| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Khamis, 11 Ogos 2011

OLEH KERANA HARGA EMAS TIDAK MENENTU, JUAL SALAM ADALAH TERBAIK

OLEH KERANA HARGA EMAS TIDAK MENENTU, JUAL SALAM ADALAH TERBAIK.

Trend harga emas bergerak setiap masa semakin meninggi. Lock dianggap sah apabila stok dalam tangan. Apabila stok tidak ada dalam tangan terutama pada item yang mahal seperti 100g dan 25g dan pembelian pula sampai 80 pcs. Ini sudah tentu memberi kesan besar apabila pelanggan kami lock ketika rendah dan kami tempah pada masa tinggi. Untuk memelihara kesucian muamalah kita, saya mengesyorkan dalam keadaan sekarang pelanggan kami hendaklah jual tempah.

Apa dia jual tempah?
Iaitu menempah emas dengan membayar terlebih dahulu bayarannya.
Bolehkah beli emas dengan jual salam?
Bagi ulamak yang menganggap duit adalah setaraf dengan Naqdain (emas dan perak), mereka berpendapat tidak boleh jual emas dengan secara bertangguh dan jual salam (jual tempah). Bagi mereka yang menganggap duit bukannya Naqdain, mereka berpendapat emas boleh jual secara bertanngguh dan boleh jual tempah.

Saya cenderung kepada pendapat bahawa duit sekarang bukannya naqdain. Oleh kerana itu larangan nabi; “jangan jual emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam dan tamar dengan tamar melainkan dengan sama kualiti, sama timbangan dan tunai tangan ke tangan” tidak berlaku ke atas duit kertas, kerana duit tidak boleh disamakan dengan Naqdain, Naqdain ada nilai intrinsic sedangkan duit kertas hanya diletak nilai.

Oleh kerana itu jual tempah lebih selamat daripada unsur-unsur gharar. Gharar bukan sahaja tindakan penjual keatas pembeli, tetapi berlaku juga dari tindakan pembeli keatas penjual. Contoh pembeli lock hari sabtu melalui Wakala, hari selasa atau Rabu baru sampai kepada Syarikat. Harga hari sabtu jauh lebih rendah, sedangkan harga hari Selasa emas sudah jauh tinggi. Tidak kah ini gharar dan menganiaya syarikat. Syarikat menanggung kerugian. Itu belum lagi syarikat tempah, pembeli tak jadi beli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9