Imam malik r.h apabila dikemukakan kepadanya beratus soalan,
hanya beberapa soalan sahaja yang dijawabnya.
Dalam c-box dan artikel bukan semua soalan pelanggan kami, misti kami jawab. Dan banyak juga yang kami jawab, pelanggan kami tidak puas hati dengan jawaban kami. Ada juga nak kami jawab seperti yang dah ada dalam mindanya. Kalau tak sama, dia tak boleh terima. Ada juga bila kami jawab secara telus dari hati kami, ada yang mencarutkan kami.
Ada perkara lebih sesuai dijawab secara face to face. Ada yang memada boleh dijawab melaui c-box atau dalam comment post. Kami akan menjawab berdasarkan kesesuaian. Kalau kami tak jawab dalam c-box, apa salahnya telefon saja kami.
Kami juga telah memberi peluang yang banyak untuk berjumpa kami. Dalam kelas ilmu emas kami di setiap sabtu, di seksen 7, Shah Alam, di setiap “seminar ilmu emas AG” di setiap cawangan dan negeri yang kami turun. Jumpalah kami. Kami mengutamakan muamalah yang berdepan. Tanya kami secara empat mata pun boleh. Kalau benar nak cari yang baik. Kalau soal-soal di c-box. Kenal pun tak kenal. Soal je banyak. Hasilnya tak tahu apa. Komen aje banyak , kita jawab pendek tak puas hati. Jawab panjang di carutnya kita, tak puas hati juga. Kita diam tak jawab dikatanya kita tak layan.
Kalau nak ikut semua kehendak orang samalah seperti cerita lokman al Hakim; Satu ketika Lokman berjalan bersama anaknya dengan seekor kaldai. Mula-mula lokman yang naik atas kaldai. Anaknya yang dibawah menarik keldai tersebut. Orang bercakap: “adakah patut anak yang menarik keldai”. Lokman pula turun, anaknya di atas. Orang bercakap: “adakah patut bapa diperkuli menarik keldai, anak pula jadi tuan”.Kali ini pula kedua-dua mereka naik keatas keldai. Orang juga bercakap: “sampai hati mereka ni. Dua orang naik seekor keldai”. Rasanya kalau kedua-dua mereka yang memikul keldai lagilah orang berkata : “mereka gila kot”.Akhirnya kedua-dua turun kebawah bersama bapanya. Orang bercakap: “bodoh benar mereka ada kenderaan tak naik”.
Kesimpulannya:
Kalau nak puaskan hati orang, takkan dapat kita memuaskan mereka semua sekali. Orang yang berpuas hati dengan kita akan menerima kelemahan kita walaupun banyak. Orang sana tak puas hati dengan kita mengorek dan mendedahkan kelemahan kita walau pun kecil. Itu biasalah , kami kena terima.
Kami hanya dapat menyarankan perkara yang halal dan yang halallah perlu kita utamakan. Perkara-perkara sunat adalah menyokong. Hanya kerana admin tak jawab detail, ada yang nak tinggalkan kita, nak beli ke ASBlah, ada yang kata syarikat non Islam itu lagi baiklah. Kita nak kata apa (kita jawab macam ini pun orang kata, jawab macam endak tak endak aje).
Kita memang tak boleh jawab macam yang dikehendaki oleh orang yang bertanya. Lagi pun saya bukan ahli nujum yang boleh tahu apa jawaban yang dikehendaki penyoal. Lagi pun medan nak jumpa admin ada. Nak jumpa admin tak ada protokal pun. Any time. Paling tidak boleh telefon. Setiap Sabtu setelah road show ke cawangan-cawangan selesai, pastinya boleh temui saya di seksen 7, Shah Alam.
TERBAIK USTAZ..
BalasPadamyang tanya banyak tu pasal dalam fikiran depa mcm mana nak jadi kaya ikut jalan pintas....bukan nk fikir cara muamalat patuh syariah dan bagaimana nak naikkan ekonomi umat islam.teruskan usaha ustaz
BalasPadamDalam bisnes mmg terpaksa berdepan dgn pelanggan yg mcm2 ragam. Sampai mencarut2 tu, anggap jelah itu resmi keluarga di mana dia dibesarkan. Bagi saya AG merupakan satu jihad ekonomi di mana AG berkongsi kekayaan dgn semua org. Bukan kaut kekayaan sorang2, itu yg saya suka. Harapan saya dan seluruh umat Islam di Malaysia semoga AG dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatannya terutama bila dah berduyun2 org join AG. =) Jangan tak menang tangan pulak ya...
BalasPadam