| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 24 Ogos 2011

BILA HARGA TURUN, BELI BANYAK-BANYAK. KOPERASI DAN PERSATUAN BANTULAH AHLI MEMILIKI EMAS

Sebagai sebuah syarikat Islam yang berjiwa Islam, kami mahu sangat seluruh umat Islam menyertai kami bersama gelombang eamas dan dinar. Kami tidak menggunakan agama untuk tujuan bisnes. Tetapi agama mengajak kita menyimpan kekayaan, melindungi kekayaan, mengembangkan kekayaan, membersihkan harta daripada tempat-tempat pelaburan yang melanggar perinsip Islam, syubhah dan haram. Kemuncak daripada itu, ini adalah jihad ekonomi untuk membina kekuatan dan kesetabilan ekonomi , politik dan sosial umat Islam.

Fiat money terdedah kepada inflasi dan kerisis keewangan dan ekonomi dan terdedah kepada system kapitalis dan ribawi. Unsur fiat money samasekali bertentang dengan emas.Hari ini undang-undang menghalang untuk kita menggunakan matawang dinar dan dirham seperti yang yang disunnahkan oleh Rasulullah. Tetapi kita masih boleh mengalirkan dinar dan dirham dalam bentuk serampang dua mata. Matawang dan simpanan ntuk mengembangkan kekayaan.

Emas adalah logam yang Allah ciptakan yang menyimpan nilai yang tinggi. Tiada siapa dapat menafikan fakta ini. Apatah lagi syurga yang Allah sediakan kepada mereka yang beriman dan taat beramal salih dihiasi dengan emas dan perak. Ini menunjukkan jaminan Allah terhadap “bernilai” nya emas.

Berdasarkan harga emas sentiasa naik dan sangat untung kalau membeli awal. Menyedari kemampuan sebahagian besar kita untuk memiliki emas terbatas, Kami mengajak mana-mana koperasi atau persatuan membantu ahli-ahlinya menyimpan emas.Ada banyak cara koperasi member ikan pinjam kepada ahlinya.

Cara pertama: koperasi/ persatuan membeli daripada AG , kemudian koperasi/persatuan memberi pinjam kepada ahlinya untuk memiliki emas dengan harga semasa.

Dengan cara ini koperasi/per satuan dapat untung 3.5% dari harga semasa dan keuntunga perbezaan harga beli dari harga semasa.dan koperasi/persatuan tidak perlu mengenakan tambahan bayaran terhadap pinjaman ahlinya.

Cara kedua: koperasi/persatuan menjadi wakala kami.
Dengan cara ini koperasi/persatuan mendapat keuntungan 3.5%.

Cara ketiga: koperasi/persatuan menjadi pemodal kami.Dengan cara ini koperasi/persatuan dapat menjana keuntungan 20 hingga 24% setahun.

Dengan cara tersebut koperasi atau persatuan telah bersama-sama kami meningkatkan taraf ekonomi umat Islam dengan menggalakkan ahli menukar duit jadi emas. Membeli awal emas pastinya mengutip keuntungan dimasa hadapan.

Kaedah GKA kami pastinya meng”kaya” kan ahli dimasa depan, kerana dengan kaedah GKA, anda dapat membeli banyak emas dengan modal yang kecil, seterusnya dapat mengutip hasilnya pada masa hadapan.Pada ketika itu pastinya emas sudah tinggi harganya.Kalau anda amati kaedah GKA kami, kami tidak membekukan ekonomi dalam bentuk emas, tetapi kami merancakkan lagi pengaliran matawang untuk jual beli emas.

Sementara kaedah GKAS kami dapat membantu orang Islam untuk menyelesaikan kesempitan kewangan mereka atau untuk mendapatkan modal perniagaan mereka.Kalau setiap rumah orang Islam memiliki emas sebanyak 100g, bererti orang itu sudah keluar dari kepompong kemiskinan dan dia sudah menjadi pembayar zakat. Kalau dah boleh bayar zakat ertinya kayalah tu.

4 ulasan:

  1. alhamdulillah....allah sememangnya telah membuka pintu rezeki kpd kita sejak dulu lagi tp kita sendiri yg buta dek suapan pengaruh kapitalis sehinggakan takut utk berubah kpd sunah Rasulullah s.w.t. Apakah kita belum bangkit dari kealpaan dan dosa-dosa yang tidak kita sedari? Ayuh semua umat islam bangunlah berjihad ke arah mencari keberkatanNya dunia akhirat.Hanya ini sajalah senjata kita utk melumpuhkan sistem yang ada....

    BalasPadam
  2. assalamualaikum,
    saya kurang faham, mohon penerangan dan penjelasan.. "Fiat money terdedah kepada inflasi dan kerisis keewangan dan ekonomi dan terdedah kepada system kapitalis dan ribawi." ini ayat dari artikel diatas..soalan saya, kita beli emas ni, akhirnya bila nak pakai kita tukar juga kepada matawang kertas kan? (tujuan kita at the end nak tinggikan nilai ringgit emas kita kan? tidak kah itu kapitalis juga?).
    Soalan ke2, bagaimana kalau kita beli emas harga RM100,000, selepas setahun jatuh jadi RM50,000?? Kita tetap akan rugi kan? emas tu memang tak berubah, tapi takkan nak beli susu anak guna emas tu?? mana boleh? jadi siapa yang boleh JAMIN harga emas tak turun? atau memang harga emas di JAMIN 100% (atau lebih) memang tidak mungkin atau mustahil turun?
    mohon penjelasan,kerana tak faham..terima kasih

    BalasPadam
  3. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0710&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

    BalasPadam
  4. ashraf ; enta klo dah jd pm baru bley ckp "semua mata wang di malaysia ni hendaklah guna wang emas". semua org terima keputusan enta. hakikatnya tidak. apa peranan kita dgn kemampuan yg terbatas ni.

    keupayaan maksimum bagi syarikat ag cth hanyalah produkkan wang emas sebagai ganti aset ringgit yg terdedah kepada manipulasi kapitalis. ag jg mendakwahkan orang ramai menukarkan wang kertas kpd emas.

    secara tidak langsung, umat islam tidak perlu jatuhkan sistem kapitalis dgn senjata tp dgn emas yang kita tukar dari wang kertas tadi. kite perlu berpijak di bumi nyata. kemampuan kita terhad!

    utk jwb soklan ke2. datang seminar ag. ulasan panjang di ruang yang terhad ini sungguh melenguhkan jari. terima kasih

    BalasPadam



TV9