| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 1 Julai 2011

Dakwah Terbuka Kepada Semua Pusat Zakat Dan Semua Umat Islam

Kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan ikatan solat dan zakat –

 Kekuatan umat Islam terletak pada kekuatan ikatan solat dan zakat – dua ibadah yang saling memerlukan antara satu sama lain. Dan kekuatan umat Islam dalam zakat ialah berzakat menggunakan dinar.

 Solat dan zakat adalah dua ibadah yang tidak boleh dipisahkan. Kita mesti terus mengingatkan perkara ini.

 Zakat dan solat saling memerlukan antara satu sama lain. Jika sembahyang atau solat suatu ibadah yang memerlukan imam yang memimpin solat jemaah, begitu juga dengan zakat.

 Ibadah zakat tidak boleh dilaksanakan tanpa ada kepimpinan yang menyusun, mengatur dan menjalankan penguatkuasaan dalam pungutan dan pengedaran zakat.

 Umat Islam di negara ini harus bersyukur kerana negara kita mempunyai Sultan yang berkuasa dalam menguruskan hal ehwal agama dan memastikan zakat dipunggut dan diedarkan mengikut hukum syariat yang ditetapkan dalam Islam.

 Institusi zakat ini perlu dimantapkan lagi dan yang utama adalah untuk memastikan zakat yang dikutip adalah bebas daripada unsur riba yang terkandung dalam sistem ekonomi spekulatif.

 Perhatikan makna perkataan zakat itu - iaitu memberi makna pertumbuhan (dalam kebaikan), penokokan, pembersihan atau manjadikan bersih.

 Kepentingan zakat tercatat di dalam kitab suci Al-Quran, antara firman Allah s.w.t. yang bermaksud, “Rahmatku meliputi semua makluk terutama kepada mereka yang benar dan mengeluarkan zakat” (7:156), “zakat mesti diberikan “pada hari penuaian” (6:141)

 Apabila kita menerima pendapatan,” dari jumlah yang diketahui, zakat harus dibayar atau ditetapkan sebanyak 2.5%”. Inilah beberapa ayat di dalam Al-Quran yang menyatakan kepentingan ibadah zakat dalam Islam.

 Mengikut Imam Malik,”zakat cuma dikenakan ke atas hasil tanaman yang dibajak, emas dan perak dan binatang ternakan”, al Muwwatta 17.2.

 Zakat lain termasuklah zakat perniagaan, zakat harta galian dan lain-lain.

 Mengikut Imam Malik,”zakat cuma dikenakan ke atas hasil tanaman yang dibajak, emas dan perak dan binatang ternakan”, al Muwwatta 17.2.

 Zakat lain termasuklah zakat perniagaan, zakat harta galian dan lain-lain.

 Umat Islam seharusnya mula digalakkan membayar zakat dengan dinar emas dan bukan dengan wang kertas (wang janji atau ‘fiat money’) dan membuat penilaian bersandarkan kepada dinar emas.

 Pusat zakat bertanggungjawab menilai, mengutip dan menerima zakat dibayar menggunakan dinar emas.

 Pusat zakat kini berperanan mendidik umat Islam di negara ini tentang hukum hakam berkaitan dengan dinar emas.

 Umat Islam sejak tahun 1924 tidak lagi membuat urusan pembayaran zakat dalam dinar emas.

 Ini suatu jangka masa yang agak lama dan kebanyakkan kita sudah lupa tentang perundangan yang melibatkan pembayaran zakat menggunakan dinar emas.

 Malah apabila ditunjukkan dinar emas, persoalan pertama yang diterima adalah berapa harganya dalam Ringgit Malaysia? Atau berapa harganya dalam dolar Amerika?

 Kita semua tahu pada suatu masa dahulu wang kertas adalah surat aku janji di mana jika resit wang kertas ini dikembalikan, emas akan diperolehi.

 Kini semua itu sudah tidak benar lagi, wang sekarang hanya janji dan ianya dapat bertahan kerana manusia diarahkan atau manusia memberi kepercayaan kepada wang kertas.

 Wang kertas tidak mempunyai nilainya tersendiri. Sedangkan zakat mesti dibayar dengan sesuatu benda yang berharga “ain” dan tidak boleh dibayar dengan ‘janji untuk membayar’ iaitu semua jenis wang kertas sekarang ini.

 Wang kertas tidak bernilai intrinsik dan contoh jelas adalah wang dinar Iraq yang tidak mempunyai nilai setelah negara itu ditawan Amerika. Wang kertas tidak boleh bertahan dengan masa dan hilang apabila dibakar.

 Umat Islam telah lama diperhambakan oleh sistem kewangan berteraskan riba. Untuk mengakhiri perhambaan ini umat Islam mungkin tidak perlu berjihad secara tradisi (berperang dimedan perang) tetapi harus berjuang untuk mentaati Allah, mengembalikan zakat – rukun Islam yang tumbang. Zakat perlu dinilai dan dikutip daripada mereka yang berada. Zakat bukan sedekah.

 Satu dinar di zaman Rasulullah s.a.w beratnya 4.25 gram, sekarang ini berat satu dinar tetap 4.25 gram emas.

 Satu ekor ayam bersamaan dengan satu dirham, sekarang ini seekor ayam juga bersamaan 1 dirham.

 Oleh kerana dolar Amerika sentiasa susut nilai disebabkan faedah yang dikenakan ke atasnya dan jumlah kertas yang dicetak terlalu banyak. Masyarakat dunia hilang pedoman untuk meletakkan nilai kepada yang sebenarnya.

 Umat Islam perlu didik kembali tentang zakat dinar emas.

 Setiap dua puluh dinar emas yang disimpan selama setahun (cukup haulnya) hendaklah dikeluarkan zakat sebanyak 2.5% iaitu bersamaan dengan setengah dinar atau setiap 40 dinar, zakatnya ialah 1 dinar.

 Umat Islam melalui PZS dan Pusat Zakat yang lain boleh dididik dan dibiasakan dengan kadar ini.

 Dalam Surah an-Nisa, Allah berfirman yang bermaksud,”Wahai orang-orang yang beriman! Taatilah akan Allah dan RasulNya dan mereka yang berkuasa dikalangan kamu”. (surah 4; ayat 58). Ingatan Allah s.w.t. amat besar ertinya terhadap ketaatan kepada Allah, RasulNya dan pemerintah.

 Mufassir al-Qurtubi menyenaraikan sebanyak tujuh tanggungjawab utama pemimpin negara atau Sultan sesebuah negara terhadap umat Islam.

 Di antara tugas utama Sultan dan pemerintah ialah menempa dinar emas dan dirham perak.

 Keutamaan yang diberikan kepada pemimpin atau sultan dalam hal penempaan dinar emas menunjukkan betapa mustahaknya emas dan perak itu sebagai alat pertukaran (sebagai matawang) dan paling penting dalam urusan pembayaran zakat.

 Untuk merealisasikan pembayaran dan pengedaran zakat menggunakan dinar emas dan dirham perak dengan cekap - wakala (agen pertukaran dinar dirham) perlu banyak ditubuhkan di seluruh negara.

 Jika zakat boleh dibayar dengan dinar emas, masyarakat miskin yang menerima zakat dalam dinar emas boleh menggunakan wang ini untuk membeli keperluannya.

 Wakala berperanan memberi kemudahan ini. Sistem mesti dibangunkan supaya si miskin yang menerima zakat dalam dinar emas tidak dibebankan dengan penyusutan nilai apabila menukar kepada Ringgit Malaysia untuk mendapat keperluan seharian.

 Oleh itu mekanisme untuk menukar dinar emas kepada matawang tempatan dan sebaliknya mesti diwujudkan.

 Institusi Wakala ini adalah sesuatu yang baru di era moden ini dan kajian terhadap peranan dan pelaksanaannya perlu dijalankan.

 Institusi kesultanan, pemimpin masyarakat dan wakala mempunyai peranan yang amat penting di zaman ini. Pihak berkuasa seharusnya memastikan supaya dinar emas dan dirham perak itu sentiasa ada untuk umat Islam beribadah dan mengeluarkan zakat sepertimana yang dikehendaki oleh syariat.

 Umat Islam yang benar-benar ingin menegakkan kembali rukun Islam yang tumbang harus mula mendapatkan dinar emas dan mengeluarkan zakat mengikut apa yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t.

Kesan Bayar Zakat Dengan Dinar

 Riba dapat dibenteras dengan perlahan-lahan menggunakan semula dinar emas dan dirham perak.

 Jika kita umat Islam dan bukan Islam menolak sistem riba ini, secara tidak sedar sahaja belon ekonomi spekulatif akan membesar dan akan meletup. Pada ketika itu kita akan dapati kuasa akan kembali ke tangan mereka yang menyembah Allah dan mengikuti Rasulullah s.a.w.

 Islam mengharamkan riba manakala ekonomi kapitalis pula berasaskan riba.

 Riba adalah suatu jenayah tetapi ekonomi kapitalis telah berjaya menjustifikasikan apa yang Islam katakan sesuatu itu jenayah tidak jenayah.

 Pendekatan yang diambil adalah dengan menutupi segala keburukan, kerosakan dan kezaliman yang ada pada riba.

 Amat penting untuk kita mengingatkan kembali matlamat usaha mengembalikan dinar emas iaitu usaha memerangi riba.

 Dalam Islam, perlu kita mengambil pendekatan yang berbeza sama sekali. Umat Islam seharusnya memahami dan mengenali apa itu adil dan tidak adil dalam amalan kita seharian.

 Pendekatan membayar zakat menggunakan dinar emas adalah suatu tindakan yang amat bijak. Ini akan menjadikan projek mengembalikan dinar emas sebagai matawang umat Islam bukan lagi sesuatu yang omong-omong kosong tetapi kini telah digunakan dalam pembayaran zakat.

 Penggunaan dinar emas lebih kukuh asasnya kerana ia berteraskan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.

 Penggunaan dinar emas dijangka akan berkembang mengikut kadar perkembangan secara eksponen. Di akhir tahun 1999, dinar emas sudah mula di cetak di Indonesia, Bahrain, Spanyol, Germany dan kini Malaysia menjadi negara pengeluar dinar emas utama dunia. Ini sesuatu yang sungguh memberansangkan dan di dapati permintaan dinar emas terus meningkat.

 Keyakinan masyarakat dunia terhadap emas dan dinar emas makin meningkat.

 Walaupun ada sesetangah pihak dengan sengaja memburuk-burukkan logam kejadian llahi ini dengan memberikan berbagai nama seolah-olah emas ini sangat tidak berguna sebagai matawang alternatif kepada dolar Amerika.

 Dalam internet banyak artikel yang menyatakan emas tidak praktikal untuk dijadikan matawang komoditi, emas tidak cukup, emas mengecilkan ekonomi, emas akan menghalang perkembangan faedah dan menyekat kebebasan berdagang secara spekulasi.

 Tetapi yang berfikiran waras tetap akan mengambil emas sebagai sesuatu yang bernilai. Sejak beberapa bulan kebelakangan ini kita dapati pasaran saham tidak stabil dimerata dunia khasnya di Amerika Syarikat kesan daripada peperangan di Iraq dan pembunuhan berterusan rakyat Pelestin oleh tentera regim Israel konco utama Amerika Syarikat di Timur Tengah.

 Cuba kita bayangkan masyarakat Islam yang berjumlah lebih satu billion memerlukan dinar emas untuk membayar zakat.

 Katalah 10% umat Islam mendapatkan 1 dinar emas, ini bermakna dunia perlu ada 100,000,000 (satu ratus juta keping dinar emas) bersamaan 425,000,000 gram emas bersamaan 425,000 kilogram.

 Umat Islam akan memiliki kekayaan sebenar dan kekayaan ini tidak boleh dirompak dengan aktiviti manipulasi matawang di pasaran dunia.

 Umat Islam mempunyai emas. Biarkan masyarakat kufar mengumpul wang kertas, malah harus galakkan mereka terus mengumpul wang kertas, tetapi kita umat Islam mula mengumpul dinar emas dan dirham perak.

 Umat Islam akan mula berdagang menggunakan dinar emas sebagai alat pertukaran. Mereka akan memerlukan lebih banyak kertas untuk mendapatkan minyak sawit kita.

 Umat Islam telah mula sedar bahawa selama ini mereka ditipu dengan sistem matawang yang telah lama mati. Sistem wang kertas dan ekonomi spekulatif mereka akan meletup, cuma menanti masanya sahaja.

 Masalah sistem wang kertas sudah tidak ada ubatnya lagi. Umat Islam kini telah sedar dan secara beransur-ansur bersedia menghadapi meletupnya sistem ekomomi spekulatif.

 Umat Islam akan bersedia dengan mengambil zakat suatu ibadah yang diwajibkan ke atas harta simpanan yang dilakukan mengikut hukum syariat.

 Yakinlah bahawa dengan kembalinya umat Islam kepada perintah Allah dan mengikuti Rasulullah s.a.w. umat Islam akan memperoleh kemenangan dan kita akan menyaksikan wang dolar Amerika akan menjunam turun.

 Ini akan berlaku dengan lebih pantas jika umat Islam di negara Arab mula meminta pembayaran minyak dalam bentuk komoditi, emas atau dinar emas. Semua ini tidak mustahil dan kita umat Islam di negara ini harus bersedia.

PERANAN AMSYIQ

1- Umat Islam yang hendak membayar zakat dengan dinar dapatkan dinar daripada Amsyiq dan WAKALA AG.

2- PZ boleh menerima pembayaran semua jenis zakat dengan ditukar dengan dinar bukan ringgit, kerana dinar bernilai, ringgit nota janji yang diberi nilai

3- PZ tidak berhak menolak orang yang hendak membayar zakat dengan emas.

4- Menyampaikan zakat dalam bentuk Dinar dan dirham adalah lebih manfaat kepada asnaf kerana emas boleh digadaikan dan nilainya semakin tinggi jika disimpan. Dalam rahan emas tersimpan nilai duit 65% gadaian dapat digunakan.

5- Semua dinar-dinar tersebut kalau nak dicairkan boleh We Buy semula kepada AMSYIQ. Tetapi kalau PZ menyimpan emas. Emas sentiasa naik setiap tahun.

6- Kalau perbadanan wakaf menerima Emas. Kenaikan harga emas boleh membangunkan umat Islam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9