| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 26 September 2012

Bila ar Rahn AG Beroperasi

Admin dihubungi : bila ar Rahn AG akan beroperasi. Ikuti perbualan telefon Ahmad (bukan nama sebenar) dengan admin.

Ahmad: apakah status AG terhadap senarai BNM ?
Admin: Sebagai jawabannya : Secara bertulis AG masih dalam senarai, tetapi secara verbal AG akan dikeluarkan apabila AG mengemukan lesen ar Rahn kepada BNM.

Ahmad: Dulu AG menjanjikan tiga bulan untuk tertubuhnya rahnu AG. Adakah ini strategi perniagaan?
Admin: Ini adalah sebenar. Kami pun minta bantuan konsultan untuk menubuhkan ar Rahnu ini. Mereka kata dalam tiga bulan, kami katalah tiga bulan.

Ahmad:Kenapa tidak mula lagi Rahnu Ag?
Admin: Prosedur untuk menubuhkan ar Rahnu mestilah dibawah koperasi. Pada hari sabtu ini 29 haribulan adalah tarikh mesyuarat agung pertama Koperasi KUKUH Selangor Bhd. Dibawah KUKUH inilah nanti aktiviti ar Rahn. 

Ahmad: diluar sana dalam blog-blog, seminar-seminar ada yang kata AG dipantau, dibeku, blacklist dan seumpamanya, betulke?
Admin: Kalau beku, blacklist dan sebagainya sudah tentu kami tak boleh beroperasi. Rasanya kami boleh saman mereka?

Kenapa AG tidak menyatakan kepada umum secara jelas? Kenapa tak saman? Kami tak hendak mendahului BNM. Tapi saudara dan lain-lain mengasak saya, sekarang saya terpaksa jawab. Bab saman ni tunggulah bila kami dah dikeluarkan…… ini pun harap BNM jangan salahkan kami tapi hilang sabar jugalah kami…..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9