| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 26 Mei 2011

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN LOCK HARGA

ANTARA SOALAN yang sering ditujukan kepada kami : "Saya telah lock ketika harga tinggi, tiba-tiba harga menjadi rendah, boleh tak batalkan harga yang tinggi untuk lock harga yang rendah?"

JAWABAN SAYA:

Lock itu ertinya janji beli dengan harga tersebut. Kita menerima sistem ini kerana harga sentiasa bergerak. Lock ini diterima syarak. Apabila kita terima sistem ini, maka kita kena terima kesemua sekali termasuklah kesannya. Iaitu tidak boleh dibatalkan oleh kedua-dua pihak. Bagi penjual tidak boleh membatalkan “harga yang murah” kerana pergerakan harga kepada “harga mahal”- ini menganiaya pembeli. Begitu juga Pembeli tidak boleh membatalkan lock “harga yang tinggi” kerana pergerakan harga kepada “harga yang rendah”- ini menganiaya penjual.

Begitu juga lock harga pada “uruf” (kebiasaannya) tiga hingga kesepuluh hari. Kalau disebabkan pengurusan kami, bolehlah bincang atas budi bicara. Tapi kalau pihak pembeli yang melewatkan kerana “belum ada duit” atau “duit dah terpakai” lock itu terbatal. Kalau alasan boleh kami terima, bolehlah teruskan muamalah dengan harga semasa. Tetapi lock saja-saja, batal saja-saja. Ini sangat menganiaya penjual. Lock puluh ribu. Kita simpankan berminggu-minggu, tiba-tiba batal. Dalam hal ini kita terpaksa senarai hitamkan.

Ada pelanggan kami marah-marah dengan tindakan ini. Mereka kata tak sepatutnya menggunakan perkataan black list. Pelanggan kami budiman kena juga faham emas turun naik. Kalau kami simpankan kepada anda ketika harga tinggi, tiba-tiba emas turun harga. Perbezaan harga tersebut ditanggung oleh penjual. Kalau nilainya besar, besar pulalah kerugian yang ditanggung penjual. Harap maklum...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9