| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Ahad, 2 September 2012

Suruhan Menyimpan

Terdapat banyak dalil yang menyuruh kita merancang dan menyimpan harta untuk keperluan masa depan. Antaranya:

TADABBUR PERTAMA: Saad bin Abi Waqqas meriwayatkan:

“Pada masa haji Wada’. Rasulullah s.a.w menziarahiku semasa aku sedang sakit. Aku bertanya kepadanya: wahai Rasulullah aku memiliki harta yang banyak dan tidak ada yang mewarisi hartaku, kecuali anak perempuanku. Bolehkah aku menyedekahkan 2/3 daripada dari hartaku?.nabi menjawab: “tidak boleh”
Aku bertanya lagi: bagaimana kalau aku sedekahkan ½ dari hartaku ya Rasulullah. Nabi s.a.w menjawab: tidak boleh. Aku bertanya lagi: kalau 1/3. mendengar itu nabi bersabda: kalau 1/3 boleh, dan itu pun sudah banyak. Sebab seandainya kau meninggalkan mereka dalam keadaan papa, meminta-minta kepada manusia.

Intisari dalil

a) Dalam usaha mencari kebaikan akhirat, kita tidak boleh meninggalkan kehidupan dunia untuk diri kita dan anak-anak keturunan kita.
b) Dalam perkara ini, seorang muslim mesti mempunyai rencana yang baik dalam apa hal pun, termasuk menyimpan bagi peribadi dan keluarga.
c) An Nisa’ ayat 9: “dan hendaklah bimbang sekiranya mereka meninggalkan sesudah mereka zuriyyat yang lemah”

TADABBUR KEDUA : Merancang menyimpan dlm al Quran

43. dan (pada suatu hari) raja Mesir berkata: “Sesungguhnya Aku mimpi melihat: tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus, dan Aku melihat tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau dan tujuh tangkai lagi Yang kering. Wahai ketua-ketua kaum (yang hadir, Terangkanlah kepadaKu tentang mimpiku ini, kalau kamu orang Yang pandai menafsirkan mimpi”.

44. mereka menjawab: “Yang demikian itu ialah mimpi-mimpi Yang bercampur aduk, dan Kami bukanlah orang-orang Yang mengetahui mimpi-mimpi (yang sedemikian) itu”.

45. dan (pada saat itu) berkatalah orang Yang terselamat di antara mereka Yang berdua itu, dan Yang baharu mengingati (akan pesanan Yusuf) sesudah berlalu suatu masa Yang lanjut: “Aku akan memberi tahu kepada kamu tafsirannya. oleh itu hantarkanlah daku pergi (kepada orang Yang mengetahui tafsirannya) “.

46. (setelah ia berjumpa Dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang Yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada Kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu Yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu Yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) Yang hijau serta tujuh tangkai lagi Yang kering; (tafsirkanlah) supaya Aku kembali kepada orang-orang Yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”.

47. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa Yang kamu ketam biarkanlah Dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian Yang kamu jadikan untuk makan.

48. kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemaraun Yang besar, Yang akan menghabiskan makanan Yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa Yang kamu simpan (untuk dijadikan benih).
intisari

a) Kisah nabi Yusuf dipaparkan dalam Al Quran supaya umat Muhammad mengambil pengajaran
b) Mencontohi nabi Yusuf selaku pakar ekonomi mesir hendaklah kita menyimpan untuk masa depan
c) Hendaklah kita menyimpan sesuatu yang ada nilai tersendiri sepanjang zaman.
TADABBUR KETIGA:
Hadis nabi bermaksud:”Keatas penjaga anak yatim hendaklah perniagakannya (kembangkannya)sehingga tidak dimakan oleh zakat”
intisari dalil:
a) Penjaga harta anak yatim dibolehkan malah digalakkan memperkembangkan harta anak yatim.
b) Harta hendaklah dikembangkan supaya bertambah dan dapat membayar zakat secara berterusan dan semakin bertambah besar jumlah yang dizakat.
c) Islam memerintah kita mempastikan supaya harta kita tidak habis dengan zakat tanpa memperkembangkannya. Perentah ini bukan untuk penjaga harta anak yatim sahaja.
Kesimpulannya:
1- Islam suruh kita menyimpan harta
2- Harta yang boleh menyimpan nilai atau nilainya meningkat dan yang mudah diurus ialah “gold”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan



TV9