| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 19 Jun 2011

Seminar Dinar & Emas Telah Selesai...



Alhamdulillah, seminar dinar dan emas bersama AG telah selesai. Kira-kira 150 orang hadir dalam seminar tersebut. Seminar tersebut berjaya menyedarkan peserta tentang perlunya membuat simpanan untuk semasa, akan datang, malah untuk selepas mati. Al-Quran mengingatkan kita jangan meninggalkan zuriat dalam keadaan lemah. Nabi Yusof berjaya menyelamatkan ekonomi Mesir dengan mengamalkan budaya menyimpan; simpan gandum dalam kulitnya dalam musim subur untuk persedian pada musim kema
rau.


Dalam ceramah yang disampaikan, Othman mengingatk
a para peserta supaya menyimpan masa muda untuk masa tua, masa bekerja untuk selepas pencen, malah untuk masa selepas mati. Untuk itu, Othman menyedarkan alat penyimpan yang tidak dipengaruhi oleh inflasi setakat ini ialah emas dan perak atau dinar emas dan dirham perak. Adapun yang lain terutamanya duit kertas semakin lama disimpan sentiasa susut nilai. Kuasa beli emas tetap.


Ini dibuktikan dalam surah Al-Kahfi bagaimana tujuh orang yang diti
durkan Allah selama 309 tahun. Apabila mereka sedar, duit yang ada dalam kocek mereka apabila mereka gunakan untuk membeli makanan masih elok dan nilainya sama walaupun hakikatnya telah ketinggalan tiga abad yang lalu. Ulama' tafsir menyatakan kerana duit yang ada pada mereka adalah duit perak, yang kuasa belinya tidak berubah.


Hadis Nabi membuktikan bahawa kuasa beli dinar emas stabil berbanding duit kertas.
Hadis riwayat Bukhari
“Ali bin Abdullah menceritakan kepada kami, Sufyan mencerita
kan kepada kami, Syahib bin Gharqadah menceritakan tentang 'Urwah, bahawa Nabi S.A.W memberikan satu dinar kepadanya untuk dibelikan seekor kambing. Lalu dengan wang tersebut ia membeli dua ekor kambing. Kemudian ia jual satu ekor dengan harga satu dinar. Ia pulang membawa satu Dinar dan seekor kambing. Nabi S.A.W mendoakannya dengan keberkatan dalam jual belinya. Seandainya 'Urwah membeli debu sekalipun, ia pasti beruntung”


Kuasa beli dinar dan emas adalah tetap kerana jumlah emas sudah d
iatur oleh Allah memadai untuk keperluan manusia. Tidak kurang dan tidak berlebihan. Duit kertas apabila dicetak sesuka hati akan menyebabkan banyak tetapi nilainya berkurangan. Sedangkan dinar tidak boleh dicetak melainkan mesti ada emas. Emas ialah kekayaan yang sebenarnya kerana harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang manakala nilai wang kertas sentiasa jatuh di dalam jangka masa panjang. Emas adalah aset yang terunggul dan tidak boleh dimanipulasikan.


Othman juga menerang 4 faktor kenapa beliau bersungguh-
sungguh mengajak orang tukar duit jadi emas. Pertamanya untuk melindungi kekayaan. Menukar sistem kewangan hari ini yang tidak adil, meninggalkan pelaburan yang haram dan syubhah kepada halal dan tidak berisiko dan melaksanakan jihad ekonomi menjatuhkan kuasa dolar dan Amerika kapitalis yang kejam.


Setelah selesai waktu rehat dan kudapan, majlis diteruskan oleh Us. Khairil Fazli (Wakala Sepang), yang menjawab persoalan-soalan yang sering dikemukakan kepada AG. Persoalan-soalan seperti kenapa memilih AG, kelebihan AG dan lalin-lain dikupas dengan jelas. Sementara itu pula Us. Taufiq Pangilun, berjaya menjelaskan tentang 'GKA' secara teori dan praktikal. Para peserta dibimbing membuat kira-kira perjalanan GKA, ilmu baru yang tidak ada pada syarikat lain.


Us Azmin Abd. Ghani, Wakala dari Taiping pula berjaya memukau para peserta kursus apabila membicarakan pengalamannya dalam penglibatannya dengan AG. Beliau menceritaka kelebihan diskaun yang disediakan oleh AG yang tidak ada pada syarikat lain yang seumpamanya. Beliau juga menggalakkan para peserta membantu produk muslim demi memperkukuhkan ekonomi umat Islam.


Di akhir seminar dalam sesi perbincangan, Othman sempat menjawab beberapa persoalan peserta. Secara rambang para peserta berpuas hati dengan sentuhan seminar emas AMSYIQGOLD kali ini, dan mereka mengharapkan seminar seperti ini diadakan lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9