| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Selasa, 18 September 2012

Buku "Rahsia Bagaimana Menjadi Perawat Islam Dan Berubat Perubatan Islam Telah Sedia Dijual Secara e-buku Dalam Bentuk PDF

Atas permintaan orang ramai semua buku buku susunan syeikhulmaqari Hj. Othman Hamzah yang mendedahkan rahsia bagaimana menjadi perawat Islam dan berubat perubatan Islam sebanyak 21 siri boleh anda dapati sekarang secara ebook dalam bentuk PDF. Kami akan kirimkan terus kepada e-mail anda. Setiap 40 muka surat berharga RM 20.

Untuk laporan awal sebanyak 30 mukasurat kami berikan secara percuma. Sesiapa yang mahukan laporan percuma ini sila berikan email anda send kepada 0192903165.

Seterusnya sekiranya anda berminat untuk seterusnya :
 smskan nama dan e mail anda sendkan kepada 0192903165. 
opss.. jangan lupa bayaran melalui transfer bank kepada  
CIMB Bank no: 12220003485208 


Buku-buku tersebut hakcipta terpelihara seperti berikut.

Buku satu: Buku Latihan Rawatan Islam Modul Asas Satu
Buku ini membicarakan perkara-perkara asas berkaitan perubatan qurani khususnya dalam merawat penyakit rohani seperti rasukan jin, sihir dan saka,pra syarat seorang perawat, peringkat-peringkat rawatan, cara merawat. Juga disertakan ruqyah qurani dan wirid-wirid merawat, cara memagar dan menghalau jin dari rumah.

Buku dua: Buku Latihan Rawatan Islam Modul Asas Dua
Buku ini membicarakan perkara-perkara asas berkaitan sihir, jenis-jenisnya dan cara pelbagai merungkai dan menyembuhkan nya. Buku ini juga disertakan wirid-wirid merawat, dan bertarung dengan syaiton yang digunakan ketika merawat pesakit sihir.

Buku tiga : Buku Amalan- amalan dan doa bagi penderita penyakit jin, sihir, penyakit jiwa, penyakit hati dan lain-lain
Buku ”Amalan-amalan dan doa bagi penderita Penyakit Jin, Sihir, dan Penyakit jiwa” ini adalah karya terjemahan dari Kitab asalnya :
((العلاج بالرقي من الكتاب والسنة)) “Rawatan dengan ruqyah dari Al Quran dan As Sunnah” oleh Dr. Sa’id bin Ali Fahaf al Qahthani.
Dalam buku ini, amalan-amalan zikir dan wirid adalah dari Al Quran alKarim dan As Sunnah, untuk diamalkan oleh penderita penyakit sihir, terkena ain, rasukan jin, sakit jiwa,merawat luka, musibah, bimbang dan duka cita, merawat kesusahan, merawat gangguan tidur, demam, bisa binatang dan merawat marah. Juga dimuatkan rawatan dengan Habbatus Sauda’, madu, Air zam-zam. Di akhir kitab diterangkan cara merawat penyakit -penyakit hati.

Buku empat: Buku Wirid-wirid amalan untuk penyakit jin, sihir dan saka.
Semoga buku ini dapat dijadikan amalan oleh pesakit dan sebagai bahan untuk disarankan oleh perawat kepada pesakit mengamalkannya.
Dalam buku ini, dibawakan ayat-ayat Al Quran dan doa-doa nabawi untuk penderita bermula dengan wirid umum untuk semua penyakit rohani jin, sihir dan saka, wirid penderita sihir, wirid terkena ain dan hasad, wirid terkena rasukan dan gangguan jin dan wirid penyakit anggota dan biasa.

Buku Lima dan Enam: Buku Penyembuhan Qurani terhadap penyakit Rohani dan jasmani Siri (1)dan (2)
Dalam buku ini, kebanyakan amalan-amalan zikir dan wirid adalah dari Al Quran alKarim, Walaubagaimanapun ada jampi yang bukan dari Al Quran, penulis mempastikan jampi-jampi yang mengandungi makna yang jelas dan diterima. Penulis telah meninggalkan perkara-perkara yang samar supaya tidak ada keraguan dalam mengamalkannya.Perbahasan di peringkat awal buku ini telah menjelaskan pandangan ulamak tentang hukum menjampi.
Dalam buku ini turut memuatkan amalan penyembuh kanser, dan doa angin ahmar yang elok diamalkan oleh semua berdasarkan gesaan Rasulullah s.a.w. Di bahagian akhir buku ini penulis turut juga memperkatakan tentang perubatan menggunakan air zam-zam, madu, habbatus Sauda dan Za’tar.

Buku tujuh: Buku Wirid-wirid amalan perawat
Dalam buku ini disertakan wirid-wirid yang hendaklah diamalkan oleh perawat sebagai wirid harian untuk taqarrub (mendekatkan diri kepada Allah). Selepas dari itu wirid-wirid ini dapat diperaktikkan dalam sesi rawatan menghadapi jin-jin yang degil.

Buku Lapan: Buku Keadaan-keadaan yang dihadapi oleh perawat dan penyelesaiannya.
Dalam buku ini dibawakan pengalaman-pengalaman mendatang ketika melakukan sesi rawatan kepada pesakit, dan diikuti dengan cara-cara menghadapinya dan wirid-wirid serta zikir yang digunakan untuk menghadapinya.

Buku 11- Surah-surah menengking dan menghalau jin.
Untuk menghadapi jin yang degil bacalah surah-surah ini. Dengan izin Allah Jin-jin tersebut akan keluar.

Buku 12- Mendinding dan merungkai Sihir
Buku ini juga turut membicarakan amalan-amalan untuk merungkai sihir dan menyembuhkan penderitanya.

Buku 13- Wirid dan amalan pesakit Sihir Gila
Buku ini bertujuan untuk memudahkan pesakit sihir gila menggunakannya.
Selain buku ini untuk kegunaan perawat, ia juga boleh digunakan oleh sipesakit. Ayat-ayat Al Quran dalam buku ini disarankan dapat dijadikan amalan harian oleh pesakit sihir gila setelah mendapat sesi rawatan Qurani oleh perawat yang berkelayakan. Penyusun sangat meyakini wirid-wirid ini boleh menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai Insya Allah.

Buku 14- Wirid dan amalan pesakit Sihir Lesu
Selain buku ini untuk kegunaan perawat, ia juga boleh digunakan oleh sipesakit. Ayat-ayat Al Quran dalam buku ini disarankan dapat dijadikan amalan harian oleh pesakit sihir Lesu setelah mendapat sesi rawatan Qurani oleh perawat yang berkelayakan dan berpengalaman. Penyusun sangat meyakini wirid-wirid ini boleh menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai Insya Allah

Buku 15- Wirid dan amalan pesakit Sihir Suara Panggilan
Selain buku ini untuk kegunaan perawat, ia juga boleh digunakan oleh sipesakit. Ayat-ayat Al Quran dalam buku ini disarankan dapat dijadikan amalan harian oleh pesakit sihir suara panggilan, setelah mendapat sesi rawatan Qurani oleh perawat yang berkelayakan dan berpengalaman. Penyusun sangat meyakini wirid-wirid ini boleh menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai Insya Allah

Buku 16- Wirid dan amalan pesakit Sihir Penyakit
Selain buku ini untuk kegunaan perawat, ia juga boleh digunakan oleh sipesakit. Ayat-ayat Al Quran dalam buku ini disarankan dapat dijadikan amalan harian oleh pesakit sihir penyakit setelah mendapat sesi rawatan Qurani oleh perawat yang berkelayakan. Penyusun sangat meyakini wirid-wirid ini boleh menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai Insya Allah

Buku 17-Wirid dan amalan pesakit Sihir perceraian
Selain buku ini untuk kegunaan perawat, ia juga boleh digunakan oleh sipesakit. Ayat-ayat Al Quran dalam buku ini disarankan dapat dijadikan amalan harian oleh pesakit sihir perceraian setelah mendapat sesi rawatan Qurani oleh perawat yang berkelayakan. Penyusun sangat meyakini wirid-wirid ini boleh menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai Insya Allah

Buku 18-Wirid dan amalan pesakit Sihir Mahabbah.
Selain buku ini untuk kegunaan perawat, ia juga boleh digunakan oleh sipesakit. Ayat-ayat Al Quran dalam buku ini disarankan dapat dijadikan amalan harian oleh pesakit sihir guna-gpenyaa setelah mendapat sesi rawatan Qurani oleh perawat yang berkelayakan. Penyusun sangat meyakini wirid-wirid ini boleh menyembuhkan penyakit yang sedang dideritai Insya Allah

Buku 19- Wirid dan amalan pesakit Kanser
bertujuan untuk memudahkan pesakit Kanser menggunakannya.
Selain buku ini untuk kegunaan perawat, ia juga boleh digunakan oleh sipesakit. Ayat-ayat Al Quran dalam buku ini didsarankan dapat dijadikan amalan harian oleh pesakit kanser. Pengalaman penyusun mengamalkan wirid Qurani ini kepada pesakit Kanser melalui kaedah air zam-zam dengan izin Allah dapat meredakan dan mengurangkan penderitaan pesakit. Penyusun sangat meyakini wirid-wirid ini boleh menyembuhkan penyakit kanser Insya Allah

Buku 20- Amalan-amalan dan doa merawat
Dalam buku ini turut memuatkan surah Yasin, ayat-ayat Ruqyah, ayat-ayat membatalkan sihir, ayat-ayat hifz, ayat-ayat syifa’, ayat-ayat menggerunkan, ayat-ayat menakutkan, ayat-ayat menetapkan, ayat-ayat penenang, ayat-ayat maut, ayat-ayat tenteram yang digunakan dalam rawatan qurani amalan penyembuh kanser dan doa angin ahmar yang elok diamalkan oleh semua berdasarkan gesaan Rasulullah s.a.w. Buku ini khususnya diamalkan oleh pelatih-pelatih AMSYIQ.

Buku 21- Kunci Kelapangan
Dalam buku ini disusun amalan-amalan untuk melepaskan diri dari kesusahan yang menimpa. Kita tidak terlepas dari ditimpa perkara-perkara yang menyusahkan, samada secara fizikal atau ruhani atau kedua-duanya sekali. Dengan melakukan amalan-amalan ini dapat melapangkan dan melepaskan kita dari ujian dan mencana yang menimpa.

2 ulasan:



TV9