| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 8 Julai 2012

Aku sahut panggilanMu pimpinlah hambaMu menjadi bagai abdurrahman b. Auf


22 Jun hinggan 4 Julai saya dipanggil tuhan menjadi tetamunya menunaikan UMrah di tanah suci setelah disebukkan dengan belajar. “Labbaika Umratan”. Aku sahut panggilan umrahMU.
Pemergian ini bagikan refresh semula kepada quwwah Imaniah sebagai persediaan menghadapi Ramadhan yang hampir mendatang dan sebagai ushawan gentunya sangat mengharap bantuan Allah yang menurunkan rezeki dari langit, yang mengeluarkan dari bumi, dan yang jika jauh ia dekatkan.
Semasa di Madinah Rasul penulis sempat menziarah “Raudhah”. Umat Islam berpusu-pusu berdoa disana untuk mendapatkan mustajab doa. Ditempat ini para sahabat yang hidup sederhana mengabdikan diri mendengar dan mencatat setiap hadis yang disampaikan rasul. Mereka dikenali sebagai ahli Suffah.
Ketika menziarahi perkuburan Baqqi’ menerapongkan perasaan penulis tentang pengorbanan sahabat terdahulu mempertahan dan memperkembangkan Islam. “Assalamualikum Ya Ahla Qaummin Mukminin. Wa Inna InsyaAllahu bikum Lahiqun”.  Ya kami pasti menuruti kamu. Mudah-mudahan kami menemui Allah dengan iman.
Kesempatan menziarahi Jbal Uhud tempat medan Uhud..Disini dimakamkan syuhada’ uhud.  Assalamnualaikum wahai Syuha’ Uhud. Kamu tidak mati, bahkan hidup dan mendapat rezeki disisi Alah s.w.t. Kalau mereka diberi peluang, mau sahaja memeberitahu orang terkemudian “ janganlah kamu berasa takut dan jangan kamu berasa dukacita. 
Meninggalkan Madinah untuk umrah ke Mekkah dimulakan dengan Wada’ (perpisahan dengan nabi s.a.w. selamat tinggal ya  Rasulullah. Mudah-nudahan ini bukanlah  kali terakhir untuk bertemu lagi disini.
Di “Bir Ali” meniatkan ihram umrah sambil memakain pakaian Ihram yang tidak berjahit pasrah kepada Allah, mengingatkan kekerdilan diri yang pbergelumang dosa dan kecuaian ini. Wahai tuhan kami datang menyahut seruan umrahmu. Kami dating. Tiada sekutu bagiMu . sesungguhnya segala pujian. Segala nikmat milikmu. Pakaian ihram ini mengingatkan kami kepada pakaian kematian ketika kami dijemput menemuiMu nanti. Sesungguhnya kami dari Allah dan akan kembali kepadaNya nanti. Ampun segala dosa kami.
Ketika sampai di haramMu. Wahai Allah Engkau adalah kesejahteraan . DariMu kesejahteraan. KepadaMu kesejahteraan dan kepadaMu kembalinya kesejahteraan. Hidupkanlah kami wahai Allah dengan kesejahteraan dan masukkanlah kami Negara kesejahteraan. Engkau Maha Agong dan Engkau Maha Tinggi Wahai Tuhan yang Maha Agong lagi Mulia.
Memasuki Mesjid al Haram melihat Ka’bahMu, terasa kebesaran, kemuliaan dan kehebatan Baitullah. Engkau tambahkan kelebihan ini juga kepada orang mengerjakan haji dan umrah. Sewaktu memulakan tawaf : aku tawaf di rumahMu Baitil Haram 7 kali Tawaf Umrah kerana Allah. Memuji , mengagong dan berdoa kepada Allah Taala. Di penjuru Yamani memberi isayarat mengucup rukun Yamani Bismillah Allahu Akbar. Kemudian berdoa : Wahai Tuhan kurniakan kepada kami kebaikan didunia dan di akhirat dan jauhkan kami azab api neraka. Masukkan kami kedalam syurgaMu bersama golongan yang abrar, wahai tuhan yang perkasa, Wahai Tuahn yang Maha Pengampun, Wahai Tuhan sekelian alam. Tiap kali tawaf mengelilingi terasa bahu memikul dosa ampunkanlah wahai tuhan. Terasa beratnya kehidupan dunia ini, permudahkanlah wahai tuhan.
Berdoa di multazam dan solat dibelakang Maqam Ibrahim terasa hampirnya diri kepadaMu. Ampunkan dosa hambaMu dan sampaikan segala hajat hambaMu ini.
Melanjutkan umrah mendaki bukit Safa memulakan Saie : Aku Saie antara  Safa dan Marwah tujuh kali Saie umrah keranaMu Allah.sesungguhnya Safa dan Marwah antara syiar Allah. Sesiapa menunaikan haji ke Baitillah dan berumrah , maka dibolehkan bersaie antara keduanya.Sesiapa secara sukarela melakukan kebaikan maka sesungguhnya Allah Maha Penerima orang yang bersyukur dan Maha Mengetahui. Berlari-lari anak ditempat yang ditentukan mengingatkan sejarah siti Hajar mencari air untuk puteranya Ismail: Wahai Tuhan ampunkanlah, kasihkanlah, muliakanlah dan ampunkanlah dosa kami apa yang kamu tahu yang kami tak tahu. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha mulia.
SelesaiSaie tujuh kali, melakukan tahallul dengan menggunting rambut sebagai simbul lepas dari larangan ihram. Membotakkan kepala mudah-mudaham Allah hapuskan dosaku seperti gugurnya rambut dari kepala.
Kesempatan menziarahi Ja’ranah dan Tan’im digunakan untuk membuat umrah untuk ibu dan ayah yang telah kembali menemui Allah, moga Allah merahmati menempatkan bersama golongan yang abrar.
Akhir sekali setelah membeli sedikit banyak barangan hadiah untuk hadiah kepada saudaramara. Sebelum bertolak ke airport melakukan tawaf wada’: Selesai tawaf berdoa kepada Allah : Wahai Allah janganlah engkau jadikan ziarah ini yang terakhir. Sekiranya Engkau jadikan ini sebagai ziarah terakhir gantikanlah ia dengan syurga.
Dua belas hari berada di haramain diharapkan dapat mendekatkan diri kepada Allah. Bermesra dengan kitabMu. Mudah-mudahan menjadi bekalan dalam menjalankan tugas harian di Amsyiq nanti.
“Ya Allah ampunilah dosa-dosa hambaMu. Aku bersyukur di atas segala nikmat yang telah kurniakan. Murahkan rezeki hambMu ini. Kembangkan dan majukan perniagaan hambaMu.Jauhkan daripada bala dan kerugian serta hasad dengki manusia. Pimpinlah hambaMu menjadi Ghani yang bertakwa bagiakn Abdurrahman b Auf. Engkau Maha Mendengar  dan Mengkabulkan doa”
Salam hormat
Othman Hamzah
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9