| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 30 Januari 2012

ABDUL RAHMAN B. AUF JUTAWAN ISLAM YANG MENUMPASKAN EKONOMI YAHUDI MADINAH

Dalam ceramah emas saya, selalu saya mengulang-ulang ingatan saya untuk membetulkan pandangan kebanyakan umat Islam terhadap dunia. Mereka menganggap dunia sebagai najis, dunia penjara bagi orang mukmin, syurga bagi orang kafir. “ Kita jangan kaya”. “Biarkan kekayaan itu milik orang kafir”. “Kita hendaklah zuhud”. “Abdul Rahman bin Auf lambat masuk syurga lambat masuk syurga kerana kekayaan menghambatnya”

Inilah punca kemunduran umat Islam. Mereka memilih hidup zuhud sebelum kaya. Sedangkan para sahabat zuhud sesudah kaya. Mereka sampai hati menuduh Abdul Rahman b Auf antara sahabat yang lambat masuk syurga kerana kekayaannya. Sedangkan Abdul Rahman b Auf pakar bisnes Islam yang Berjaya menjatuhkan  penguasaan Yahudi terhadap ekonomi Madinah. Rasulullah memuji kepakaran beliau, kita pula sanggup menuduhnya demikian. Sepatutnya kita perlu melahirkan ramai orang sepertinya, seperti Abu bakar As Siddik, seperti Umar juga seperti Saidatana Khadijah r.a.

Abdul Rahman b. Auf adalah jutawan Islam di Madinah bersaing dengan Yahudi di Madinah. Amsyiq mahu mewarisi perjuangan Abdul Rahman b. Auf itu. Tetapi ramai umat Islam lebih suka menyokong Yahudi dari menyokong Abdul Rahman b. Auf dan pewarisnya, bahkan mereka suka mencemuh peribadi dan kekayaan Abdul Rahman b. Auf.

Untuk kita lebih mengenali Abdul Rahman b. Auf kebetulan dalam surat khabar metro keluaran 27 january dalam ruangan Ad Din ada ulasan kepada buku rahsia jutawan Islam Abdul Rahman b. Auf . saya bawakan disini untuk tatapan bersama

"Ulasan buku : Abdurrahman Jutawan Pemurah"


HARTA adalah milik mutlak Allah s.w.t dan manusia hanya pemegang amanah yang bertanggungjawab menguruskannya dengan cermat.

Harta dan limpahan kekayaan itu juga adalah bukti sifat pemurah Allah kepada manusia. Allah berfirman yang bermaksud: “Kepada setiap golongan, baik golongan ini mahupun golongan itu. Kami berikan bantuan daripada kemurahan Tuhan kamu. Dan kemurahan Tuhan kamu tidak dapat dihalangi.” (Surah al-Israk ayat 20)

Umat Islam perlu bijak mengurus kehidupan di dunia supaya ia seimbang dengan kehidupan di akhirat kelak. Memiliki kekayaan yang diberkati dapat memberikan ketenangan jiwa dan minda yang hakiki kepada pemiliknya.

Allah sudah menetapkan rezeki seseorang itu sejak azali.

Bagaimanapun, ada tidak yakin dengan rezeki dijanjikan sehingga mendorong mereka berputus asa atau terbabit kemungkaran seperti mencuri dan rasuah.

Kejayaan yang ditunjukkan sahabat nabi, Abdul Rahman bin Auf bermula daripada hati kerana beliau tidak berharap kepada bantuan dan belas kasihan orang lain.

Abdul Rahman bin Auf bermula dengan sikap suka berdikari. Sikap itu adalah sikap bagi orang luar biasa kerana tidak mahu bergantung harap terhadap orang lain.

Betapa tingginya kekuatan dalaman yang dimiliki Abdul Rahman bin Auf apabila meninggalkan harta di Makkah dan berhijrah ke Madinah dengan sehelai sepinggang.

Menerusi buku ini, pembaca dapat mengenal pasti bagaimana Abdul Rahman bin Auf mampu bergelar jutawan dalam masa 10 tahun dan seterusnya bertambah kaya dalam masa 32 tahun.

Beliau mempelajari kemahiran berniaga secara langsung daripada keluarga dan kaumnya yang sudah sebati dengan dunia perniagaan iaitu Bani Zuhrah. Antara aktiviti perniagaannya ialah perdagangan, jualan borong dan import serta eksport.

Beliau mempunyai kenalan daripada golongan usahawan antaranya Abu Bakar As-Siddiq yang mengajaknya memeluk Islam.

Antara sumbangan besarnya kepada Islam ialah ketika Perang Tabuk apabila beliau menyumbangkan 200 tahil emas, 500 kuda perang dan 1,500 unta tunggangan.

Selain itu, beliau turut menjual tanah dengan harga 40 dinar dan dibahagikan kepada Bani Zuhrah, isteri Nabi Muhammad, anak yatim dan fakir miskin. Anggaran kekayaan milik Abdul Rahman bin Auf sebanyak RM107 juta.

Pada setiap bab, penulis meletakkan panduan asas daripada al-Quran, sunnah dan fikah sirah sebagai rujukan pembaca. Pada akhir setiap bab, disediakan Tip Bisnes 60 Saat dan Modul Tijari untuk kefahaman yang lebih jelas.

Ruangan ‘Dari Perspektif Bisnes’ pula dapat membantu pembaca memahami strategi yang konstruktif untuk diamalkan.

Muhasabah dan perbandingan kepada strategi semasa yang dipraktikkan pembaca penting dilakukan supaya usaha pembaharuan (islah) dan penambahbaikan menjadi lebih berjaya.


Tajuk: Rahsia Jutawan Islam Abdul Rahman Bin Auf
Penulis: Aizuddinur Zakaria
Penerbit: PTS Millenia Sdn Bhd
Cetakan: Pertama
Harga: RM25 (Semenanjung) RM28 (Sabah dan Sarawak)

6 ulasan:

  1. Mana boleh beli buku nie.....?!

    BalasPadam
  2. takkan Amsyiq je nak jadi Abdul Rahman b Auf, saya pun nak jugak... :o)

    BalasPadam
  3. YA ...UMAT ISLAM MESTI KAYA DAN BERJAYA

    BalasPadam
  4. YA ...UMAT ISLAM SEMESTINYA KAYA DAN BERJAYA..

    BalasPadam
  5. Mari bersama menegakkan ekonomi ummah

    BalasPadam



TV9