| Ar-Rahnu KUKUH Selangor Bhd Telah beroperasi | AG MENGUTAMAKAN MUAMALAH YANG SAH | AG Is Giving Priority To A Valid Muamalah | Pengarah Urusan : Hjh Khainarida | Panel Syarak : Hj Othman Hamzah | |

Rabu, 17 Oktober 2012

Tips Mudah AG Menjana Keuntungan Dengan Menyimpan Emas

TIP MUDAH KEUNTUNGAN MENYIMPAN EMAS – untuk ahli AG sahaja.

a) Membeli pada harga rendah dan menjual pada harga tinggi (harga emas naik 37%-50% setahun dalam jangka panjang- alahyarham Dato’ Saleh Majid). Kalau mencapai 20% pun dah kira ok.

b) Pelanggan AG ada kelebihan dengan ambil kesempatan ketika ada tawaran diskaun.

c) Menyimpan selama mungkin dan memajak (RAHN) apabila memerlukan wang (@ GKA di Amsyiq)

d) Membanyakkan emas – beli hari ini, kutip pada masa depan sangat menguntungkan dengan GKA.

e) Boleh menambahkan keuntungan jika boleh berniaga emas (menjadi agen).

f) Masa ada emas perlu duit, rahnkan emas.

g) Masa ada duit banyak, belikan emas. Emas kalis inflasi & menyimpan nilai. Duit terdedah inflasi.

h) Simpan banyak-banyak. Stok biasanya naik harga dalam jangka masa panjang. Tidak seperti perniagaan lain.

i) Sentiasa ada permintaan walaupun harga naik atau rendah.

j) Tidak perlu bercerita panjang lebar. Orang tahu tentang emas.

k) Dengan strategi perniagaan yang betul, perniagaan emas sangat lumayan.

l) Kalau nak beli kereta atau tanah sebagai contoh, kalau ada RM 100,000 belikan emas, pajakkan dan dapat RM65,000 tunai dan bayar kereta/tanah tersebut secara tunai.(loket emas AG boleh dipajakkan di Bank Rakyat sek 9 Shah Alam hingga RM150)

m) Sebelum kita membelanjakan sejumlah wang, baik untuk membeli barangan keperluan (terutamanya yang mahal dan susut nilai) ataupun untuk tujuan modal perniagaan dan pelaburan pastikan anda gunakan wang itu untuk membeli emas dahulu.

n) Jika anda membeli barangan yang susut nilai, anda tidak akan kerugian kerana kadar penyusutan itu dapat diimbangi oleh kadar kenaikan nilai emas yang anda pajakkan tadi.

p) Setiap perniagaan terdedah kepada risiko kerugian. Justeru, sandarkan modal perniagaan ataupun modal pusingan anda dengan emas. Caranya sama, iaitu beli emas, pajakkan dan hasil pajakan tadi baru boleh digunakan untuk perniagaan.

Jika perniagaan anda untung, hasil dari keuntungan bulanannya digunakan untuk bayaran balik kepada Ar-Rahnu sedikit demi sedikit sehingga tertebus kesemua emas tadi. Dengan cara ini, untung perniagaan anda dapat, untung kenaikan emas pun anda dapat!!

Jika perniagaan anda rugi pula, anda hanya perlu maintain bayaran upah simpan setiap 6 bulan sekali, dan dengan purata kenaikan nilai emas 25% setahun, hanya dalam masa 4 tahun anda telah menggandakan nilai emas anda kepada 100%. Anda boleh jualkan emas tersebut dan keuntungannya telah cover semula kerugian anda tadi. Keuntungannya anda boleh belikan emas lagi, pajakkan dan mulakan perniagaan baru.
 
Jika anda laksanakan cara ini, anda tidak akan muflis. Seandainya anda kerugian di dalam perniagaan anda, risikonya telah diminimakan oleh emas!!!

q) Pelaburan hartanah juga berisiko. Contoh jika berlaku kemelesetan ekonomi, syarikat-syarikat bankrap, penyewa anda hilang pekerjaan sekaligus tidak mampu membayar sewa kepada anda? dan anda juga tidak mampu membayar semula kepada bank? akibatnya rumah anda akan dilelong!!

Tetapi jika anda menyandarkan belian rumah tadi dengan emas, anda tidak akan kerugian kerana apabila berlaku kemelesetan ekonomi harga emas akan naik mendadak!! (Petikan Buku Simpan Emas Gaya Amsyiq Gold)

3 ulasan:

  1. sy beli emas sept 2011, sampai skrg tak untung2..apa nasihat amsyiq?

    maududi klang

    BalasPadam
  2. salam ust...bule buhtak ruangan emas dan fiqh....sy rasa ini lebih menarik..ramai pelabur emas buta hukum2 fiqh berkaitan emas....itu sbb mereka join jer syarikat2 emas yg xislamic...mohon diadakan ruangan itu dlm blog ni..

    -maznah abu bakar

    BalasPadam



TV9