| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Jumaat, 4 Mei 2012

Anugerah Tokoh


By
290 views 
SHAH ALAM,21 APRIL : Ahli Jawatankuasa Masjid Selangor perlu menghidupkan masjid dengan menjadi pemimpin contoh dan menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat setempat.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata AJK masjid perlu menunaikan tanggungjawab mereka kepada masyarakat dengan mengimarahkan masjid.
“Sepatutnya,kita khususnya masyarat setempat, seharusnya berlumba-lumba memaanfaatkan masjid.
“Jauhilah perpecahan dan pertelingkahan di dalam masjid, sebaliknya uruslah masjid dengan berhemah,tanggungjawab dan mesra pengguna,” kata Abdul Khalid berucap di Masjid Negeri di sini semalam.
Beliau berucap di Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil Masjid Negeri Sesi 2011 berkata sewajarnya.
Dalam majlis itu, Abdul Khalid menyampaikan sijil kepada 560 pelajar dalam bidang Talaqi Al-Quran, Taranum, Pengajian Syariah dan Pengajian Bahasa Arab.

Abdul Khalid juga menyampaikan anugerah dan cendermata kepada Tokoh Pendakwah Selangor 2011 Othman Hamzah dan Tokoh Ilmuan Selangor 2011 kepada Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri.

Anugerah tersebut bagi menghargai jasa dan sumbangan mereka di dalam usaha dakwah dan penyebaran ilmu Islam.
Program Pengajian Bersijil adalah salah satu program di bawah kelolaan Unit Pengajian dan Pendidikan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Pengajian Bersijil telah dijalankan hampir sembilan tahun dan telah melahirkan lebih 400 graduan setiap tahun.
Sementara itu, Dr Zulkifli menyambut baik program ini sebagai langkah Masjid Negeri dalam menyediakan pengajian sepanjang hayat.
“Alhamdulillah , saya merasakan penghargaan ini sebagai satu anugerah dan yang lebih besar daripada itu sebagai satu amanah.
“Yang semestinya saya terus menekuni ilmu dan menyebarkan kepada ummah mudah-mudahan ia akan memberikan manfaat kepada kita semua,” kata beliau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9