Assalamualaikum.
Nama saya Mohammad Roes Bin Mohamed Kamaruddin. Saya mula menjadi agen
produk Amsyiq Gold pada 29 Mac 2011 dengan Dealer No. A0081.
Kenapa saya boleh tertarik dengan Amsyiq Gold?
Sebelum saya mengenali Amsyiq Gold, saya telah mula membuat simpanan
emas sejak awal bulan Jun 2010. Pada pertengahan bulan Mac 2011, saya
mendapat maklumat dari seorang sahabat berkenaan sebuah syarikat yang
menjual emas dan membenarkan emasnya dipajak tanpa upah simpan. Saya
yang sudah biasa memajakkan emas di ArRahnu seperti tidak percaya.
Saya tertarik dengan infomasi tersebut dan ingin tahu lebih lanjut.
Pada 29 Mac 2011, saya berjumpa dengan Syeikhulmaqari Hj Othman Hamzah
untuk bertanyakan tentang produk emas Amsyiq Gold. Beliau memberitahu
bahawa produk Amsyiq Gold diterima di ArRahnu bank tempatan jika
hendak dipajakkan. Sebagai alternatif, Amsyiq Gold juga menerima
produk emasnya untuk dipajakkan dengan kaedah yang dinamakan GKA.
Selepas berpuas hati dengan penjelasan beliau, saya membuat pembelian
pertama sebanyak RM10,000 dan layak menjadi agen produk Amsyiq Gold
dengan diskaun 1.5%. Kemudian, saya membuat GKA sebanyak 4 lapis dan
menerima 2.0% diskaun serta membawa pulang 3 keping 1 Dinar Darul
Ehsan.
Beberapa bulan selepas itu, bank tempatan yg mengendalikan ArRahnu
membuat polisi tidak menerima syiling dan bar emas untuk dipajakkan.
Oleh yang demikian, ramailah para pemajak emas tegar, terpinga-pinga
mencari alternatif untuk memajakkan emasnya yang bukan dari produk
Amsyiq Gold.
Saya membuat GKA kali ke-2 pada 21 April 2011 dengan modal RM15,000
dan 9 lapis GKA. Saya mendapat 2.5% diskaun dan membawa pulang 1
keping 1 Dinar Kuala Lumpur.
Selepas itu, saya membeli produk emas Amsyiq Gold secara berperingkat
dan menjualnya pada kenalan sehingga saya layak mendapat diskaun 3.0%.
Adakah GKA menguntungkan saya?
Ya. Sebagai pelabur emas ‘GKA’ menguntungkan saya.
Bagaimana GKA boleh menguntungkan saya ?
1. Saya tidak perlu membuang masa berulangalik ke ar-rahnu untuk
memajakkan emas (masih ada ArRahnu yang menerima syiling dan bar emas
tetapi bilangannya terhad). Masa tersebut boleh digunakan untuk
perkara yang lebih menguntungkan. GKA berlapis-lapis mengambil masa
lebih kurang 1 jam di pejabat Amsyiq Gold.
Contoh: Masa yang sepatutnya digunakan untuk memajak emas di ar-rahnu
berjam-jam boleh digunakan untuk mempromosi produk emas dan seterusnya
menjana pendapatan tambahan.
2. Saya boleh membeli emas dengan kuantiti (gram) yang banyak dengan
harga yang lebih rendah dalam satu masa.
Contoh: GKA pertama dengan RM10,000, saya boleh membeli emas bernilai RM25,500
GKA ke-2 dengan RM15,000, saya boleh membeli emas
bernilai RM46,400
3. Saya boleh menjimatkan wang upah simpan. Melalui GKA, saya hanya
perlu membayar 1% dari nilai semasa , semasa hendak menebus emas
saya.
Contoh: 1 resit GKA untuk 21 keping 1 Dinar KL 999 bernilai RM15,225
semasa beli. Nilai sekarang adalah RM842 x 21 = RM17,682. Jadi 1% =
176.82 (sudah setahun saya simpan di AG). Jika di ArRahnu, upah simpan
adalah RM15,225 x 0.75/100 = RM114.19 selama sebulan (RM1,370.28
setahun). Boleh jimat RM1,193.46
4. Saya boleh menggandakan keuntungan dengan menggunakan GKA.
Contoh: Jika tidak menggunakan GKA keuntungan dari modal RM25,000
adalah RM4,600.
Jika menggunakan GKA keuntungan dari modal RM25,000
adalah RM13,500.
(Pengiraannya sangat kompleks menggunakan excel sheet)
Keuntungan digandakan 13,500/4,600 = 2.93 kali (hampir 3 kali ganda)
Definasi GKA juga boleh saya ubah menjadi ‘Gandakan Keuntungan Anda’.
Semoga Amsyiq Gold boleh terus berkembang maju dengan kaedah lain yang
juga boleh menggandakan keuntungan seperti GKA2 dan JRA. Yang tak tahu
apa itu GKA2 dan JRA, boleh rujuk di
http://syeikhulmaqari.blogspot.com
Wassalam
Mohammad Roes Bin Mohamed Kamaruddin.
Dealer No. A0081 - Sungai Buloh, Selangor dan Selekoh, Bagan Datoh, Perak.
Contact No.: 019-2286590
IC No.: 800316-08-6011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan