| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Isnin, 20 Februari 2012

GKA tidak sama dengan merempit emas cara syarikat lain

Ramai bertanya kepada kami perbezaan antara GKA dengan merempit emas cara syarikat lain. Pada mulanya kami tak hendak nak buat perbezaan ini. AG cara AG. Selain AG cara mereka. Tetapi apabila ada yang menjual nama kami. Contohnya ada syarikat mendakwa kaedah 30:70 yang mereka amalkan sama seperti yang diamalkan oleh Amsyiq, kami terpaksa menafikannya . Begitu juga merempit emas cara mereka sama dengan GKA Amsyiq. Disini kami turunkan beza antara keduanya seperti butiran berikut:

PERBEZAAN MEREMPIT EMAS DENGAN KAEDAH GKA AMSYIQ
Merempit emas cara syarikat lain
Kaedah GKA
Kena beli dengan syarikat, gadaikan kepada bank lain
Semuanya beli dan gadai dengan AG
Dikenakan upah simpan perbulan
Hanya dikenakan 1% daripada harga emas ketika tebus
Setiap lapisan memerlukan satu hari, contoh tujuh lapis memerlukan tujuh hari untuk membuat
Semua lapisan gadaian dan pembelian dalam satu hingga dua jam sahaja
Untuk gadaian melalui peroses mengeluarkan emas dari sampulnya, menimbang atas desinimeter, timbang kering, timbang basah, dan mencari puritynya. Semua memerlukan masa
Semua peroses tersebut tidak perlu kerana emas-emas tersebut adalah peroduk kita
Merempit di bank sudah tidak boleh dibuat, kerana kebanyakan bank tidak menerima dinar, coin dan bar untuk dicagarkan
Proses GKA tidak memerlukan bank. Bank sentiasa tidak setuju dengan dinar emas, coin dan goldbar
Kaedah yang sama seperti GKA hanya untuk master dealer sahaja
Kaedah GKA terbuka
Upah bulanan boleh membebankan pelanggan. Kalau 1% sahaja dikenakan seperti oleh rahn koperasi, kalau enam bulan dah jadi 6%
GKA tak ada upah simpan bulanan
Kaedah 30:70 contoh kalau ada 20,000 beli 100gm, syarikat tambah lagi  200grm (40k) lagi. Bawa ke bank kemudian di Rahankan atas nama pembeli. Kaedah ini menguntungkan syarikat  kerana mereka dapat jual dengan kuantiti yang besar. Bank bayar kepada syarikat, tetapi yang berhutang adalah pembeli.
Kaedah ini bukan sahaja membebankan pembeli. Silap-silap tak terbayar semuanya tergadai. Bahkan hukumnya tidak sah kalau emas tersebut belum dipindah milik kepada pembeli sudah dirahankan atas nama pembeli.
AG tidak mengamalkan kaedah ini

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum.sy nk dptkn kepastian..dan tlg jelaskan agar sy memahaminya:
    1) seperti yg dikatakan diats, tiada upah simpan bulanan.adakah ini bermakna apabila sy mngadai 10gram dengan harga semasa rm2000 maka sy akan dpt 70% iaitu rm 1400.. jd..adakah sy perlu membyar upah simpan mngikut bulan cthnya..bg setiap rm100 upah simpan bulanan ada rm0.70..jd rm 2000 upah simpan adalah rm14??atau tiada upah sedemikian?

    BalasPadam
  2. mudah-mudahan GKA akan kekal sampai bila-bila...

    BalasPadam



TV9