| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 16 Ogos 2011

MARI MEMBAYAR ZAKAT DENGAN DINAR

MARI MEMBAYAR ZAKAT DENGAN DINAR
BAYAR ZAKAT GUNA DINAR
Bersempena Ramadhan ini, ramai orang, selain membayar zakat fitrah, ada yang menentukan zakat harta dan perniagaannya dibayar pada bulan Ramadhan ini. Oleh kerana itu saya mengajak umat Islam membayar zakat dengan Dinar. Kenapa?
Jumhur ulamak menyatakan pendapat bahawa zakat hendaklah dibayar dengan ‘Ain’ atau benda bukan dengan nilai, sedangkan wang adalah nilaian, malah ia hanya dianggap nota janji hutang . Wang juga tidak ada nilai interinsik (nilai dalaman)
Antara ulamak yang menyatakan demikian ialah Al Kasani bermazhab Hanafi dalam kitabnya “Badai’ as Sanai’” (بدائع الصنائع).
Beliau berkata:
“If the property on which zakat fell due is dayn, as distinguished from ‘ayn, its zakat may
be settled in terms of ‘ayn wealth. Thus a person having a claim of two hundred dirhams
on which zakat is due, may give, in settlement of the same, five dirhams in cash, because
dayn as compared with ‘ayn is defective (naqis) and the ‘ayn is complete (kamil), and a
settlement of the defective in terms of the complete is valid. On the contrary, the
settlement of the complete ‘ayn in terms of the defective is not valid, and therefore, the
zakat debt is not discharged if a person wants to pay the zakat of two hundred dirhams
which he possesses (i.e. ‘ayn) in terms of the five dirhams which a poor person owes him
(i.e. dayn); namely, by absolving him from the debt intending it for his own zakat debt on
the two hundred dirhams. Finally, as regards the settlement of the zakat of dayn wealth in
terms of dayn wealth, if the wealth on which zakat is due of the kind of dayn which
becomes ‘ayn is not valid; otherwise is valid. Thus if a person has five dirhams owed to
him by a person and two hundred dirhams by another person, he cannot settle the zakat
of the two hundred by making a present of five to the debtor as alms, because the two
hundred dirhams will become ‘ayn when collected, and the settlement of the zakat of ‘ayn
wealth in terms of dayn is not valid.
Kesimpulannya:
1- Zakat mestilah dibayar dalam bentuk “ayn” (benda) dan tidak boleh dibayar dalam bentuk dayn (hutang) atau nota janji. Perkarayang penting ini diabaikan bertahun-tahun kerana “dharurah” disebabkan dinar dan dirham tidak ada yang menyediakannya.
2- Tetapi hari ini sudah ada institusi-institusi yang telah mengambil inisiatif menyediakannya umpama KGT yang menyediakan dinar Kelantan dan AG syarikat kita yang menyediakan dinar.
3- Dengan membayar zakat dengan dinar, kita kembali kepada asal, dan yang diasaskan oleh Rasulullah.
4- Zakat dalam bentuk dinar member manfaat yang besar kepada asnaf kerana:
a ) dinar emas boleh disimpan sebagai aset yang berharga dan sentiasa naik nilainya
b) Kalau asnaf memerlukan duit cash, mereka boleh pajakkan kepada bank atau institusi emas seperti AG. Emas tersimpan , duit pun dapat
c) Duit bila disimpan lama oleh asnaf, berlaku susut nilainya, berbanding emas menyimpan nilai. Ini juga boleh mendorong asnaf menyimpan.
c ) Tidakkah sesiapa yang memiliki emas dianggap orang kaya. Pihak lembaga zakat dapat mendidik asnaf keluar dari belengu kemiskinan.
5- Kita perlu cuba berusaha membayar zakat dengan dinar terutamanya pada zakat harta, zakat perniagaan dan khususnya zakat emas. (saya sempat menyatakan hasrat saya kepada pengerusi MAIS untuk membayar zakat dengan dinar. Kata beliau cubalah dulu). Ini memberi semangat kepada saya untuk membayar zakat dengan dinar.
6- Untuk zakat Fitrah selain bayar zakat dengan duit kerana meraikan peraturan. Saya berazam membayar juga zakat dalam bentuk dinar. Kalau lembaga Zakat tak terima, saya direc kepada asnaf . ini untuk meraikan pandangan jumhur ulamak.
7- Saya juga menyampaikan ajakan saya ini kepada seluruh umat Islam. Dan kami di AG dan seluruh wakala kami bersedia membantu untuk anda mendapatkan dinar emas. Duit zakat anda tukar kepada dinar emas sebelum bayar zakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9