| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 30 Disember 2011

Kupasan terbaik dari orang luar terhadap GKA Amsyiq.


Kupasan terbaik dari orang luar terhadap GKA Amsyiq.
Dibawah ini saya ambil dari blog orang lain blog Haikal Arsyad. Saya pun dah lupa alamat blognya, dan belum minta izin darinya. Harap beliau mengizinkan saya memaparkannya di blog saya ni.
Guna Kaedah Amsyiq - ( GKA )
Sunday, 11 December 2011
Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Tajuk post kali ini adalah Guna Kaedah Amsyiq ( GKA ). Sepertimana yang ana telah beritahu dipenghujung post yang lalu bahawa Kaedah ini telah diadaptasikan daripada Sistem Pajak Gadai Ar-Rahnu dan dijalankan oleh Syarikat Amsyiq Gold. Kaedah ini khas dibuat bagi mereka yang ingin melipat gandakan Dinar dan Dirham yang mereka miliki. Tetapi ingat, tujuan sistem ini diwujudkan bukanlah untuk mengajak umat Islam memanipulasikan sistem Ar-Rahnu, TETAPI sistem ini diwujudkan adalah untuk MEMBANTU ekonomi umat Islam itu sendiri disamping mengajak umat Islam untuk mengangkat martabat Dinar dan Dirham diatas muka bumi ini.

Mengapa kaedah ini menggunakan nama GKA tidak menggunakan nama Ar-Rahnu??

Satu soalan yang bagus dilontarkan. Pertama sekali, seperti yang telah ana katakan bahawa Kaedah ini telah diadaptasikan daripada Sistem Ar-Rahnu. ADAPTASI disini bermakna, melalui Sistem Ar-Rahnu terdapat sedikit PERUBAHAN yang dilakukan iaitu pada Akadnya. Walaupun Kaedah ini telah diadaptasi daripada Sistem Ar-Rahnu, Kaedah ini tetap mengikut ketetapan yang telah ditetapkan oleh Syara'.

Ar-Rahnu menggunakan akad GADAIAN ini bermakna si penggadai akan menggadaikan barangan Emas yang dimiliki kepada pihak yang menerima gadaian dan pihak yang menerima gadaian ini akan memberikan wang pinjaman (kebiasaannya dalam 65-70% daripada harga semasa barang gadaian) kepada si penggadai. Dalam masa yang sama, pihak yang menerima gadaian tersebut hendaklah menjaga barangan gadaian itu dan pihak tersebut tidak dibenarkan untuk menjual barangan gadaian ini sehinggalah ternyata bahawa si penggadai tidak dapat melangsaikan hutang pinjamannya kepada pihak yang menerima gadaian tersebut.

Manakala GKA menggunakan akad JUAL BELI tetapi pihak yang menjual tetap akan mendapat wang pinjaman sebanyak 65% daripada harga semasa barangan yang dijual. Melalui wang pinjaman sebanyak 65% ini, akan digunakan untuk membeli lagi produk Emas Amsyiq Gold dan di-GKA-kan semula. Proses membeli produk Emas Amsyiq Gold dan GKA ini akan dilakukan semua berulangkali sehinggalah nilai terakhir menjadi kecil. Perlu diketahui, dengan menggunakan akad JUALBELI, bermakna pihak yang membeli (syarikat) berhak untuk menggunakan Dinar atau Dirham itu untuk tujuan lain seperti menjualnya kepada orang lain.

Dalam pada masa yang sama, apabila si penjual ingin membeli semula Dinar atau Dirham itu, maka pihak syarikat akan menjualnya kembali kepada si penjual dengan mengenakan harga yang sama ketika si penjual menjual Dinar dan Dirham itu kepada pihak syarikat. (lihat pada praktikal GKA dibawah jika masih tidak memahami)

Seperti yang telah dimaklumkan, GKA ini adalah satu Kaedah untuk melipat gandakan Dinar atau Dirham untuk membantu ekonomi umat Islam. Tetapi, kebiasaannya GKA ini dilakukan dengan menggunakan Dinar kerana harga Emas dunia lebih pantas meningkat berbanding harga Perak dunia sekaligus bermakna keuntungan melakukan GKA dengan menggunakan Dinar adalah lebih cepat membuahkan hasil berbanding GKA dengan menggunakan Dirham.

Terdapat beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat Amsyiq Gold kepada mereka yang hendak melakukan Kaedah GKA ini perlu menghadiri Seminar Emas Amsyiq dan modal minimum untuk melakukan Kaedah GKA ini adalah RM 5 000.

Selain itu, untuk mereka yang melaksanakan Kaedah GKA ini juga akan dikenakan kos upan simpan sebanyak 1% daripada harga semasa ketika membeli semula produk tersebut untuk setiap produk yang di-GKA-kan.

Masih lagi kabur atau 'blur' tentang perkara ini?? Tidak mengapa sekarang ana akan tunjukkan praktikal Kaedah GKA ini..

PRAKTIKAL GUNA KAEDAH AMSYIQ - ( GKA )

Dibawah ini adalah harga Produk Amsyiq Gold bertarikh 01/12/11, 08:44 a.m.
PRODUK
WE SELL (RM)
WE BUY (RM)
½ DINAR 916
411.39
390.82
1 DINAR 916
816.72
775.88
1 DINAR 999
900.99
855.94
2 DINAR 999
1,801.59
1,711.51
10g GOLD BAR 999
2,059.85
1,956.86
25g GOLD COIN 999
5,157.31
4,899.44
100g GOLD COIN 999
20,422.80
19,401.66

Seperti yang dikatakan di atas, MODAL minimum untuk melakukan kaedah GKA ini adalah RM 5 000. TETAPI berdasarkan jadual harga di atas, seeloknya mulakan MODAL dengan RM 5 200 bagi memastikan antum dapat membeli produk 25g GOLD COIN 999. Ini bertujuan untuk memastikan keuntungan yang maksimum, Insya-Allah.


LAPISAN PERTAMA
25g GOLD BAR 999 akan dibeli semasa LAPISAN PERTAMA.

- Ana akan menyediakan MODAL sebanyak RM 5,200, dan ana membeli satu keping 25g GOLD COIN 999 yang berharga RM 5,157.31 + RM 12.00 (kos pengangkutan) = RM 5,169.31. Ini bermakna ana akan mendapat wang baki sebanyak RM 30.69.
- Ana juga akan mendapat satu RESIT PEMBELIAN dengan jumlah pembelian RM 5,169.31.

- Kemudian ana akan GKA-kan satu keping 25g GOLD COIN 999.
- Semasa GKA akad yang berlaku adalah seperti berikut :

-----> Akad yang ANA lakukan --> Saya Muhammad Haiqal menjual satu keping 25g GOLD COIN 999 kepada Amsyiq Gold dengan harga RM 3,352.25.

-----> Akad yang Amsyiq Gold lakukan --> Amsyiq Gold akan menjual kembali satu keping 25g GOLD COIN 999 kepada Muhammad Haiqal dengan harga RM 3,352.25.

*Melalui akad yang ANA lakukan bermakna ana menjual satu keping 25g GOLD COIN 999 dan ana mendapat RM 3,352.25 (65% daripada harga semasa satu keping 25g GOLD COIN 999 -RM 5,157.31)
*Melalui akad yang Amsyiq Gold lakukan bermakna Amsyiq Gold akan menjual kembali (pada masa akan datang) satu keping 25g GOLD COIN 999 yang telah ana jualkan juga dengan harga RM 3,352.25.

- Ana juga akan mendapat satu RESIT GKA yang mencatatkan tentang urusniaga ini dan RESIT GKA inilah yang amat berguna semasa ingin membeli semula satu keping 25g GOLD COIN 999 yang telah dijual (GKA).


LAPISAN KEDUA
      
Pembelian Semasa LAPISAN KEDUA - 10g GOLD BAR 999, 1 DINAR KL 999, DAN 1/2 DINAR 916.

- Kini ana mempunyai modal baru sebanyak RM 30.69 (baki pembelian pertama) + RM 3,352.25 (hasil yang diperolehi daripada GKA lapisan pertama), jadi jumlahnya MODAL BARU adalah RM 3,382.94.
- Ana akan membeli satu keping 10g GOLD BAR 999 yang berharga RM 2059.85 + RM 5.00 (kos pengangkutan), satu keping 1 DINAR 999 yang berharga RM 900.99 dan satu keping 1/2 DINAR 916 yang berharga RM 411.39. JUMLAH keseluruhannya RM 3,377.23.
- Ana akan mendapat baki RM 5.71.
- Ana juga akan mendapat satu RESIT PEMBELIAN dengan jumlah pembelian RM 3,377.23.

- Kemudian ana akan GKA-kan satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916.
- Semasa GKA akad yang berlaku adalah seperti berikut :

-----> Akad yang ANA lakukan --> Saya Muhammad Haiqal menjual satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 kepada Amsyiq Gold dengan harga RM 2,191.95.

-----> Akad yang Amsyiq Gold lakukan --> Amsyiq Gold akan menjual kembali satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 kepada Muhammad Haiqal dengan harga RM 2,191.95.

*Melalui akad yang ANA lakukan bermakna ana menjual satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 dan ana mendapat RM 2,191.95 (65% daripada harga semasa satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 -RM 3,372.23)
*Melalui akad yang Amsyiq Gold lakukan bermakna Amsyiq Gold akan menjual kembali (pada masa akan datang) satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 yang telah ana jualkan juga dengan harga RM 2,191.95.

- Ana juga akan mendapat satu RESIT GKA yang mencatatkan tentang urusniaga ini dan RESIT GKA inilah yang amat berguna semasa ingin membeli semula  satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 yang telah dijual (GKA).


LAPISAN KETIGA
Pembelian semasa LAPISAN KETIGA - 10g GOLD BAR 999

- Kini ana mempunyai modal baru sebanyak RM 5.71 (baki pembelian kedua) + RM 2,191.95 (hasil yang diperolehi daripada GKA lapisan kedua), jadi jumlahnya MODAL BARU adalah RM 2,197.66.
- Ana akan membeli satu keping 10g GOLD BAR 999 yang berharga RM 2,059.85 + RM 5.00 (kos pengangkutan) dan JUMLAH keseluruhannya RM 2064.85.
- Ana akan mendapat baki RM 132.81.
- Ana juga akan mendapat satu RESIT PEMBELIAN dengan jumlah pembelian RM 2,064.85.

- Kemudian ana akan GKA-kan satu keping 10g GOLD BAR 999.
- Semasa GKA akad yang berlaku adalah seperti berikut :

-----> Akad yang ANA lakukan --> Saya Muhammad Haiqal menjual satu keping 10g GOLD BAR 999 kepada Amsyiq Gold dengan harga RM 1,338.90.

-----> Akad yang Amsyiq Gold lakukan --> Amsyiq Gold akan menjual kembali satu keping 10g GOLD BAR 999 kepada Muhammad Haiqal dengan harga RM 1,338.90.

*Melalui akad yang ANA lakukan bermakna ana menjual satu keping 10g GOLD BAR 999 dan ana mendapat RM 1,338.90 (65% daripada harga semasa satu keping 10g GOLD BAR 999 - RM 2,059.85)
*Melalui akad yang Amsyiq Gold lakukan bermakna Amsyiq Gold akan menjual kembali (pada masa akan datang) satu keping 10g GOLD BAR 999 yang telah ana jualkan juga dengan harga RM 1,338.90.

- Ana juga akan mendapat satu RESIT GKA yang mencatatkan tentang urusniaga ini dan RESIT GKA inilah yang amat berguna semasa ingin membeli semula  satu keping 10g GOLD BAR 999 yang telah dijual (GKA).


LAPISAN KEEMPAT
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg_Dqs4aB1t87WKpmsA9NngJYv0fGei-0_aVXloaf3lzb1MBKKOBgHKXFOOhtoW_z4WymBx58laDCZEyYXpVOQ_id1lnKwLiewEvuKv8OdKBSig8D94mSvWQ3EuH25tYbO9uEtLb1H3pu4/s200/dinar-kuala-lumpur-150x150.jpg      
Pembelian semasa LAPISAN KEEMPAT - 1 DINAR KL 999 dan 1/2 DINAR 916

- Kini ana mempunyai modal baru sebanyak RM 132.81 (baki pembelian ketiga) + RM 1,338.90 (hasil yang diperolehi daripada GKA lapsan ketiga), jadi jumlahnya MODAL BARU adalah RM 1,471.71.
- Ana akan membeli satu keping 1 DINAR 999 yang berharga RM 900.99 dan satu keping 1/2 DINAR 916 yang berharga RM 411.3 dan JUMLAH keseluruhannya RM 1,312.38.
- Ana akan mendapat baki RM 159.33.
- Ana juga akan mendapat satu RESIT PEMBELIAN dengan jumlah pembelian RM 1,312.38.

- Kemudian ana akan GKA-kan satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 itu.
- Semasa GKA akad yang berlaku adalah seperti berikut :

-----> Akad yang ANA lakukan --> Saya Muhammad Haiqal menjual satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 kepada Amsyiq Gold dengan harga RM 853.05.

-----> Akad yang Amsyiq Gold lakukan --> Amsyiq Gold akan menjual kembali satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 kepada Muhammad Haiqal dengan harga RM 853.05.

*Melalui akad yang ANA lakukan bermakna ana menjualsatu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 dan ana mendapat RM 853.05 (65% daripada harga semasa satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916- RM 1,312.38)
*Melalui akad yang Amsyiq Gold lakukan bermakna Amsyiq Gold akan menjual kembali (pada masa akan datang) satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 yang telah ana jualkan juga dengan harga RM 853.05.

- Ana juga akan mendapat satu RESIT GKA yang mencatatkan tentang urusniaga ini dan RESIT GKA inilah yang amat berguna semasa ingin membeli semula satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916  yang telah dijual (GKA).


LAPISAN KELIMA (TERAKHIR)
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiVJUPB7J-ToqVFiG6GBkKcFOwE1usVP8Q8iD7MaQOtudfxtLboqBbZMtnB0PDcpSLUGkkK85mPsV-pFTvkufgOQcK1zqsI70uYogOmifPrmWgl4ye716RNWf7LvfHfqVT4FcUr9hZHXic/s200/dinar-kuala-lumpur-150x150.jpg
Pembelian Semasa LAPISAN KELIMA - 1 DINAR KL 999


- Kini ana mempunyai modal baru sebanyak RM 159.33 (baki pembelian keempat) + RM 853.05 (hasil yang diperolehi daripada GKA lapsan keempat), jadi jumlahnya MODAL BARU adalah RM 1,012.38.
- Ana akan membeli satu keping 1 DINAR 999 yang berharga RM 900.99 .
- Ana akan mendapat baki RM 111.39.
- Ana juga akan mendapat satu RESIT PEMBELIAN dengan jumlah pembelian RM 900.99.


-Pembelian semasa LAPISAN KELIMA ini tidak akan di-GKA-kan. (kerana Nilainya telah menjadi terlalu kecil)
-Ini bermakna, 1 DINAR KL 999 ini sahajalah yang akan ana simpan manakala semua produk lain yang telah dibeli diatas akan berada di pihak Amsyiq Gold.
1 DINAR KL 999 ini jugalah yang akan bertindak sebagai aset yang digunakan untuk membeli semula semua produk yang telah di-GKA-kan diatas.
-Dan untuk baki sebanyak RM 111.39 itu, ana boleh gunakan untuk kegunaan harian. (ini bermakna modal sebenar ana hanyalah -> RM 5,200.00 - RM 111.39 = RM 5,088.61 )

LAYAK MENJADI BASIC DEALER

- Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Amsyiq Gold, syarat untuk menjadi DEALER (AGEN) adalah pembelian mestilah melebihi RM 10,000 dan jumlah ini boleh dicapai walaupun antum membuat pembelian dalam banyak resit (mengumpulkan pembelian).

- Apabila ana melakukan GKA seperti yang di atas, ana akan mendapat LIMA RESIT PEMBELIAN masing-masing berjumlah RM 5,169.31 (pembelian lapisan pertama), RM 3,377.23 (pembelian lapisan kedua), RM 2,064.85 (pembelian lapisan ketiga), RM 1,312.38 (pembelian lapisan keempat) dan RM 900.99 (pembelian lapisan kelima).
- Ini bermakna ana telah pun membuat pembelian berjumlah RM 12,822.76 dan sekaligus melayakkan ana untuk menjadi BASIC DEALER.
-Kelebihan menjadi BASIC DEALER adalah ana boleh menjual produk Amsyiq Gold dan ana layak mendapat DISKAUN sebanyak 1.5% apabila membuat sebarang pembelian daripada pihak syarikat.

- TAMMAT PROSES GUNA KAEDAH AMSYIQ ( GKA ) -



PRAKTIKAL PEMBELIAN SEMULA PRODUK YANG TELAH DI- GKA-KAN


- Untuk memastikan antum memperolehi keuntungan melebihi 50 % daripada jumlah modal yang dikeluarkan, antum hendaklah menunggu sekurang kurangnya HARGA EMAS MENINGKAT sebanyak 30% daripada HARGA SEMASA ketika antum melaksanakan GKA.
- Untuk kenaikan harga sebanyak 30% ini, antum perlu menunggu kemungkinan dalam 6 BULAN sehingga 24 BULAN selepas antum melaksanakan GKA.


Dibawah ini adalah ANGGARAN bagi harga Produk Amsyiq Gold setelah KENAIKAN harga sebanyak 30% berdasarkan harga produk bertarikh 01/12/11, 08:44 a.m.
PRODUK
WE SELL (RM)
WE BUY (RM)
½ DINAR 916
534.81
508.05
1 DINAR 916
1,061.74
1,008.65
1 DINAR 999
1,171.29
1,112.73
2 DINAR 999
2,342.07
2,224.97
10g GOLD BAR 999
2,677.81
2,543.92
25g GOLD COIN 999
6,704.50
6,369.27
100g GOLD COIN 999
26,549.64
25,222.16


LANGKAH PERTAMA


-Di tangan ana mempunyai 1 DINAR KL 999 (yang diperoleh daripada pembelian ketika LAPISAN KELIMA semasa melaksanakan GKA).

-Harga semasa bagi 1 DINAR KL 999 adalah RM 1,171.29. (telah meningkat sebanyak 30% daripada harga asal ketika melakukan GKA - RM 900.99)

- Ana akan menjual 1 DINAR KL 999 ini kepada Syarikat Amsyiq Gold dan ana akan mendapat wang sebanyak RM 1,112.73 (untuk menjual balik kepada Amsyiq Gold rujuk jadual harga bahagian WE BUY)

-Dengan wang sebanyak RM 1,112.73 ini, ana akan membeli semula produk yang telah ana GKA-kan pada LAPISAN KEEMPAT iaitu satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916  dengan harga RM 853.05.

-Ana juga akan dikenakan kos upah simpan sebanyak 1% daripada harga semasa produk yang di-GKA-kan iaitu sebanyak RM 17.06.

-Ini bermakna ana akan mempunyai baki sebanyak RM 242.61 ((RM 1,112.73 - RM 853.05 - RM 17.06) dan ana juga akan mendapat satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916.

- BAKI yang perolehi adalah KEUNTUNGAN ana. Jadi, untuk KEUNTUNGAN  LANGKAH PERTAMA adalah RM 242.61.


LANGKAH KEDUA


-Kini di tangan ana mempunyai satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 (yang diperoleh daripada LANGKAH PERTAMA).

-Harga semasa bagi 1 DINAR KL 999 dan 1/2 DINAR 916 adalah RM 1,706.10.

- Ana akan menjual 1 DINAR KL 999 dan 1/2 DINAR 916 ini kepada Syarikat Amsyiq Gold dan ana akan mendapat wang sebanyak RM 1,620.78. (untuk menjual balik kepada Amsyiq Gold rujuk jadual harga bahagian WE BUY)

-Dengan wang sebanyak RM 1,620.78 ini, ana akan membeli semula produk yang telah ana GKA-kan pada LAPISAN KETIGA iaitu satu keping 10g GOLD BAR 999  dengan harga RM 1,338.90.

-Ana juga akan dikenakan kos upah simpan sebanyak 1% daripada harga semasa produk yang di-GKA-kan iaitu sebanyak RM 26.78.

-Ini bermakna ana akan mempunyai baki sebanyak RM 255.10 ((RM 1,620.78 - RM 1,338.90 - RM 26.78) dan ana juga akan mendapat satu keping 10g GOLD BAR 999.

- BAKI yang perolehi adalah KEUNTUNGAN ana. Jadi, untuk KEUNTUNGAN  LANGKAH KEDUA adalah RM 255.10.


LANGKAH KETIGA


-Kini di tangan ana mempunyai satu keping 10g GOLD BAR 999 (yang diperoleh daripada LANGKAH KEDUA).

-Harga semasa bagi 10g GOLD BAR 999 adalah RM 2,677.81.

- Ana akan menjual 10g GOLD BAR 999 ini kepada Syarikat Amsyiq Gold dan ana akan mendapat wang sebanyak RM 2,543.92. (untuk menjual balik kepada Amsyiq Gold rujuk jadual harga bahagian WE BUY)

-Dengan wang sebanyak RM 2,543.92 ini, ana akan membeli semula produk yang telah ana GKA-kan pada LAPISAN KEDUA iaitu satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916  dengan harga RM 2,191.95.

-Ana juga akan dikenakan kos upah simpan sebanyak 1% daripada harga semasa produk yang di-GKA-kan iaitu sebanyak RM 43.84.

-Ini bermakna ana akan mempunyai baki sebanyak RM 308.13 ((RM 2,543.92 - RM 2,191.95 - RM 43.84) dan ana juga akan mendapat satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916.

- BAKI yang perolehi adalah KEUNTUNGAN ana. Jadi, untuk KEUNTUNGAN  LANGKAH KETIGA adalah RM 308.13.


LANGKAH KEEMPAT


-Kini di tangan ana mempunyai satu keping 10g GOLD BAR 999, satu keping 1 DINAR 999 dan satu keping 1/2 DINAR 916 (yang diperoleh daripada LANGKAH KETIGA).

-Harga semasa bagi 10g GOLD BAR 999, 1 DINAR 999 dan 1/2 DINAR 916 adalah RM 4,383.91.

- Ana akan menjual 10g GOLD BAR 999, 1 DINAR 999 dan 1/2 DINAR 916 ini kepada Syarikat Amsyiq Gold dan ana akan mendapat wang sebanyak RM 4,164.70. (untuk menjual balik kepada Amsyiq Gold rujuk jadual harga bahagian WE BUY)

-Dengan wang sebanyak RM 4,164.70 ini, ana akan membeli semula produk yang telah ana GKA-kan pada LAPISAN PERTAMA iaitu satu keping 25g GOLD COIN 999 dengan harga RM 3,352.25.

-Ana juga akan dikenakan kos upah simpan sebanyak 1% daripada harga semasa produk yang di-GKA-kan iaitu sebanyak RM 67.05.

-Ini bermakna ana akan mempunyai baki sebanyak RM 745.40 ((RM 4,164.70 - RM 3,352.25 - RM 67.05) dan ana juga akan mendapat satu keping 25g GOLD COIN 999.

- BAKI yang perolehi adalah KEUNTUNGAN ana. Jadi, untuk KEUNTUNGAN  LANGKAH KEEMPAT adalah RM 745.40.



LANGKAH KELIMA


-Kini di tangan ana mempunyai satu keping 25g GOLD COIN 999 (yang diperoleh daripada LANGKAH KEEMPAT).

-Harga semasa bagi satu keping 25g GOLD COIN 999 adalah RM 6,704.50.

- Ana akan menjual satu keping 25g GOLD COIN ini kepada Syarikat Amsyiq Gold dan ana akan mendapat wang sebanyak RM 6,369.27. (untuk menjual balik kepada Amsyiq Gold rujuk jadual harga bahagian WE BUY)


KIRAAN KEUNTUNGAN


JUMLAH KEUNTUNGAN = Keuntungan LANGKAH PERTAMA + Keuntungan LANGKAH KEDUA+ Keuntungan LANGKAH KETIGA + Keuntungan LANGKAH KEEMPAT + Keuntungan LANGKAH KELIMA - JUMLAH MODAL

= RM 242.61 + RM 255.10 + RM 308.13 + RM 745.40 + RM 6,369.27 -  RM 5,088.61
= RM 2,720.51

PERATUSAN KEUNTUNGAN = JUMLAH KEUNTUNGAN / JUMLAH MODAL X 100%

= RM 2,720.51 / RM 5,088.61 X 100%
= 52%


Sekian sahaja perkongsian ana di dalam post yang panjang ini. Harap antum dapat memahami dan fikir-fikirkanlah untuk bertukar kepada simpanan menggunakan Dinar dan DIrham.

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..

http://signatures.mylivesignature.com/54489/341/CFABDB2323FDFA6232C6D1B87BE23BE6.png

1 ulasan:

  1. GKA pakai konsep aqad jual beli tetapi ada pinjaman kepada pengadai? ada dua resit ke untuk tunjuk ada 2 akad?

    BalasPadam



TV9