengalami penurunan.
• Bebanan hidup terus meningkat kerana inflasi dan kerana persekitaran.
• Biaya kesihatan terus meningkat seiring dengan bertambahnya usia dan timbulnya penyakit-penyakit baru.
• Bencana alam yang tidak dapat diduga
• Supaya dapat memberi manfaat untuk orang lain sampai ke penghujung usia dan tidak menjadi bebanan kepada orang lain.
• Harta hanya alat untuki kita dapat beramal dengan maksimum dan menjalankan fungsi manusia sebagai khalifah di muka bumi.
OLEH KERANA ITU AGE MENYERU UMAT ISLAM MENUKAR DUIT JADI EMAS DAN DINAR. DINAR ADALAH PENYIMPAN YANG ADIL. SEJARAH MEMBUKTIKAN MATA WANG BERUPA EMAS DAN PERAK MEMILIKI NILAI INTRINSIK . KUASA BELI DINAR DAN DIRHAM KEKAL SEPANJANBG ZAMAN. PADA ZAMAN NABI SATU DINAR BOLEH MEMBELI SEEKOR KAMBING, BEGITU JUGALAH PADA HARI INI. BEGITU JUGA SATU DIRHAM BOLEH MEMBELI SEKOR AYAM, SAMA SEPERTI HARI INI.
KENAPA EMAS TERPELIHARA KUASA BELINYA BERBANDING WANG KERTAS. FAKTA YANG PENTING DIIMANI IALAH : KERANA JUMLAH EMAS SUDAH DIATUR OLEH ALLAH MENCUKUPI UNTUK KEPERLUAN MANUSIA, TIDAK AKAN KURANG SEHINGGA TIDAK CUKUP DAN TIDAK BERLEBIHAN SEHINGGA JATUH NILAINYA. SELAIN DARI ITU:
• Emas tidak boleh rusak atau dirusakkan. Boleh berubah dari keping wang emas menjadi perhiasan yang dicampur bahan lain (perak, tembaga dsb), tapi bila dilebur dapat dipisahkan jumlah emas dengan aslinya.
• Kepadatan nilai yang tinggi.
• Emas mudah dibentuk, dibagi, dan dipecah kecil-kecil sehingga mudah untuk menggunakannya sebagi alat tukaran.
• Emas ialah kekayaan yang sebenarnya
• Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
• Nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang
• Aset yang terunggul
• Ia tidak boleh dimanipulasikan
SEKALI LAGI SAYA MENYERU DENGAN IKHLAS HATI DEMI UNTUK MELINDUNGI KEKAYAN ANDA DARI DIMAMAH OLEH INFLASI DAN SISTEM KAPITALIS DAN RIBAWI BELILAH EMAS. KAMI PENGELUAR DINAR,EMAS DAN PERAK. KENALI KAMI DI BLOG: syeikhulmaqari.blogspot.com. ANDA JUGA DIJEMPUT MELAYARI WEB: dinarkldan putrajaya.com ATAU HUBUNGI PENGURUS DINAR KL DAN PUTRAJAYA ABANG YUNUS FON NO:0193147566.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9