| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 25 Julai 2011

SELAMAT DATANG RAMADHAN

SELAMAT DATANG RAMADHAN

Alangkah tak sabarnya orang beriman menunggu tetamu yang ditunggu-tunggu .
Salafus soleh, para sahabat dan tabiin mementingkan bulan ramadhan dan bergembira dengan kehadirannya. Meeka berdoa kepada Allah supaya sempat bertemu ramadhan kemudian mereka berdoa supaya puasa mereka diterima.

Mereka berpuasa pada siang nya dan menjaga puasa mereka daripada perkara-perkara yang membatalkannya atau mengurangkannya daripada perkara-perkara sia-sia, melalaikan, main-main, mengumpat, batu api dan dusta.

Mereka menghidupkan malamnya dengan qiyam (tarawikh) dan membaca Al Quran.
Mereka mendekati para fakir dan miskin dengan sedekah, ihsan , memberi makan dan memberi berbuka orang yang puasa.

Mereka berjihad dengan diri mereka dengan mentaati Allah dan berjihad menentang musuh-musuh Islam fi sabilillah untuk menjadikan kalimah Allah itu tinggi dan jadilah agama untuk Allah. Kerana itulah peperangan badar al kubro yang berlaku pada 17 Ramadhan dimenangi oleh islam dan pembukaan kota Makkah juga yang berlaku pada 20 Ramadhan yang memperlihatkan manusia masuk ke dalam Islam berkumpulan-kumpulan
Bulan Ramadhan bukan bulan kelesuan, tidur dan bermalas sebagaimana yang ditanggapi oleh sebahagian orang. Sebenarnya ramadhan adalah bulan jihad, ibadah dan amalan. Kerana ini sepatutnya kita menyambutnya dengan kegembiraan, keseronokan, dan memuliakan.

Kenapa tidak begitu pada bulan yang Allah pilih untuk kefardhuan puasa dan disyariatkan qiyam (tarawikh) dan diturunkan Al Quran untuk memandu manusia kepada hidayah dan mengeluarkan mereka dari kegelapan kepada cahaya.

Kenapa kita tidak bergembira dengan bulan yang dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka, dipenjara syaiton, digandakan kebaikan, diangkat darajat dan diampunkan kesalahan dan kejahatan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9