| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 11 Januari 2012

KULIAH TAFSIR

KULIAH TAFSIR- 10/1/12 lps maghrib hingga 9.30 mlm)
Bilik mesyuarat Masjid Negeri Selangor
Sikap ahl al kitab terhadap Al Quran dan nabi  
(rujuk al Baqarah ayat 174-176)

Makna

Sesungguhnya orang yang menyembunyikan apa yang Allah turunkan iaitu kitab yang diturunkan kepada mereka yang menceritakan sifat nabi s.a.w dan zaman baginda dan yang lain perkara yang menyaksikan kebenaran kenabian baginda dan kesempurnaan risalahnya. Mereka lakukan semua itu kerana hendak menjaga kepimpinan yang memenipu dan kebendaan yang palsu. Kamu lihat mereka menjual kebaikan  dan petunjuk dengan harga yang murah, sedikit dan tidak berguna. 

Mereka jauh tersasar dalam kesesatan. Mereka tidak makan dalam perut mereka melainkan perkara-perkara yang membawa mereka masuk kedalam neraka. Dan kerana kemurkaan Allah keatas mereka, Allah tidak bercakap dengan mereka. Dan Allah tidak memuji mereka sebagaimana Allah memuji penghuni Syurga. Sementara bagi orang yang kafir azab yang pedih yang menyeksanya di dunia dan akhirat.

Kemudian Allah menyebut kali kedua  dalil yang menerangkan tentang  mereka terjerumus di dalam kjesesatan. Maka mereka telah menukar petunjuk dengan kesesatan, maka layaklah mereka menerima azab sebagai ganti daripada keampunan. Sangat menghairankan keberanian mereka melakukan perkara-perkar yang membawa masuk kedalam neraka tanpa rasa takut. Itulah azab yang berat yang menimpa mereka, kerana Allah menurunkan kitab membawa kebenaran. Dan orang-orang yang berdselisih tentang kitab dengan mengatakan sebahagian kitab itu benar dan sebahagian lain itu batil, benar-benar berada dalam perselisihan yang jauh daripada kebenaran.

Tujuan ayat

Menceritakan tentang orang yang menyembunyikan sifat-sifat nabi s.a.w yang disebut dalam taurat dan balasannya. Ini merupakan amaran yang kuat terhadap orang yang menyembunyikan apa yang Allah turunkan ke atas rasulnya
 .

PERUBATAN ISLAM
Khasiat madu lebah asli
1- Dapat mengubat penyakit dalam perut
2- Dapat membuang kekotoran yang terdapat di dalam usus kecil dan besarb (perut)
3- Dapat mengubati penyakit ketagihan dadah. Caranya madu dicampurkan dengan minyak / air bunga mawar yang panas lalu diminum
4- Dapat melawaskan buang air besar
5- Boleh mencerahkan mata. Caranya lumurkan ke bahagian kening/alis mata
6- Boleh memutihkan gigi dan menguatkannya dengan menjadikannya ubat gigi.
7- Menghilangkan penyakit banyak kahak
8- Menghilangkan kesan-kesan pati candu rokok yang melekat di bahagian paru-paru
9- Mencerdaskan otak kanak-kanak
10- Menghilangkan kesan terkena api, air panas dan minyak panas. Sapukannya ke tempat yang terlibat
11- Sesuai untuk mengubati setiap penyakit. Caranya ambil air hangat dan campurkan madu 2 sudu besar kacaukan lalu minum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9