| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 17 April 2012

Testimoni Haikal Arsyad

FROM:
·         Haiqal Arshad  
TO:
·         syeikhulmaqari@yahoo.com.my
Monday, 16 April 2012 12:42 PM
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Alhamdulillah.. Allah S.W.T telah menggerakkan hati saya untuk menutup akaun pelaburan yg telah difatwakan haram di Selangor dan seterusnya Allah S.W.T menggerakkan hati saya untuk beralih menyimpan aset dlm bentuk menyimpan Dinar dan Dirham.. Satu aset yang pastinya sentiasa bernilai.. Saya mula mengenali Amsyiq Gold ketika satu 'talk' yg diadakan di tmpt saya belajar pada bulan Julai tahun lalu, dan kemudiannya saya mengambil keputusan untuk menyertai AG pada bulan Oktober berikutnya.. Saya bermula dengan hanya membeli 5 keping Dinar Kuala Lumpur melalui wakalah AG - Ustz Zanizan Ismail - yang juga merupakan lepasan pelajar di tempat saya belajar..

Kemudian saya mengikuti pula satu 'talk AG' yang diadakan di Kg. Baru, K.L dan terus membuat GKA dengan bermodalkan 5 keping Dinar Kuala Lumpur tersebut. Saya bernasib baik kerana 'masa' ketika saya membeli dan membuat GKA itu adalah 'masa' yang paling sesuai kerana harga emas sedang mendadak jatuh selepas mencatatkan harga tertinggi semasa bulan September sebelumnya. Saya juga bernasib baik kerana dalam tempoh masa sebulan harga emas telah melonjak naik semula yang mana seandainya saya menebus semula GKA yg telah dibuat, saya akan mendapat keuntungan 3 - 5% daripada jumlah modal yang saya keluarkan. Tetapi, disebabkan saya baru sahaja sebulan masuk ke dalam dunia Dinar dan Dirham ini, saya masih lagi kekurangan pengalaman dan pengetahuan tentang perkara ini dan menyebabkan saya tidak menebus GKA tersebut.

Dalam masa yang sama, saya memperkenalkan AG kepada keluarga dan saudara terdekat saya. Saya juga menerangkan kaedah GKA kepada mereka dan berjaya meyakinkan mereka terhadap kaedah GKA yang dilaksanakan oleh AG ini. Akhirnya, saya diberi kepercayaan untuk menguruskan wang sebanyak 15K bagi menggunakan GKA. Alhamdulillah..  Sekali lagi saya bernasib baik kerana dapat membuat GKA pada awal tahun ini iaitu ketika harga emas sedang merudum jatuh dengan menggunakan wang tersebut. Saya juga telah bergelar sebagai Master Dealer AG (2.5%) dalam masa kurang daripada 6 bulan sejak masuk ke dunia Dinar dan Dirham ini. Walaupun umur saya belum mencecah 20-an lagi, tapi saya telah berjaya menjadi Master Dealer melalui penggunaan GKA ini dengan modal asal hanya 20K.

Seperti yang kita semua maklum, GKA yang di perkenalkan oleh AG mempunyai banyak kelebihan tersendiri. Antaranya termasuklah :
1. Satu Sistem Pelaburan yang menepati Syariah - Teknik akad jual dan beli yang digunakan dalam akad GKA bagi menggantikan akad rahan menjadikan ianya satu pelaburan yang menepati syariah.
2. Tidak mempunyai kos upah simpan per bulan - melalui GKA, saya hanya dikenakan kos perkhidmatan 1% sahaja daripada nilai semasa ketika menebus semula GKA berbanding dengan teknik merempit emas yg pastinya dikenakan kos upah simpan perbulan.
3. Menjimatkan masa - saya dapat membuat banyak (6-9) lapisan GKA hanya dlm 1 - 2 jam sahaja berbanding teknik merempit emas yang menggunakan 3-4 hari bekerja.
4. Dapat menggandakan Aset emas yang dimiliki - saya dapat mennggandakan aset emas saya sehingga bernilai lebih daripada 54K walaupun modal asal saya hanyalah 20K.
5. Berpeluang menjadi Basic Dealer (1.5%) walaupun dengan modal 5K - saya mula menjadi Basic Dealer dengan hanya bermodalkan 5K dan di-GKA-kan, sebelum menjadi Master Dealer dengan tambahan modal 15K dan di-GKA-kan. Jika dengan pembelian biasa, saya perlu membuat belian sebanyak 50K barulah dpt menjadi Master Dealer.

Disamping itu, Amsyiq Gold mempunyai satu kelebihan lain yang dpt memberi keuntungan yang banyak kepada pengguna GKA. Kelebihan yang saya maksudkan adalah spread harga jual dan beli Amsyiq hanyalah 5% sahaja. Ini merupakan satu kelebihan besar yang ada pada AG. Berdasarkan spread harga jual dan beli sebanyak 5% ini, saya dapat mengira jangkaan keuntungan sehingga 60% dengan kenaikan harga emas dunia sebanyak 30%. Jangkaan keuntungan ini akan mengecil SEANDAINYA spread harga jual dan beli Amsyiq adalah sebanyak 8% (jangkaan keuntungan adalah hanya 50%) atau 10% (jangkaan keuntungan adalah hanya 42%). Di sini jelas menunjukkan walaupun hanya kenaikan sebanyak 3% sahaja pada spread harga jual dan beli, ianya akan mengurangkan sebanyak 10% keuntungan. Perkara ini pastinya berlaku kepada pelanggan syarikat-syarikat lain yang terpaksa menanggung perbezaan spread harga jual dan beli yang tinggi iaitu antara 8%-15%.

Sekian sahaja kupasan saya untuk testimoni GKA Amsyiq Gold. Cukuplah rasanya saya kemukakan 5 kelebihan GKA + 1 kelebihan AG yang menjadikan pengguna GKA bertambah untung. Saya berharap AG akan sentiasa terus maju disamping dpt membantu meningkatkan ekonomi umat Islam khususnya di Malaysia ini.

Assalamualaikum..

Nama : Muhammad Haiqal Bin Mohammad Arshad
No. I/C : 930517-14-6127
Master Dealer AG : A 0285 - Kuala Lumpur
No. Tel : 013-3710559

4 ulasan:

  1. salam saudara haiqal, anta ni pelajar darul quran kuala kubu ker? ana dah baca satement anta tentang GKA, sungguh ana masih xfaham bagaimana ia boleh berganda dari sepuluh keping berganda lebih dari sepuluh keping. sungguh ana masih xfaham

    BalasPadam
  2. salam, saudara haiqal, anta ni pelajar darul quran kuala kubu ker? dan ana nak tanya tentang GKA, ana masih tidak faham bagaimana pulak emas tu boleh berganda, dgn sebb kita tambah beli emas ia akan bertambah. bagaimana kita simpan dgn menggunakan teknik GKA emas kita akan bertambah? mohon penjelasan.. ana sgt berminat

    BalasPadam
  3. yg ana pham..lepas kita beli emas AG..kemudian kita gadai semula(sistem GKA) kepada AG..kita akan dapat 65%-70% drpd emas yg kita gadai itu..kemudian duit hasil gadaian yg kita lakukan..kita akan beli emas lg kpd AG..kemudian kita gadai lg (sistem GKA)..kita akan dapat 65%-70% drpd emas yg kita gadaikan..begitu lah proses nye berlaku sehingga duit kita tidak mencukupi utk membeli emas lg..hasil pembelian emas itu yg dimaksudkan EMAS kita bertambah..wallahua'lam..slah tlong betulkan..

    BalasPadam



TV9