Mei 27, krew Amsyiq Gold dalam sesi road shownya “memberi kesedaran emas” kepada umat Islam negeri Perak, berjaya memberikan penerangan di lima buah tempat. Rombongan AG seramai 8 orang bertolak dari shah Alam tepat jam 7.00 malam. Kami singgah di R&R Sungai Gopeng Perak untuk solat jamak ta’khir. Kami meneruskan perjalanan sehingga sampai ke Tol Changkat Jering. Sampai di sana kami telah ditunggu oleh wakala kami Us Azmi dan En Abu Bakar. Kami dijamu makan tengah malam di sebuah restoran yang biasa dilanggani oleh wakala kami disana. Setelah makan kami terus dihantar ke penginapan kami di Kamunting.
Pada pagi 28, bermula program pertama kami di Masjid Kamunting. Dalam kuliah subuh ini Syeikh Othman menyentuh masalah riba. Dalam hujung surah Al Baqarah ayat 278-279, Allah berfirman bermaksud: “Wahai orang yang beriman takutlah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa baki riba jika kamu beriman”. “maka jika tidak melakukan (berhenti), maka mereka mengumumkan peperangan kepada Allah dan Rasul. Dan jika kamu bertaubat, buat kamu modal harta kamu. Kamu tidak menzalimi dan kamu pula tidak dizalimi”. Dalam huraiannya Othman mengingatkan bahawa mana ada dosa yang lebih besar dari dosa mengumumkan perang terhadap Allah dan Rasul, dan Allah pula memerangi mereka. Beliau menerangkan punca kehidupan manusia tidak beroleh ketenangan dan kebahagian sebenar. Gejala sosial, kebejatan akhlak, umat islam porak puranda dan dikuasai oleh bangsa kuffar. Beliau juga menerangkan akibat dan seksa terhadap orang yang terlibat dengan riba.
Antara bentuk riba yang sedang membelenggu umat Islam ialah riba yang berada dalam matawang kertas yang kita gunakan. Ia adalah sebagai nota janji yang tidak ada nilai apa-apa. Pada zaman Marwan ada seorang menyimpankan emasnya kepada Marwan dan Marwan mengeluarkan resit. Pemilik resit kemudiannya mengedarkan resit tersebut sebagai ganti emas dalam muamalahnya. Apabila perkara ini sampai kepada pengetahuan khalifah, khalifah mengarahkan gabenor mengutip semula resit tersebut dan menganggapnya sebagai riba. Kias kepada peristiwa tersebut, kalau resit ganti emas menjadi riba apatah lagi wang kertas yang tidak ada sandaran apa-apa.
Selepas kuliah subuh rombongan kami menuju ke Dewan Rakan Muda , Kamunting tempat kami akan mengadakan “Seminar Kesedaran Dinar dan Emas”.
Dalam seisi pertama seminar ini Othman menyentuh tentang perintah syariah supaya menyimpan kekayaan. Nabi tidak mengizinkan Sa’ad ibn al Waqas mewakafkan seluruh kekayaananya sedangkan ia masih mempunyai anak perempuan. Nabi hanya membenarkan seseorang mewakafkan hartanya tidak boleh melebihi sepertiga daripada harta.
Ketika menerangkan kelebihan dinar beliau membawa contoh “satu dinar zaman nabi boleh membeli seekor kambing dan hari ini juga satu dinar boleh membeli seekor kambing. Begitu juga satu dirham boleh membeli seekor ayam. Pada hari ini juga boleh satu dinar boleh membeli ayam. Berbanding dengan duit kertas, dalam tahun 70an, kambing boleh dibeli dengan harga RM 70. Tetapi RM 70 hari ini tidak dapat membeli seekor kambing. Mungkin boleh membeli sup kambing sahaja” menurutnya lagi.
Ini menunjukkan emas dan dinar menyimpan nilai sedangkan duit kertas sentiasa susut nilai.
Othman juga menerangkan ada empat faktor kenapa beliau mengajak umat Islam menukar duit jadi emas dan tukar duit jadi dinar. Pertama: untuk melindungi kekayaan kerana fiat money terdedah kepada susut nilai, inflasi dan manipulasi . Kedua: menukar sistem kapitalis yang zalim, orang lain melabur orang lain yang meraih keuntungan. Ketiga: meninggalkan pelaburan yang syubhat dan haram kepada perniagaan emas yang halal dan tidak berisiko. Dan keempat: Jihad ekonomi, kerana menyimpan emas dan dinar menjatuhkan dolar, seterusnya menjatuhkan kuasa Amerika kapitalis yang kejam.
Setelah rehat dalam seisi kedua, Othman menerangkan tentang perkara-perkara teknikal berkaitan syarikat. Kenapa memilih emas amsyiq dan bagaiman membeli emas amsyiq disamping mendapat keuntungan dengan menjadi dealer Amsyiq. Di kemuncak seminar , beliau menerangkan tentang kaedah GKA yang dinanti-nantikan oleh peserta seminar. Beliau juga melancarkan Dinar Darul Redhwan yang gambar depannya ialah Masjid Ubudiah, Masjid Diraja Perak.
Di akhir seminar AG mengadakan pamiran emas. Peserta seminar berkesempatan mengenali semua produk Amsyiq . Sebahagian peserta membeli Dinar Darul Redhwan dan produk Amsyiq yang lain.Alhamdulillah Seminar ini berjaya mencapai objektif.
Tugas AG tidak terhenti setakat ini. Kerana pada malam ini Othman akan menyampaikan ceramah maghrib di Masjid Simpang dimaklumkan mesjid ini mesjid tertua di Perak.
Menjelang menunggu maghrib. Rombongan AG dapat melakukan lawatan ke Kilang : Islamic Manufacturing Practice di Bandar Meru Raya. Perak Darul Redhwan. Sewaktu kami sampai pemilik kilang Tuan Hj Ahmad Tajuddin dan anak perempuan beliau Zulaikha sedang bersiap nak ke airport menuju ke Terangganu. Jadi tak dapatlah mendapat sesi taklimat yang panjang dari beliau . Semua ni kerana salah kami , datang terlewat dari janji kerana sibuk melayan pelanggan kami lepas seminar tadi.
Maghrib , dalam kuliah maghrib, Us Othman menyampaikan tajuk berkaitan pengamalan ibadah Islam yang berkaitan dengan penggunaan Dinar emas. Dinar emas perlulah digunakan dalam zakat, kerana zakat mesti dibayar dengan ‘Ain (benda) bukan dengan nilai. Begitu juga beliau menyarankan penggunaan dinar emas dalam mahar kahwin . Menurutnya lagi alangkah elok dinar menjadi mahar berbanding duit kertas yang zatnya tidak ada nilai. Duit kertas hanya diberi nilai.
Esoknya Mei 29, sekali lagi us Othman menyampaikan kuliah subuh. Kali ini di surau Redhwaniah. Dalam kuliah subuh ini beliau menekankan mengenai kedudukan dinar emas sebagai mata wang sunnah dan mata wang syariah. Kerana nabi s.a.w tidak memilih matawang yang lain, melainkan meneruskan matawang daripada logam emas dan perak yang disebut dinar dan dirham. Ini merupakan sunnah Taqririah (pengakuan) nabi. Oleh kerana nabi pembawa syariah, pemilihan baginda terhadap dinar dan dirham menjadikannya sebagai mata wanga syariah. Othman mengajak hadirin mengalirkan dinar emas dalam muamalat disamping menjadikannya sebagai pelaburan. Di akhir kuliah subuh, AG mengadakan pamiran emas.
Pada pagi ini menjelang Maghrib, Kami mempunyai waktu senggang. Rombongan kami sempat membuat lawatan ke kilang Labu Sayong Kraf Sazilah . Dapatlah kami melihat seimbas cara pembikinan labu Sayong dari awal hingga ke akhir sambil membuat pembelian.
Pada Maghribnya Syeikh Othman menyampaikan kuliah maghrib di Masjid Redhwaniah bertajuk menyemarakkan matawang syariah. Othman menyatakan tujuannya membuat roadshow ke negeri perak bahkan keseluruh malaysia . iaitu untuk mengajak umat islam menyimpan dan melindungi kekayaan mereka dengan menyimpan emas dan dinar disamping mengalirkannya dalam muamalah. Seruan ini beretepatan dengan arahan syariat yang memilih dinar dan dirham sebagai mata wang syariah.Kita dituntut melindungi kekayaan dari pelbagai risiko. Tuntutan mengamalkan matawang syariah bukanlah perkara baru, tetapi kembali kepada asal sebagaimana yang ditentukan nabi s.a.w. Walaupun mendapat halangan, kita akan terus mengajak umat islam menobatkan matawang syariah ini, demi untuk menyelamatkan ekonomi umat islam.
Selepas ceramah dan solat Isyak, para jemaah berpeluang melihat dinar darul Redhwan dan pelbagai produk Amsyiq yang lain. Sambutan jamaah sangat menggalakkan. Tidak cukup di masjid, kami diajak oleh beberapa orang pelanggan kami ke tempat mereka untuk membeli produk kami.
Dalam perjalanan pulang, walaupun sudah lewat malam dan kepenatan kami dijemput oleh Dato’ Syeikh Mohd Nor Al Hafiz ke rumah beliau di Ipoh. Kami usahakan dapat singgah ke rumah beliau kerana dua sebab. Pertama : kerana menziarahi ulamak itu berpahala dan Kedua: kerana yang mulia Dato’ Syekh adalah Wakala kami di Ipoh dan kami akan mengadakan pelancaran kedua perak di Ipoh pada 25 Jun nanti dengan Koperasi Masjid Perak yang Dato’ Syeikh adalah pengerusinya.
Untuk pengetahuan semua, Syeikh Othman menyampaikan kesedaran emas disemua tempat tersebut percuma tanpa bayaran. Kalau anda dapat menyusun seisi ceramah seperti di atas, Us Othman bersedia menyampaikan ceramah secara percuma dengan mengizinkan kami membuat pameran emas sesudahnya. Anda boleh call 019-290 3165 atau 012-666 9362.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan